Subhanallah sedapnya Kuih Bahulu Kemboja ni!
Tak pernah jemu dengan keenakan dan kelembutannya apatah lagi bau pandan yang harum wangi, rasa lemak-lemak manis-masinnya memang terlalu menggoda & Pergh memang terbaik. Bahulu Kemboja ini adalah kuih favourite encik suami Kak Raja dan setiap kali bulan Ramadan, pasti kuih inilah yang dicari di pasar Ramadan di bandar Teluk Intan ini. Tetapi dukacita bila pada bulan puasa baru ini, ianya sudah tidak kelihatan kerana orang yang biasa menjualnya sakit rupanya. Semoga beliau dapat sembuh kembali untuk meneruskan penjualan Bahulu Kemboja yang boleh dikatekan sedap jugak tu. So bulan puasa lepas tidak adalah kuih ini di atas meja makan kami pada waktu berbuka. Kalau ada pun tak sesedap macam yang kami biasa beli.
Tak pernah jemu dengan keenakan dan kelembutannya apatah lagi bau pandan yang harum wangi, rasa lemak-lemak manis-masinnya memang terlalu menggoda & Pergh memang terbaik. Bahulu Kemboja ini adalah kuih favourite encik suami Kak Raja dan setiap kali bulan Ramadan, pasti kuih inilah yang dicari di pasar Ramadan di bandar Teluk Intan ini. Tetapi dukacita bila pada bulan puasa baru ini, ianya sudah tidak kelihatan kerana orang yang biasa menjualnya sakit rupanya. Semoga beliau dapat sembuh kembali untuk meneruskan penjualan Bahulu Kemboja yang boleh dikatekan sedap jugak tu. So bulan puasa lepas tidak adalah kuih ini di atas meja makan kami pada waktu berbuka. Kalau ada pun tak sesedap macam yang kami biasa beli.
Alhamdullillah dengan izin Allah jua, Kak Raja terjumpa resipi Bahulu Kemboja yang sangatlah sedap ini dari sumber blog JoAyee (mekarmewangi) yang telah diubahsuai resipinya oleh Syazwani Adnan. Terima kaseh kepada keduanya di atas perkongsian resipi yang sangat memuaskan hati kami sekeluarga ini. Nampak gayanya resipi Bahulu Kemboja ini akan menjadi resipi tetap dan akan disimpan oleh kami. In Syaa Allah. Lepas ini tak payah lagi nak susah-susah beli.
Buat Bahulu Kemboja ini sebenarnya tidaklah susah dan bahan-bahan yang diperlukan pun tidaklah susah hendak dicari kerana semua bahan ini pasti sudah sedia ada di dapur kita, kita pasti ada telur, tepung, gula, kelapa dan juga daun pandan kan. Tapi Kak Raja nak pesan di sini, kalau boleh tak payahlah guna colouring hijau ke esen pandan ke kerana bau & colournya tak natural. Seelok-eloknya guna daun pandan kerana baunya lebih harum dan colournya pun lebih natural. Santan tu kalau nak mudah, guna sahaja santan kotak tu.
Semalam Kak Raja buat lagi tapi oleh kerana kami hanya tinggal berdua, jadi Kak Raja buat separuh adunan sahaja, seelok-elok ajer dapat 2 acuan. Satu telah dinikmati sebaik saja kuihnya masak semalam dan satu lagi untuk dibuat sarapan pagi ini. Alhamdullilah dan bagi sesiapa yang nak merasa keenakan kuih Bahulu Kemboja ini, bolehlah ikut resipi yang Kak Raja share di bawah ini. Selamat mencuba. Agar you all pun berpuas hati dengan hasilnya.
Sumber : JoAyee (mekarmewangi)
Ubahsuai resipi oleh : Syazwani Adnan
Saiz hidangan : 4 keping (ikut acuan sebenar kuih bakar kemboja)
Bahan-bahannya
- 1 cawan gula
- 1 cawan jus pandan (dalam 15 helai daun pandan,digunting dan dikisar dengan secawan air)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan pekat (dalam kotak cap Ayam) + 1/4 cawan air
- 3 biji telur (atau 4 biji untuk mendapatkan kuih yang lebih lembut)
- 1/2 sudu teh garam
- Bijan - untuk ditabur
- Pewarna hijau (optional - saya tak guna)
- Sedikit minyak sapi/butter - dicairkan
Cara-cara
- Campurkan semua bahan, blend sampai sebati dan tapis.
