3.8.16

KEK MARBLE MINYAK YANG MOIST & LEMBUT



Assalammualaikum semua dan apa kabar?  Adalah diharapkan agar anda semua sihat-sihat dan happy belaka hendaknya.

Entri saya kali ini nak share recipe Kek Marble Minyak yang sangat moist dan lembut ini yang telah saya pelajari dari blog Let's Cook & Bake.  Saya telah mencubanya beberapa minggu yang lalu dan nyata tidak menghampakan.  Kek Marble Minyak ini amatlah sedap, moist rasanya sebab antara bahannya ialah minyak dan susu pekat.  Kek ini memang sesuai dibuat makan untuk satu famili.

Jom tengok bahan dan cara membuat Kek Marble Minyak yang sangatlah mudah ini.  Saya dah cuba, anda bila lagi.....

RESIPI KEK MARBLE MINYAK YANG MOIST & LEMBUT

Bahannya

  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus/gula castor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk garam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minit
  2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum, garam dan baking powder.  Pastu gaul rata bahan yang diayak.
  3. Adunan dah kembang tadi, masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahan
  4. Masuk lagi esen vanilla dan bahan2 yang diayak ke dalam adunan perlahan-lahan dan sikit-sikit
  5. Masukkan minyak dan sebatikan semua step ini jangan pukul lama sangat.
  6. Off mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik
  7. Asingkan kepada dua bahagian warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko
  8. Kacau rata
  9. Sediakan loyang pembakar dengan mengguna loyang bulat 8". Sapu minyak dan lapik kertas baking
  10. Ambil senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko.
  11. Ulang sampai habis
  12. Oven panaskan dulu 170 degree C (Jika guna oven kecil guna suhu 160 degrees C) dan pakai api atas bawah dan bakar selama 40-45 minit hingga masak
  13. Dalam 40 miit boleh jenguk check dengan lidi sate cucuk tengah kek kalau keluar bersih, kek masak if belum sambung sampai masak
  14. Dah masak keluarkan dari oven, sisip tepi kek dengan pisau supaya mudah kek keluar
  15. Telangkupkan atas redai dawai
  16. Buang kertas baking dan telangkupkan balik kedudukan asal dan lapik dengan pinggan atau kek board
  17. Dah sejuk bolehlah dipotong Kek Marble Minyak ni
  18. Selamat mencuba
  19. Dah cuba kalu, sila komen hehehe....thank you.


6 comments:

  1. Bismillah. Sya dh cube tdi..alhamdulillah..
    Trime kaseh..

    ReplyDelete
  2. X jd pun sukatan jd sikit n cair

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..tak tau le pulak...saya buat ok jer..cuba check balik resipi kot2 silap timbang...boleh cuba lagi.

      Delete
  3. Sy buat tadi. Alhamdulillah cantik kejadiannya. Terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete