1.4.15

BISKUT MARIE LAPIS CREAM CHEESE

Resipi asal dari hanamemories.blogspot.com

Entri kali ini nak share resipi Biskut Marie Lapis Cream Cheese Hanamemories blogspot ini (izinkan saya sharekan di sini).  Saya pasti ramai yang telah mencubanya setelah ianya menjadi fenomena resipi kuih terbaru beberapa tahun sudah,,..ianya menjadi kesukaan ramai kerana ianya mudah, ringkas, cepat dan sungguh sedap. Ada banyak versi resipi ini sebenarnya dan resipi yang saya nak sharekan di sini lebihkurang sama juga yang anda semua sudah cuba dan pada yang masih belum mencuba dan teringin nak cuba, jom kita tengok apa yang diperlukan dan cara membuatnya seperti saya share di bawah ini...Jom! 

Bahan

  • 1 1/2 packet biskut marie (coklat atau original - saya guna original)
  • 1 cawan susu segar
  • 500 gram cream cheese Philadelphia
  • 1 tin susu pekat condensed
  • 1 sudu besar lemon juice - optional
  • Nestum atau serbuk biskut secukupnya 

Cara

  1. Biarkan cream cheese pada suhu bilek sebentar.
  2. Satukan dengan susu pekat dan jus lemon.  Putar sehngga sebati.
  3. Alas loyang/bekas yang sesuai dengan baking paper/plastic/aluminium foil.
  4. Celup biskut sesaat dua ke dalam susu segar dan susun dalam loyang.
  5. Ratakan cheese, taburkan serbuk biskut marie.  Ulangi proses melapis biskut sehingga habis.
  6. Akhir sekali di atas lapisan cheese tabur serbuk biskut lagi.
  7. Sejukkan di dalam peti ais seeloknya semalaman.
  8. Potong dan hidangkan.
  9. Jika inginkan biskut dalam keadaan ranggup/keras, tak perlu celupkan biskut ke dalam susu segar. Omit step tersebut.

No comments:

Post a comment