TIPS

TIPS CUCI OVEN

Bahan diperlukan
Air
Botol Spray
Baking Soda
Kain Buruk
Cuka
Mangkuk Kecil

Caranya
Keluarkan semua perkakasan dalam oven.
Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk.  Tujuan untuk jadikan campuran itu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.
Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven.  Baking soda itu akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam, setelah itu ambil kain buruk dan lap sebanyak mungkin baking soda itu.
Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda itu.
Kemudian lap dengan kain buruk.
Letakkan kain buruk tadi dalam oven and pasang oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 minit dan biar ia kering.

Permukaan kaca pintu oven
Ulang langkah 1 tadi
Sapu pes itu pada kaca pintu oven dan biar 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap.

No comments:

Post a Comment


 photo copyright.jpg
blogger template by envye