1.10.15

SERIMUKA GULA MELAKA




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia MyHome Recipes.  Terima kaseh Kak Raja ucapkan kerana masih sudi singgah ke blog Kak Raja yang baru nak menapak dan tak seberapa ini.  Semoga anda semua sihat dan dilindungi & diberkati selalu hendaknya.

Lama rasanya Kak Raja tak update blog ni.  Kadang-kadang rasa malas tetapi sebab utama ialah kesuntukan masa mungkin.  Mane taknya pagi2 lagi dah bertolak dari rumah ke tempat kerja dan pulang dah dekat nak maghrib.  Almaklumlah tempat kerja dengan rumah dalam anggaran 20 km jauhnya tetapi bila dah biasa tu, tak terasa pulak jauhnya.  Satu lagi mungkin faktor usia yang makin senja, tak begitu nak cergas lagi.

Ada pulak yang mengatakan bahawa keenakan kuih serimuka dapat menceriakan seseorang dan muka akan menjadi berseri-seri disebabkan perasaan lazat yang tidak boleh dibandingkan.  Nama Serimuka berkemungkinan mempunyai maksud yang dapat menyebabkan muka seseorang berseri-seri selepas  makan.  Ramai orang suka mengisi perut dengan serimuka dan makan dengan tidak berhenti-henti, serta terus makan berketul-ketul lagi.  Surirumah juga sangat berminat untuk belajar membuah kuih serimuka ini sebagai hidangan untuk seisi keluarga.  Teknik-teknik yang tertentu diperlukan untuk mengekalkan keaslian kuih ini.

OK hari ini Kak Raja hendak share resipi Serimuka Gula Melaka yang telah Kak Raja cuba malam semalam.  Resipi ini Kak Raja dapat dari blog masakan Azlita Aziz, salah seorang food blogger kegemaran Kak Raja, dan adalah dimaklumkan resipi ini pulak katanya berasal dari Nadz Nazharzan. Macam biasalah bila tengok blog Ita kita, memang teruja sangat rasa nak buat jugak sebab menarik sekali cara Ita mengolah dan mengajar kepada kita cara-cara iaitu step-by-step bagaimana hendak membuatnya.  Terliur setiap kali menatap blog Azlita Aziz ni, memang terbaik dan kini izinkan Kak Raja share pulak resipi Serimuka Gula Melaka yang tersangatlah sedap ini.  Memang serious sedap dan lembut jer, sekali makan mesti hendak dan hendak lagi.  Memang bahaya ni makan banyak mesti badan akan naik berkilo-kilo hehehe.....Apa-apa pun kepada yang ingin mencuba dan mencari yang paling sedap, dipersilakan cuba yang ini.  Kak Raja boleh bagi 5-bintanglah dan rekomen resipi ni kepada penggemar kuih tradisional kita ini yang memang berkurun-kurun menjadi kegemaran orang-orang kita.  Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.....Selamat mencuba. 

Resipi asal : Nadz Nazharzan

Bahan-bahan Lapisan Bawah


  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam

Cara-caranya 


  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas 


  • 200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara 


  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis atau blend).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan



No comments:

Post a Comment