25.8.16

PUDDING ROTI BERSOS KASTARD YANG TERSANGATLAH ENAKNYA


Assalammualaikum semua.  Diharap sihat sejahtera dan ceria hendaknya.

Hari ini tak mahu banyak celoteh sebab hendak cepat siapkan entry saya kali ini iaitu bagaimana nak buat Pudding Roti Bersos Kastard yang sangat lazat & enak ini.  Saya rase kalau sesiapa sahaja yang tengok gambarnya saje dah tahu betapa sedapnya pudding ini ditambah pulak dengan sos kastardnya yang yummy, sangat berlemak dan wanginya.  Teruja tak?  Kalau teruja, jangan buang masa lagi, jom jenguk kat bawah ini untuk resipi dari Hana Memories ini dengan sedikit tokok tambah dari saya. Terima kaseh Hana Memories.  Izinkan akak share pulak di sini supaya lebih ramai yang mendapat manafaat darinya.  Dapatlah ramai cuba membuatnya untuk dinikmati bersama yang tersayang.

Jom kita tengok apa yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.  Cuba tau, jangan tak cuba, rugi nanti sebab ianya sangatlah sedap.  Selamat mencuba ye, nanti share-share lah pengalaman masing2 dan apa agaknya pendapat anda mengenai pudding ini.


Bahan-bahannya

  • 7-8 keping roti Gardenia - dipotong cube
  • 2 cawan susu segar* (saya guna 3 sudu besar susu Nespray dibancuh dengan 2 cawan air)
  • 2 biji telur*
  • 1 sudu teh esen vanilla*
  • 4 sudu besar gula halus*
  • 2 sudu besar mentega/margarine - dicairkan
  • 1/4 sudu kecil garam* (saya tokok)
  • 4 sudu besar kismis
  • Sedikit serbuk kayu manis* (jika suka)

Untuk Sos Kastard

  • 1 tin susu cair (saya guna Ideal Evaporated Milk)
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuatnya

  1. Sediakan mangkuk.
  2. Satukan bahan-bahan yang bertanda (*)
  3. Roti dipotong cube atau dicarik2kan dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
  4. Biarkan terendam dan meresap seketika
  5. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair.  Gaul sebati
  6. Tuangkan ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.  Taburkan baki kismis di atas adunan
  7. Bakar pada suhu 180 deg C selama 30 minit atau sehingga masak

Untuk membuat Kuah @ Sos Kastard

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat (kepekatan ikut selera masing-masing)
  2. Tuang ke atas pudding roti tadi
  3. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.
  4. Selamat mencuba.
  5. Yummy sangat

No comments:

Post a comment