- Masukkan ke dalam bekas/acuan yang telah disapu minyak sapi/butter, tabur bijan dan bakar selama 30-40 minit pada suhu 180 deg celcius sampai garing dipermukaan.
Nota Kaki dari Syazwani Adnan:
- Adunan ini sedikit manis, bagi sesiapa yang kurang suka manis2 sangat, bolehlah kurangkan sukatan gula ke 3/4 cawan atau hanya 1/2 cawan.
- Sekiranya suka kuih bakar yang masih lembut bila dah sejuk, boleh tambah adunan cecair iaitu lebihkan air sebanyak 1/4 cawan tapi boleh juga digantikan dengan sebiji telur. In Syaa Allah kuih bakar kemboja ini akan lembut sampai keesokan harinya.
- Cara membakar kuih ini hendaklah panaskan loyang/acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. Kalau nak elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak masak. Panaskan sehingga keluar asap (betul2 panas), kemudian tuang/keluarkan minyak dari loyang/acuan. Kecilkan api sekecil2nya dan sapu minyak sapi atau butter pada loyang/acuan dan tuang adunan ke dalamnya. 'Masak' sebentar di atas dapur (5-10 minit) dengan api yang sangat kecil - tujuannya hanya untuk dapatkan kuih yang agak garing. Kemudian sambung bakar kuih di dalam oven selama 30-40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan dan garing.
- Selamat mencuba!
Terima kasih share resipi!
ReplyDeleteSame-same Khairil
DeleteAssalam... terima kasih atas resepi dikongsi kan. Saya dah try resepi ni mmg sedap n lembut kuihnya.cuma gula saya kurang kan sikit, saya tu suka manis sgt. Lepas ni mmg saya guna resepi ni je nk buat lagi������..saya share ya sis, halal kan. Terima kasih sekali lagi��������
ReplyDeleteWaalaikummussalam Zie Aziz...terima kaseh kerana dah mencuba....memang sedap kuih baulu kemboja...fevret kami sekeluarga...memang saya halalkan kepada sesiapa sahaja yang sudi mencuba resipi ini...thank you.
Deletedah buat kak, sedapp
ReplyDeleteMaaf lambat reply...baru terbaca...terima kaseh kerana telah mencuba...memang sedap
DeleteTerujanya nak buat tapi tak ada acuan kemboja�� . Kalau pakai acuan biasa empatsegi, bgmana nak dptkan garing di tepi2 tu ye?
ReplyDeleteMesti cuba ni sebab sangat sedap, lembut dan lemak...boleh juga guna acuan biasa tapi kalau acuan pecah 8 baulu kemboja tu lagi cantik...nak garing masak dulu atas api dalam 10 minit dgn api sedikit perlahan bila dah nampak macam garing2 boleh sambung bakar dalam oven...selamat mencuba
DeleteAs salam rj haniza terima kasih sharekn resepi yg enak ni.. Ini merupakan makanan favourite sekeluarga..tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam Yati...sorry lambat balas...baru terbaca...ye memang sedap..fevret kak raja sekeluarga juga...
DeleteTerima kasih dengan resepi ni. Baru mau cuba.
ReplyDeleteSama-sama Rosbect....mesti cuba tau sebab sedap sangat...
DeleteSalam K.Raja, terima kasih berkongsi resepi..Sy dh cuba. Menjadi sgt kuih nyer & sedap.
ReplyDeleteSalam Maz...Alhamdullillah...sedap kan...terimakaseh kerana telah mencuba.
ReplyDeleteSalam Puan Raja... sukatan guna measuring cup ya
ReplyDeleteSalam Sha...haah sukatan guna measuring cup...thank you.
ReplyDeletefeberet ni..tq ye...blog saya http://cararesepi.blogspot.com
ReplyDeleteSalam..acuan tu beli kat ne ye?
ReplyDeleteNak tanya...Bole x kuih ni difrozenkn akak
ReplyDeleteNak tanya...Bole x kuih ni difrozenkn akak
ReplyDelete