21.10.15

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

Hari ini nak share sikit resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang sangat simple tetapi sangatlah sedap ini. Memang pembuka selera especially kalau dinikmati dengan nasi putih yang panas-panas baru dimasak.  Memang terbaek.  Also kalau kita rasa tak sedap badan atau tekak rasa nak makan benda-benda yang masam. eloklah dibuat masakan ini.  Gerenti celik biji mata punyer!

Saya sudah try resipi ini semalam dan memang berpuas hati dengan hasilnya, sampaikan suami pun tak habis-habis puji sedap katenya.  So apa lagi, jom kita tengok bahan & cara penyediaannya yang sangat mudah ni.  Bahan-bahannya pun cukup simple dan senang didapati - mesti ada didapur kita punyer le....Jom kita masak ni untuk lunch hari ni....Jom!

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka

Resipi oleh AtieJumaat

Bahan

  • Ikan tenggiri 3 keping
  • Cuka 1/2 cawan
  • Air 1 cawan
  • Biji sawi 1 sudu besar
  • Gula Perang & Garam secukup rasa

Bahan Tumis

  • Lada merah 2 tangkai (dibelah dua)
  • Lada hijau 2 tangkai (dibelah dua)
  • Cili padi 8 tangkai
  • Bawang besar 1 biji dihiris nipis
  • Bawang kecil 4 biji dibelah 2
  • Bawang putih 3 biji dihiris nipis

Cara Penyediaannya

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.  Goreng garing dan angkat.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak.  Tumis bahan tumis hingga layu.
  3. Masukkan air 1 cawan, cuka dan ikan dan biji sawi tadi dan biar masak reneh.
  4. Tambah gula dan garam mengikut citarasa sendiri
  5. Sekian dan selamat mencuba.
  6. In Syaa Allah sedap.




No comments:

Post a comment