18.6.16

KERABU IKAN BILIS SEDAP SANGAT



Assalammualaikum.

Hari ini dah masuk hari ke 13 umat Islam berpuasa.  Cepat sungguh masa berlalu ya.  Diharap kita semua mendapat keberkatan dari Allah di atas ibadah puasa yang sedang kita jalani hanya untukNya.

Di sini saya ingin berkongsi satu lagi resipi yang sangatlah sedap untuk anda semua mencubanya. Kalau ada yang terfikir apa yang hendak dimasak untuk berbuka petang ini, apa kata anda cuba resipi Kerabu Ikan Bilis yang sangatlah sedap dan pembuka selera especially bila dinikmati di waktu sahur. Saya sudah membuatnya 2 kali dan kami sekeluarga amat sukakannya.  Terasa-rasa masam manis masin dan keranggupan ikan bilis serta bahan-bahan lain yang segar & harum terutamanya terdapat daun ketumbar di dalamnya, dan saya amatlah gemar segala masakan sekiranya ada ketumbar di dalam bahannya.

Jom kita intai resipinya yang saya kongsikan seperti di bawah ini.  Cuba tau jangan tak cuba nanti menyesal....

Bahan-Bahan

  • Ikan bilis goreng 1 mangkuk

Bahan Hiris Halus

  • Bunga Kantan 1 kuntum
  • Serai 1 batang
  • Daun ketumbar 1 pokok
  • Daun limau purut 3 helai
  • Bawang Holland 1 biji
  • Cili pada 5 tangkai
  • Tomato 1 biji (saya tokok)

Bahan Perasa

  • Limau Kasturi 8 biji (perah)
  • Gula perang 2 sudu besar
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara Penyediaan:

  1. Campur bahan perasa.  Kacau sampai gula cair
  2. Masukkan bahan hirisan gaul sampai semua mesra
  3. Akhir sekali masukan ikan bilis dan gaul hingga semua sebati.
  4. Dah siap
  5. Selamat mencuba

No comments:

Post a comment