28.12.15

AMBON aka APAM KELATE



Factor utama saya terpanggil nak try buat Apam ini ialah kerana ianya nampak sangat menarik, macam so sweet gitu, then pernah lama dulu makan apam ini, suka sangat coz tersangatlah sedap.  Lama juga tercari-cari resipinya then last2 semalam terjumpalah kat blog Liza @ Intai Dapur, so itu yang terus cuba buat semalam juga.  Alhamdullillah menjadi, cantik kejadiannya so gebu and so sedap.

Cantikkan apam ini?  Bukan saje cantik tapi sangat sedap.


Bahan yang diperlukan sedikit sahaja, cuma guna telur, gula dan tepung dan juga esen vanilla atau rose untuk hilangkan bau hanyir telur.  Saya guna esen rose dalam 2 penutup botol esen tu, tak berbau pun.  Apam ini agak manis, kepada yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan gula ke 3/4 cawan. Cara membuatnya pulak agak senang tetapi kita kena pay extra attention sikit bila memukul telur dengan gula.  Sebaik2nya gunalah a stand cake mixer kerana telur dan gula haruslah dipukul sehingga betul-betul kembang dan putih untuk menghasilkan apam yang cantik gebu.  Saya guna KitchenAid saya ini yang sangatlah membantu untuk menghasilkan adunan telur dan gula seperti yang dimestikan - tak de KitchenAid pun tak pe, jadi juga tapi yang penting kena pastikan adunan telur dan gula itu betul2 naik kembang dan warna bertukar keputihan.


Kepada yang ingin mencuba, boleh ikut resipi di bawah ini.  Cukup mudah bahan-bahannya.  OK jom kita intai tengok apa yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.  Selamat mencuba ye...Saya sudah pun cuba semalam, sangat happy dan sangat memuaskan...Cantik kejadiannya.  Selamat berjaya you all.

Bahan-bahannya

  • 1 cawan telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh vanilla/esen ros - untuk hilangkan bau telur

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan dulu kukusan
  2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang, sampai warna putih tau, lepas tu masukkan esen.
  3. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian warna asal
  5. Masukkan ke dalam loyang secara selang seli warna
  6. Kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit
Sejukkan dan bolehlah dipotong


25.12.15

APAM BENGAWAN SOLO


Assalammualaikum & salam sejahtera

Thank you for visiting...di harap semuanya sihat dan happy selalu.

Apa rancangan hujung minggu ini?  Mesti ada yang masih bercuti panjang sejak hari khamis lalu lagi..bestnya...saya sudah bekerja hari ini, separuh hari.   Apa nak buat bekerja dengan syarikat swasta macam gini lah.


Semalam saya telah mencuba buat Apam Bengawan Solo yang saya pelajari dari blog "sariyusa blogspot Alam Sari Di Tanah Jauhara".  Alhamdullillah menjadi, cantik, gebu dan so sedap apam solo ini, amat mengenyangkan kerana di dalamnya ada inti kelapa  manis.  Saya teruja nak mencuba kerana ada inti di dalamnya, rasa macam tak pernah lagi makan apam ini.  According to tuanpunye resipi ini, kita boleh jer masukkan apa2 inti yang kita suka, inti kacang ke inti kari kentang ke...macam makan pau lah pulak...Anyway nak share resipi Apam Solo yang unik ini.  Senang saje membuatnya, yang penting mesti ada kesabaran membuatnya kerana banyak juga steps involved tapi kalau you all bijak, boleh buat intinya dulu, then boleh start prepare adunan apam ini.  

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara bagaimana hendak menghasilkan these beautiful and so sedap Apam Bengawan Solo or just simply Apam Solo.... Jom!

Resipi Apam Bengawan Solo

(Sukatan ini menghasilkan lebihkurang 40 biji apam)

Bahan Inti:

  • 130 gram gula merah
  • 30 gram gula pasir
  • 125 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam

Caranya

  1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih
  2. Masukkan kelapa parut dan garam.  Kacau sebati
  3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan

Bahan Apam

  • 500 gram tepung gandum*
  • 2 sudu teh instant yis (mauripan)*
  • 180 gram gula pasir*
  • 250 ml susu cair/fresh milk*
  • 600 ml air*
  • 1/8 sudu teh garam*
  • Pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya

Caranya

  1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati.  Bahagikan kepada tiga bahagian.
  2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco
  3. Perap adunan selama 40 minit

Cara Menyediakan Apam

  1. Panaskan air dalam periuk kukusan.  Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata
  2. Masukkan sedikit adunan apam putih
  3. Isikan inti kelapa
  4. Tutup dengan adunan apam putih
  5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan
  6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak
  7. Keluarkan apam dari acuan bila sejuk

 Tembam-tembam macam ini, makan satu pun dah cukup mengenyangkan


21.12.15

APAM TEPUNG BERAS (RICE FLOUR APAM)


I had bought this recipe book entitled "the Great Malaysian Breakfast" by Zakiah Hanum many years ago and still refers to it for some good breakfast recipes, and one of my favourites is this so good so perfect Apam Tepung Beras (Rice Flour Apam).  I used to do these pretty pink apams often those days when both my late parents in-law were around because my late mother in-law especially loved them.  She would prepare the "Tapai Nasi" (fermented rice) beforehand for me to do these for her and of course I was always glad to do for her because these apams would be enjoyed by everybody at home.  Alhamdullillah.


"Tapai Nasi" is one of the main ingredients in order to make these cute apams.  It is a mixture of cold cooked rice with two pieces yeast (white in colour in small blocks) which can be purchased in the markets or any sundry shops. The yeasts are crushed and mixed well with the cold cooked rice which are then kept in a dark place for 2 or 3 days until they mature and are ready for use.

If you feel like making your own Apams, you can try this recipe which has become my family's favourite because they are really good.  I have done them on numerous occasions and they never failed me. 

Happy cooking and happy trying.

RICE FLOUR APAM by Zakiah Hanum

Ingredients

  • 4 1/2 cups rice flour
  • 1 1/2 cups sugar
  • 4 cups water
  • 2 cups cold rice
  • 2 packets Eno
  • 3 pieces yeast

Directions

  1. Crush yeast and mix well with cold rice.  Place in a container and keep a day or two until well fermented.
  2. Mix rice with sugar, rice flour and water and blend to a smooth paste/batter.  
  3. Put aside for 6 hours.
  4. Add Eno powder to the  mixture and stir well for a while .
  5. Heat steamer and place apam bowls on steamer plate.
  6. Pour mixture into bowls, filling 3/4 of bowls.  Close steamer and steam until apam is cooked and well risen.
  7. Served with grated coconut (mixed a some salt)


PAPRIK SOTONG MARVELES


Paprik adalah sejenis masakan Thai yang disukai ramai, tak kiralah samada ianya paprik ayam ke, paprik daging ke, paprik udang atau seafood ke, pasti ramai yang gemarkannya.  Bukan saja paprik ini sedap dan lazat, tapi ianya amat mudah untuk disediakan.  Bagi saya yang penting, mesti ada daun limau purut dan sos ikan kerana bahan2 inilah yang mengharumkan lagi sesuatu masakan paprik itu.

Saya pasti ramai yang sudahpun tahu macam mana hendak menyediakannya,  Walaupun bahannya nampak banyak tetapi semua bahan ini mudah didapati di setiap dapur kita.  So hari ini, saya ingat nak share sikit resipi Paprik Sotong yang sangatlah sedap ini yang disediakan oleh anak gadis saya, Teh Zarina semasa dia balik bercuti baru ini.  Simple sangat nak memasaknya dan kalau kita kadang-kadang rasa binggung apa hendak dimasak untuk hidangan keluarga, buat jer paprik ini kerana masakan paprik ini pada saya sudah ada semuanya so you can saya its a perfect dish!  Masak paprik ini tak payah lagi nak prepare lain-lain lauk kecuali kalau nak lebih sedap boleh buat telur dadar kerana kedua-duanya memang suitable sekali dinikmati dengan nasi putih panas-panas!...perghhhh memang terlajak sedapnya!

Jom kita intai resipi Paprik Sotong yang marveles ini...Jom..mesti cuba tau!  Kalau saya masak paprik ini, saya lebih suka ianya pekat-pekat sikit.  Saya tak suka yang kuah banyak. Kuahnya mesti kelihatan kemerah-merahan sikit dengan kombinasi sos-sos yang terlibat...hehehe, barulah menyelerakkan....

RESIPI PAPRIK SOTONG MARVELES

Bahan-bahan

  • 600 gm sotong - bersihkan, cuci dan toskan
  • 1/2 batang carrot - belah dua dan hiris memanjang sederhana tebal
  • 2 urat kacang panjang - dipotong 1 inci 
  • 1 biji cili capsicum hijau atau merah - dihiris sedikit tebal memanjang 
  • 2 biji tomato - dihiris memanjang atau wedges
  • 3 ulas bawang putih - dihiris atau diketuk
  • 1 labu bawang besar - dhiris bulat atau dipotong baji 
  • 1/2 inci halia - diketuk atau hiris halus
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - dititik (boleh lebih jika suka pedas)
  • 3 helai daun limau purut - dicarik sikit
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikir air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.
  3. Masukkan sotong dan gaul rata
  4. Kemudian barulah masukkan semua sos dan daun limau purut.  Tambah air untuk kuah, kacau lagi
  5. Masukkan carrot, kacang panjang dan capsicum kecuali tomato masuk lambat sikit
  6. Rasakan kuah, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam.
  7. Masukkan tomato dan tepung jagung (yang telah dibancuh dengan sedikit air) untuk pekatkan sikit dan kacau seketika
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
  9. Sebagai menu tambahan, goreng telur dadar.  
  10. Sedap dan yummy sesangat.
  11. Selamat mencuba
YUMMYLICIOUS!


17.12.15

KUIH LAPIS YANG SANGAT SEDAP

Assalammualaikum, Salam Jumaat & Salam Sejahtera kepada semua.

Thank you for visiting.

Hari ini rase tak sabar nak share dengan you all  resipi yang sangatlah fabulous ini yang saya dapat dari blog Yatiememories Sinar Kehidupanku, thank you ye Yatie, izinkan saya share pulak kat blog saya ini agar kita sama2 dapat menyediakan kuih lapis yang enak & lemak ini untuk family tersayang.

Sebenarnya saya kerap kecewa bila membuat kuih lapis.  Ini adalah kerana ianya tak pernah nak menjadi dengan elok seperti yang diharapkan tetapi lain pula kali ini. Bila saya try for the first time resipi yatiememories ini memang happy sangat bila kejadiannya memang memuaskan hati saya. Sejuk mata memandang bila tengok cantik2 lapisan merah putih kuih lapis ini yang bukan sahaja cantik tetapi sangatlah sedap.  Ianya boleh dimakan selapis demi selapis...itu yang bestnya!


Tanpa membuang masa lagi, biarlah saya bawak you all semua tengok bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya.  Jika diperhatikan, bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah sekali yang saya percaya setiap rumah memang ada all the time.  Cara membuatnya pun amatlah mudah, Biasanye bila sebut jer Kuih Lapis mesti semua orang ingat betapa leceh dan susah hendak membuatnya kerana terpaksa melapis satu persatu tapi percayalah ianya tidak susah mana sangat malah saya seronok membuatnya semalam.  Seelok2nya buat sebelah malam sebelum tidor, then simpan hingga ke pagi esoknya baru potong, cantik jadinya.

Oklah jom kita tengok resipi kuih lapis yang sangat sedap ini...JOM cuba tau jangan tak cuba, rugi nanti!  Tak payah lagi nak cari-cari resipi kuih lapis lain, yang ini dah cukup sempurna In Syaa Allah.

RESIPI KUIH LAPIS YANG SANGAT SEDAP

Dari Blog yatiememories - thank you for this truly good recipe!

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan dengan 3 cawan air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
  2. Masukkan santan ke dalam periok.  Panaskan sebentar biar suam-suam kuku.  Tutup api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan santan.  Gaul rata hingga tidak berbintil.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml batter). Bahagikan kepada 600 ml setiap satu.  Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros (saya guna jer ros syrup)
  6. Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.  Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang tadi dan kukus selama 5 minit dengan api yang kuat.
  7. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah pulak.  Kuskus lagi selama 5 minit juga.
  8. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah (lapisan akhir ini tambahkan sedikit lagi pewarna merah agar warnanya lebih menyerlah dan garang sikit).
  9. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
  10. Kuih lapis yang elok dan boleh dimakan selapis demi selapis.
  11. Cuba try.

16.12.15

KEK BUTTER CHEESE ENAK



Kek butter merupakan fevret saya apatah lagi bila ianya menjadi dengan eloknya.  Sebenarnya membuat kek butter atau apa2 kek sekali pun bukanlah susah sangat.  Kalau kita ikut dengan betul sukatan bahan-bahannya, In Syaa Allah, hasilnya akan menggembirakan kita.  Kalau kita tengok, ada bermacam-macam resipi kek butter ini but yang saya tahulah, basic recipe untuk kek butter ialah sukatannya mesti sama iaitu kalau butter tu sebut 250 gm, jadi gulanya, tepungnya juga haruslah 250 gm jugak.  Tapi entahlah pulak kalau measurement lain, jadi jugak kot.

Ape-ape pun hari ini saya nak share satu resipi kek butter yang sangat sedap dan gebu ini.  Nak tahu kenapa ianya sedap dan gebu tak?  Kek butter ini ada dicampur cream cheese sebagai salah satu dari bahannya, that's why ianya so sedap dan enak gitu.  Ianya lagi sedap if you all guna cream cheese brand Philadelphia yang memanglah mahal sikit tapi rasanya lain, lebih sedap dan lemak berbanding dengan cream cheese brand Tartura.  Butter tu pulak kalu boleh, trylah guna yang baik punye seperti SCS or Anchor pun dah ok.

Kek Butter Cheese ni sedap kalau di makan panas-panas sebaik sahaja bila sudah boleh dipotong. Memang sedap tapi kalu dah sejuk pun, ianya tetap sedap juga.  Hari tu bawak ke office, kejap jer habis, kawan-kawan semua suka.

Terlupa pulak nak bagi kredit untuk kek ini, actually tak tahu asal sape punya tapi saya terjumpa dalam blog EnyAbdullah, so izinkan saya share pulak ye.

Kepada yang tercari-cari kek butter cheese yang sedap dan memang menjadi ini, bolehlah cuba resipi ini kerana saya telah mencubanya dan hasilnya sungguh menggembirakan kami sekeluarga.  Resipi ini akan disimpan untuk dibuat lagi pada masa-masa akan datang.

Jom saya kongsi resipinya di bawah ini..Cuba tau, jangan tak cuba nanti rugi.... 


RESIPI KEK BUTTER CHEESE

Bahan-bahan

Untuk acuan 4 segi size 9 inci x 9 inci

  • 170 gm mentega
  • 135 gm krim keju
  • 220 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 200 gm tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan

  1. Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek
  2. Panaskan oven pada suhu 160 deg celcius atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170 deg celcius api atas dan bawah
  3. Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar.  Putar sehingga sedikit ringan dan kembang
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar.  Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan
  5. Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur.  Putar lagi selama seminit.  Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit.  Ulang sehingga habis semua telur.  Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.
  6. Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung.  Putar sekejap sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih
  8. Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan
  9. Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula

Now, saya nak share sikit tips supaya kek butter tidak kering yang didapati dari blog EnyAbdullah jugak.

Apabila kek sejuk, terus simpan kek dalam bekas bertutup atau tutup dengan sesuatu yang menghalang udara terkena kek.  Kek yang terdedah kepada udara boleh membuatkan tekstur kek cepat kering sebab itu pentingnya ada bekas simpanan kek di rumah.  Kalau tak de pun, boleh dibalut rapi2 dengan aluminium foil.

Bakar kek secukup masak sahaja.  Jangan terlebih bakar.  Walaupun kek belum keperangan di atasnya jika cake tester atau pisau yang dicucuk tiada adunan melekat, kek boleh dikeluarkan dari oven.


Petua lagi satu, masukkan sesudu atau dua sudu besar marjerin (contoh buttercup atau Planta) ke dalam jumlah timbangan mentega atau buter.  Adalah dipercayai marjerin berfungsi melembapkan kek.  Jadi kalau pakai pure creamy butter jenis Anchor or SCS, tambah sedikit marjerin ye.  Kalau dah memang pakai Buttercup tak perlu tambah lagi kerana Buttercup ialah campuran marjerin dan mentega.

Satu lagi, guna acuan biasa dan bukan non-stick.  Ini berdasarkan pengalaman bila guna acuan nonstick, acuannya cepat panas dan menjadi sangat panas.  Kek selalunya cepat perang dan kering.  Jika guna acuan biasa kek cantik jer sederhana perang, moist dan lembut.  Memang mudah jika guna acuan nonstick tapi setiap yang mudah tak semestinay bagus kan?

Diharap tips di atas dapat membantu.


15.12.15

PANCAKE PISANG GEBU & LEMBUT


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah.

Pada suatu hari, saje-saje google nak cari resipi pancake sebab lama rase tak makan pancake atau lempeng, then ternampaklah Pancake Pisang kat blog Chef Hanieliza yang sangatlah inviting, terasa nak buatlah pulak.  Tengok resipi macam senang jer lagipun ada lebih pisang berangan yang hubby beli hari tu.  Macam dah masak sangat pisang ni so sebelum ianya rosak, elok juga jika try buat pancake pisang untuk sarapan paginya esok.

Pagi-pagi lagi, lepas masak apa yang patut sebelum ke offis untuk hubby (untunglah hubby cikgu cuti sekolah akhir tahun yang panjang), saya pun mulalah tugasan membuat pancake pisang ini dengan harapan ia menjadi dan hubby suka because tak de lain yang boleh dibuat sarapan untuk pagi tu.  Roti pun dah habis, terlupa nak beli (lama pulak rasenya tak buat roti sendiri huhuhu).

Alhamdullillah menjadi juga Pancake ni, sedap dan gebu dan paling penting hubby suka.  Sedap sesangat macam nak buat lagi tapi definitely this recipe is for keep.  Kalau you all ade pisang kat rumah tu dan dah jemu dengan cekodok pisang ke, bolehlah try buat pancake atau lempeng pisang ni. Saya guarantee sedap. Jom kita intai resipinya...Jom!


PANCAKE PISANG

Sumber : Hanieliza

Dari blog : Izah Muffin Lover

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan B

  • 4 biji pisang berangan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar (boleh guna santan kotak)
  • 4 sudu besar minyak

Cara

  1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
  2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B.
  3. Kacau dengan whisk
  4. Sendukkan dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan
  5. Tutup pot atau non-stick pan.  Masakkan 3-4 minit
  6. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair

22.11.15

CHOCOLATE MACARONS WITH NUTELLA GANACHE

Setelah sekian lama sentap kerana kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi, hari minggu yang lalu saje-saje mood datang balik nak-nak bila teringatkan si comel-comel ni, nak mencuba sekali lagi membuat macarons dengan penuh nekad harap-harap menjadi.

Egg whites pun dah dua hari kept in the fridge to age.  So, balik jer dari pasar dan setelah simpan semua lauk/sayor yang dibeli dan bersihkan dapur, lagipun hubby ade gotong-royong membersihkan taman, so free sikitlah boleh take my time buat macarons ni, so bermulalah cabaran yang paling mendebarkan setiap kali membuat si comel-comel ini.  Tapi yang peliknya kalau buat dengan berhati-hati (being too careful) selalu tak jadi so semalam buat-buat macam biasa saja sambil mulut terkumat-kamit membaca bismillah agar dipermudahkan agar dengan pertolongan Allah dan kehendakNya, jadilah macarons saya kali ini.

Alhamdulliah, inilah hasilnya - kejadian macarons semalam iaitu Chocolate Macarons with Nutellah Ganache yang saya ambil dari blog Culimary Couture.  Tersangatlah happy tak tahu macam mana nak kate bila kelihatan "feets" kat macarons yang tengah bake dalam oven terus menadah tangan dengan rase penuh kesyukuran...terima kaseh Allah.

Sedap sangat Chocolate Macarons with Nutella Ganache ni tapi memang manislah, ialah macarons kan mestilah manis!  Tapi rasenya I should have let it bake a little bit longer tapi takut pulak dia crack...tulah buat macarons ni byk juga pantang-larangnya.  Kena banyak membaca tentang macarons untuk mengetahui tips dan kaedah yang betul sebelum cuba membuatnya.  Macam saya, entah berapa buah dah buku macarons yang dibeli dan berapa kali dah asyik google2 tentang macarons ini, itupun belum pandai-pandai lagi...but not to wory, In Syaa Allah kalau ada kehendak, pasti ada jalannya.

So apa lagi, kepada yang nak mencuba bolehlah try ikut resipi ini ye....selamat mencuba, semoga berjaya. 

Yield : Approximately 30 macarons

Ingredients:

  • 110 grams almond flour
  • 200 grams powdered (confectioners) sugar, minus two tablespoons
  • 2 tablespoons cocoa powder
  • 90 grams aged egg whites (about 3 large eggs), room temperature
  • Pinch of cream of tartar
  • 30 grams granulated sugar

For the Nutella ganache

  • 1/4 cup heavy cream
  • 2 oz semi-sweet chocolate, finely chopped (or can use chocolate chips/chunks)
  • 1/4 cup Nutella

Directions:

  1. Add almond flour, powdered sugar, and cocoa powder to the bowl of a food processor.  Pulse a few times to combine and break apart any lumps.  Sift this mixture into a clean bowl.  Discard any large pieces that do not pass through the sieve.  Set aside
  2. In the bowl of a stand mixer fitted with a whisk attachment, bet egg whites and cream of tartar until foamy.  Add sugar and beat on medium speed until stiff, glossy peaks form.  Do not overbeat.
  3. Pour dry ingredients into the bowl with the beaten egg whites.  Using a spatula, fold the dry ingredients into the egg whites, until the batter is thick and lava-like.  This should take about 40-50 folds.  The batter should slowly fall off your spatula when you pick it up and any peaks in the batter should settle down within 20 seconds.
  4. Transfer batter into a piping bag fitted with a small round tip.
  5. Line two baking sheets with parchment paper.  Pipe 1.5 inch rounds onto the parchment paper.  It is helpful to use a guide/template here, so all your macarons are the same size.  Once all the rounds are piped out, slam the baking sheet against a flat, stable surface, then rotate and slam again.  This is done to force any large air bubbles to the surface.
  6. Let the piped macarons dry on the countertop for 1 hour or until a dry skin forms on top.
  7. Preheat oven to 400 degrees F or 200 degrees Celcius.
  8. Right before you put the macarons in the oven, decrease the oven temperature to 300 degrees F or 150 degrees celcius.  Bake for 15-17 minutes.
  9. Let cool completely on baking sheet, before removing from the parchment paper.

To prepare the ganache

  1. Place the chocolate chips in a small bowl.
  2. Heat heavy cream in a medium saucepan until simmering then pour the hot cream over the chocolate chips.  Let stand for one minute, then stir together until all the chocolate chips are melted and mixture is smooth.  Stir in Nuttela.
  3. Let ganache sit at room temperature until it thickens to piping consistency.  You can pop it in the fridge to speed up the process, but keep an eye on it.
  4. Match macarons up into pairs of similar sizes as best as you can.
  5. Pipe a small dollop of ganache onto the flat side of half the macarons.  Top them with the other half. Refrigerate in an airtight container for 24 hours to let the flavors develop.  Bring to room temperature before serving.
  6. Happy trying & happy baking!  




19.11.15

BISKUT CORNFLAKES


Entry kali ini, saya hendak share resipi Biskut Cornflakes kegemaran kami sekeluarga, dari ke mr hubby, anak sampailah cucu - semua pun menggemarinya.  Biskut cornflakes ini adalah biskut wajib yang harus dibuat setiap kali menjelangnya Syawal.  Memang sedap biskut ini, crispy dan terasa cornflakesnya yang rangup.  Nak kate susah, tidak jugak tapi kita kena pandai mengadunnya coz adunan ini lembik so kena pandai adjust.  biasanya saya tambah jer cornflakes kadang2 sampai habis satu kotak besar.

Saya kate rugi kalau you all tak try resipi ni...bahan-bahannya pun tak banyak, just the basics plus of course sekotak besar cornflakes, kellogs atau pun nestle....so apa lagi jom kita tengok apa bahan-bahannya dan cara bagaimana hendak menjadikannya.....selamat mencuba, In Syaa Allah menjadi.


Bahan-bahannya

  • 2 cawan gula caster
  • 2 cawang mentega
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 5 cawan tepung naik sendiri
  • 4 cawan cornflakes

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur serta esen vanilla dan kacaukan sehingga sebati.
  2. Campurkan 1/2 cornflakes yang telah dihancurkan bersama tepung dan adunkan dengan bahan yang telah dipukul dan kacaulah hingga sebati.
  3. Setelah itu masukkan cornflakes yang baki tadi dan gaul adunan hingga elok sebati dan boleh dibentukkan seperti di gambar.
  4. Sekiranya adunan lembik, biasanya saya tambah cornflakes hingga boleh dibentuk bulat-bulat leper.
  5. Bila dah siap, bolehlah dibakar hingga masak.

18.11.15

BISKUT MAKMUR


Nak share sikit resipi Biskut Makmur yang sangatlah sedap ini.  Sekiranya inginkan biskut makmur yang rapuh dan garing, boleh cuba resipi ini.  Sebelum digaul dengan minyak sapi, tepungnya di sangai ataupun boleh jugak dijemur dulu kemudian diayak dengan gula icing.  Saya telah mencuba resipi ini dan memang memuaskan, terasa garing atau crunchy kate orang putih...cuba tau.

Bahan

  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup

Bahan untuk inti

  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak (dikisarkan)
  • 3/4 cawan gula icing

Bahan untuk salut

  • Sedikit gula icing

Cara Penyediaan

  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing
  2. Gaul adunan sama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat  adunan doh yang lembut dan boleh diuli
  3. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing
  4. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar
  5. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.  Tutupkan inti dan buat bentuk bulat
  6. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius
  7. Kuih mengkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  8. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.



17.11.15

TART NENAS GULUNG SEDAP & GEBU





Tart Nenas Gulung
Sumber : Noor Masri (Thank you for this wonderful recipe)

Sekira you all tengah tercari-cari resipi Tart Nenas Gulung yang sedap, gebu dan cair di mulut, bolehlah cuba resipi ini.  Saya tahulah sebab saya dah cuba, jangan takut, memang awesome tarts ini tapi penat jugaklah membuatnya kerana satu adunan boleh dapat banyaklah juga, lengoh jugaklah asyik menekan adunan ke dalam acuan sampai sakit jugaklah ibu jariku ini...huhuhu...

Tetapi apa-apa pun, memang seronok membuatnya bila depan kita teratur tarts yang cute cute yang siap di glaze dengan kuning telur ready untuk masuk oven...lepas itu harum semerbak baunya di dapur....hilang penat hehehe.

So you all boleh try ni bila Raya nanti atau bila-bila masa you orang feel like having tarts untuk makan-makan dengan keluarga tersayang...homemade cookies are the best!

Bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 625g mentega (2 1/2 buku mentega)
  • 4 kuning telur
  • 1 putih telur
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 15g gula halus (resepi asal tak letak)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 kg jem nenas
  • 1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air (untuk sapuan) - kacau sebati

Cara

  • Campurkan kuning telur, putih telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil. Pukul sedikit.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan mentega, gula dan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian masukkan campuran telur tadi.  Gaul sebati.
  • Masukkan dalam acuan tart gulung.  Picit dan letakkan jem.  Kemudian gulung.
  • Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160 deg Celcius selama 20 minit atau sehingga masak  (suhu dan masak bergantung kepada jenis oven masing-masing)
  • Jika adunan terlalu keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi mentega sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.
  • Sekian dan selamat mencuba.

BANANA BREAD


Resipi dari blog bbc.co.uk/food

Tried this beautiful banana bread recipe last night and it turned out so well but maybe you should reduce the amount of sugar in it as it was a bit too sweet for me and my hubby when we ate last night. But overall, I would rate it as excellent and this recipe is for keeps.

Pesanan dari tuan punya resipi - "This is an easy recipe that gives perfect results every time.  Be sure to use overripe bananas and the right sized tin"

This is definitely an easy recipe to follow/make, so straight-forward...so why dont you give it a try. Happy baking!

BANANA BREAD

less than 30 mins preparation time

30 mins to 1 hour cooking time

Makes 1 loaf

By John Barrowman

From A Taste Of My Life

Ingredients

  • 285g plain flour
  • 1 tsp bicarbonate of soda
  • 1/2 tsp salt
  • 110g butter, plus extra for greasing
  • 225g caster sugar
  • 2 eggs
  • 4 ripe bananas, mashed
  • 85ml buttermilk (or normal milk mixed with 1 1/2 tsp lemon juice or vinegar)
  • 1 tsp vanilla extract

Preparation Method

  1. Preheat the oven to 180 deg celcius
  2. Sift the flour, bicarbonate of soda and salt into a large mixing bowl
  3. In a separate bowl, cream the butter and sugar together until light and fluffy
  4. Add the eggs, mashed bananas, buttermilk and vanilla extract to the butter and sugar mixture and mix well.  Fold in the flour mixture
  5. Grease a 8in x 5in loaf tin and pour the cake mixture into the tin
  6. Transfer to the oven and bake for about an hour, or until well-risen and golden brown
  7. Remove from the oven and cool in the tin for a few minutes, then turn out onto a wire rack to cool completely before serving

KEK BUAH KUKUS


Nampaknya minggu ni macam dah hari-hari pulak kita buat kek buah, semalam versi bakar dan yang ni pulak versi kukus.  Bukan apa, tapi geram bila pernah buat sekali dulu tak menjadi.  Nak balas dendam konon, terus buat 2 versi sekali...nah ambik ko! hehehe.

So hari ini biarlah Kak Raja share resipi kek buah kukus yang marveles ini yang Kak Raja dapati dari blog hanamemories.  Memang sangat sedap tak rugi membuatnya walaupun mengambil masa yang lama untuk mengukus tetapi memang sejak Kak Raja beli pengukus elektrik Trio ini, kerja-kerja mengukus amat mudah sekali.  Pertamanya senang kita nak monitor paras air pengukus ini because boleh see through, kalau dah dekat nak habis boleh ajer tuangkan air di muncung sebelah tepi steamer.  

Untuk mempercepatkan lagi masa mengukus, Kak Raja guna bekas aluminium kecil seperti di dalam gambar ini.  Satu bancuhan boleh dapat 3 bekas dan masa mengukus hanyalah 1 1/2 jam - 2 jam dari 4 jam biasanya.  So apa lagi, jom kita intai resipinya.  Cuba tau jangan tak cuba sebab kek buah kukus ini memang ternyata sedap, confirm punyer....

RESIPI KEK BUAH KUKUS

Sumber rujukan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 250g butter (try guna butter yang baik seperti Anchor)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran atau raisins/sultanas + sedikit mixed fruits (saya campur sikit walnut)
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonate* (boleh letak 1 1/2 sudu kecil)
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* (tak letak pun tak pe)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar sunquick
  • 1 sudu kecil vanilla essence

Cara-cara

  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan.  Sebatikan.  Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquick. Kacau kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.  Masukkan ke dalam adunan mixed fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Di dalam mangkuk lain pulak, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 inci dengan kertas baking.  Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitis.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan (boleh dikukus 2 jam sahaja). Saya guna bekas aluminium kecil-kecil ini (satu bancuhan boleh dapat 3 bekas), so 1 1/2 jam sudah memadai.
  6. Sejukkan kemudian potong (pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong.
  7. Bila kek masak, jangan terus angkat atau buka penutupnya.  Biarkan dalam 5 minit baru dibuka penutup steamer dan lap aluminium foil sekiranya ada air jatuh.  Lepas 10 minit baru buka aluminium foil yang menutupi kek.  Biar sejuk dalam pengukus. 

16.11.15

KEK BUAH VERSI BAKAR


Hari ini nak share pulak resipi Kek Buah versi bakar yang tersangatlah marveles ini, yang saya dapati dari blog GeeHut.  Bila tengok jer kat blog GeeHut ni, memang tergoda hendak juga try buat kek buah ini coz nampak macam sedap jer.  Lagipun encik suami suka sangat kek buah dan bila suatu hari suami nak makan sangatkot, dia beli kat mana tak ingat, balik-balik hendak makan, bila potong jer hampa bila buah dalam kek tu boleh dikira, frust jugaklah encik suami saya.

