4.9.15

ENAKNYA KARI UDANG


Tak tahu apa nak masak untuk dinner malam ni?  Ape kate try masak kari udang yang sangat enak ni, resipi asal Kak Raja yang diamalkan dari dulu-dulu lagi.  Sedap kari neh, sedap sangat.  Rugi kalau tak cuba, masaknya pun senang sangat.

So, nak share dengan you all pulak resipi Kak Raja ni...jom kita ke dapur masak ni....bagi surprise kat encik suami dan anak-anak, pasti depe suka....nak makan dengan roti pun, sedap.....jom!!!!

BAHAN-BAHANNYA

  • 500 gram udang hidup sederhana besar - dibersihkan
  • 3-4 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 1/2 inci halia - dihiris halus
  • 2 helai daun kari
  • 2 sudubesar halba campur
  • 4 sudubesar rempah kari ikan Babas
  • 1 sudu besar cili serbuk Babas
  • 1 sekotak santan dicampur dengan 2 cawan air (atau ikut kepekatan yang disukai)
  • 3 biji ubi Kentang 
  • 2 biji buah tomato
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam sebagai perasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan minyak di dalam kuali atau periok.
  2. Tumiskan bawang2 putih, merah dan halia serta daun kari dan halba campur hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari ikan dan cili serbok yang telah dicampur dengan sedikit air dijadikan paste
  4. Kacau-kacau dan tumis hingga pecah minyak dan garing
  5. Boleh masukkan santan dan kacau, dan masukkan ubi kentang yang telah dipotong 2 atau 4
  6. Bila ubi kentang dah sedikit hendak empuk, boleh masukkan udang tadi.
  7. Biar mengeleggak dan akhir sekali masukkan tomato asam keping dan rasakan dengan garam.
  8. Bila kelihatan masak, bolehlah tutup api dan dihidangkan dengan nasi putih panas-panas.
  9. Kari udang ini pekat dan enak sekali jika makan dengan roti.
  10. Selamat mencuba dan enjoy.




 photo copyright.jpg
blogger template by envye