25.5.16

KUIH KETAYAP SEDAP DAN LEMBUT



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang masih setia dan sudi singgah di blog saya, semoga anda semua sihat dan di dalam lindungan dan kasihsayang Allah hendaknya.

Sejak kebelakangan ini, rase malas sangat nak update blog ni.  Entah kenapa ye?  Masa rajin dulu, kalau boleh, hari-hari pun ade jer yang nak dikongsi.  Ni try balik ambik mood hehehe....harap lepas ini kerajinan macam dulu datang balik.  In Syaa Allah jika diizinkan Allah juga.

Entah kenapa tiba-tiba terasa nak buat kuih ketayap ini, agaknya sebab dalam peti ais tu ada balance air daun pandan masa buat Kuih Baulu Kemboja hari itu.  Daripada membazir, elok juga dibuat sesuatu yang mengguna air daun pandan.  So automaticlah timbul idea nak buat Kuih Ketayap ini lagipun ianya kegemaran suami dan anak-anak dan agak lama saya tak buat.

So saya nak share le resipinya yang saya dapati amat bagus sekali, sedap dan lembut.  Resipi ini actually saya "pick here and there" dari blog Izah Muffin dan juga enyabdullah (combine kedua-duanya sekali).  Kepada sesiapa yang hendak cuba, boleh ikut resipi ini, saya gerenti sedap dan lembut sangat....really so sedap!

Inti Kelapa Gula Merah

Bahan-bahannya

  • 1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
  • 1 cawan gula merah atau gula melaka
  • 2 sudu besar gula putih (boleh lebih kalau nak manis)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit air untuk melarutkan gula

Cara-caranya

  1. Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
  2. Kacau inti hingga merengas dan separa kering.
  3. Angkat dan ketepikan

Untuk kulit Kuih Ketayap

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 sudu kecil pewarna dan perasa (emulco) pandan jenama Nona atau pewarna hikau  (jika perlu untuk colour)
  • 1 cawan susu atau santan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-caranya

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.  Kacau atau whisk hingga sebati dan tapis (atau boleh juga diblend semuanya dan ditapis).
  2. Panaskan kuali leper non-stick pan dan sapu rata dengan sedikit minyak masak/marjerin
  3. Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang2kan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis
  4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  5. Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya.  Lipat bahagian kiri dan kanan.
  6. Gulung kemas-kemas.
  7. Buat hingga habis.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

  1. Sedapnya.....kecur ayak liur cek ny haa

    ReplyDelete
  2. Hi sis, boleh tanya kelapa parut kalau kira beli siap packed banyak mana nak equivalent to 1 biji kelapa? Berapa cup? Thanks

    ReplyDelete
  3. Sy dah cuba mmg sedap n lembut..terbaik tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Sedappp...Dah buat...T.kasih ya..resepi..

    ReplyDelete