Jadi google punye google, terjumpalah resipi kek buah versi bakar kat blog GeeHut ni.  Teruslah gi beli mixed fruits dan lain-lain bahan seangkatan dengannya.  So yesterday, buatlah sebiji untuk encik suami dan satu buat yang kukus demi memenuhi permintaan seorang office colleague untuk dibuat sebiji kek buah kukus untuknya.

So inilah kejadian kek buah versi bakar yang saya buat semalam.  Pada saya memang sedap dan amat memuaskan dan amat memenuhi citarasa saya dan suami tapi ade manis sikit.  Buatnya pun tak susah mana.  Kepada yang suka kek buah atau yang sedang mencari-cari resipi yang sedap, bolehlah try resipi ini coz ianya memang tersangatlah marveles.  Anda harus mencubanya.  Selamat mencuba ye.  Bila dah cuba, bagi tahu saya apa pendapat anda tentang kek buah  sedap ini......

Resipi dari blog Gee Hut

Bahan A

  • 250g butter
  • 380g susu pekat manis
  • 400g mixed fruit atau boleh guna raisins/sultanas + buah ceri dibelah 2
  • 1 cawan air

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 380g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan jus oren sunquick (jadikan 1/2 cawan sahaja, Bancuh ikut sedap rasa)

Cara

  1. Masak semua Bahan A di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut dan sehingga mixed fruits atau raisins/sultanas agak kembang.  Ketepikan dan sejukkan.  Biarkan hingga 3-4 jam (saya biar sampai sejuk sahaja tapi kalau tunggu 3-4 jam lagi elok kot).
  2. Bila Bahan A sejuk, masukkan telur dan kacau rata.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit.  Kacau rata dan bubuh sekali jus oren dan kacau hingga sebati dan rata.
  3. Kemudian tuankan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter atau lapik dengan baking paper. Bakar dalam oven suhu 180 deg celcius lebih kurang 1 jam atau ikut oven masing-masing sampai masak.
  4. Selamat mencuba.

15.11.15

GULAI LEMAK AYAM ENAK SEKALI


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semalam masak gulai lemak ayam ni for lunch dan terasa nak share pulak resipinya dengan pengunjung saya yang setia kerana gulai lemak ayam ini lain dari yang lain.  Of course ramai yang tahu nak masak gulai lemak ayam ini tetapi yang saya nak share di sini original resipi saya yang telah dicuba-cuba dan diubah suai.  Sebabnya saya katekan lain dari yang lain ialah kerana saya masukkan lengkuas dan sos ikan sebagai bahan tambahan kepada resipi biase kita buat tu.  

Memang sedap kerana ada rase macam masakan thai sikit.  Kalau nak tahu betapa enak dan sedapnya gulai lemak ayam ini, bolehlah cuba ye.  Makan pulak dengan ulam-ulam dan sambal nyior...perghhh memang sedap!  Jom tengok resipi di bawah ini.  Selamat mencuba.

Bahan

  • Ayam (Anggaran 4  ketul, buang kulit)
  • 2 biji ubi kentang (dibelah dua atau empat - terpulang)
  • Santan (sekotak dicampur dengan air panas - ikut kepekatan masing2)
  • 2 batang serai (satu diketuk, satu dihiris untuk diblend)
  • Sedikit lengkuas (untuk diblend sedikit dan dihiris 2 keping)
  • sedikit kunyit hidup
  • Cili api (mengikut kepedasan masing2, hendak pedas taruk lebih)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 helai daun limau purut
  • Sehelai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 sudu besar sos ikan (optional - saya taruk untuk menyedapkan lagi)
  • Garam & Gula secukup rasa

Cara

  1. Masukkan 4 ketul ayam tadi (dibersih dan ditoskan dulu) ke dalam periok.
  2. Serai diketuk, 2 keping lengkuas dimasukkan ke dalam periok bersama dengan ayam tadi.
  3. Blend sedikit lengkuas. sebatang serai, cili api, bawang merah dan kunyit hidup dengan sedikit air sehingga lumat dan tuangkan ke dalam periok berisi ayam tadi.
  4. Jerangkan di atas api sebentar sementara dikacau-kacau dan apabila kelihatan sebati dan ayam sedikit kecut, boleh masukkan sekotak santan bercampur sedikit air panas (kepekatan kuah mengikut kehendak masing2).  Masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua atau empat tadi.
  5. Kacau hingga mendidih dan ayam dan ubi kentang masak.
  6. Masukkan 3-4 helai daun limau purut dan daun kunyit tadi serta 2 keping asam gelugor dan 2 sudu besar sos ikan (fish sauce).
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa masing-masing.
  8. Sekian dan selamat mencuba.


 photo copyright.jpg
blogger template by envye