Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Semalam masak gulai lemak ayam ni for lunch dan terasa nak share pulak resipinya dengan pengunjung saya yang setia kerana gulai lemak ayam ini lain dari yang lain. Of course ramai yang tahu nak masak gulai lemak ayam ini tetapi yang saya nak share di sini original resipi saya yang telah dicuba-cuba dan diubah suai. Sebabnya saya katekan lain dari yang lain ialah kerana saya masukkan lengkuas dan sos ikan sebagai bahan tambahan kepada resipi biase kita buat tu.
Memang sedap kerana ada rase macam masakan thai sikit. Kalau nak tahu betapa enak dan sedapnya gulai lemak ayam ini, bolehlah cuba ye. Makan pulak dengan ulam-ulam dan sambal nyior...perghhh memang sedap! Jom tengok resipi di bawah ini. Selamat mencuba.
Bahan
- Ayam (Anggaran 4 ketul, buang kulit)
- 2 biji ubi kentang (dibelah dua atau empat - terpulang)
- Santan (sekotak dicampur dengan air panas - ikut kepekatan masing2)
- 2 batang serai (satu diketuk, satu dihiris untuk diblend)
- Sedikit lengkuas (untuk diblend sedikit dan dihiris 2 keping)
- sedikit kunyit hidup
- Cili api (mengikut kepedasan masing2, hendak pedas taruk lebih)
- 3-4 biji bawang merah
- 2 keping asam gelugor
- 3 helai daun limau purut
- Sehelai daun kunyit (dihiris halus)
- 2 sudu besar sos ikan (optional - saya taruk untuk menyedapkan lagi)
- Garam & Gula secukup rasa
Cara
- Masukkan 4 ketul ayam tadi (dibersih dan ditoskan dulu) ke dalam periok.
- Serai diketuk, 2 keping lengkuas dimasukkan ke dalam periok bersama dengan ayam tadi.
- Blend sedikit lengkuas. sebatang serai, cili api, bawang merah dan kunyit hidup dengan sedikit air sehingga lumat dan tuangkan ke dalam periok berisi ayam tadi.
- Jerangkan di atas api sebentar sementara dikacau-kacau dan apabila kelihatan sebati dan ayam sedikit kecut, boleh masukkan sekotak santan bercampur sedikit air panas (kepekatan kuah mengikut kehendak masing2). Masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua atau empat tadi.
- Kacau hingga mendidih dan ayam dan ubi kentang masak.
- Masukkan 3-4 helai daun limau purut dan daun kunyit tadi serta 2 keping asam gelugor dan 2 sudu besar sos ikan (fish sauce).
- Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut rasa masing-masing.
- Sekian dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment