9.10.15

BENGKANG UBI KAYU MARVELES


Assalammualaikum dan selamat pagi semua.

Bertemunya kita lagi di hari ini dengan kehendak Allah jua & marilah kita memanjatkan kesyukuran kepadaNya ke atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita umatNya.

Hari ini Kak Raja nak update resipi kuih Bengkang ubi kayu yang sangat marveles ini dan share dengan kawan-kawan semua.  Kak Raja boleh bagi 5 bintang untuk resipi ini kerana ianya sangatlah memuaskan.  Actually Kak Raja tak pernah pun buat kuih bengkang ini bila memikirkan keremehannya kerana sebab pertama ubi kena diparut, takut pula terluka tangan/jari hehehe....pada suatu hari ada kawan kat ofis kate biase dia akan potong kecil-kecil ubi kayu ni dan blend sikit-sikit then tapis aje.  Wah ini sudah bagus, fikir Kak Raja.  So apa lagi, kita pun terus google2 nak cari resipi tengok-tengok memang ramai yang ikut cara mudah ini iaitu chop2 and blend!

Mula-mula jumpa resipi tu guna telur so try le buat.  Tapi sedihnya first time buat tak menjadi kerana kuih ni jadi lembik sangat, frust gila.  Bancuhan macam cair jer entah le mana salahnya & at last cik tong yang kenyang! Then kerana determined sungguh nak buat lagipun suami suka, buat the second time this time without egg (basically because I dont quite like eggs) dan resipinya simple saje jumpa kat blog Fiza tapi katenya resepi asal dari Mama Saranur dari Sumber Damai Qalbu,  Ape-ape pun kita nak ucapkan terima kaseh kepada kalian semua di atas resipi bengkang marveles ini. Alhamdullillah okay dan menjadi seperti gambar di atas.  Tapi nak bagi tau sini, bengkang ini tak boleh dipotong masa panas.  Kita kena tunggu betul-betul sejuk ye baru dipotong.  Seelok-eloknya kalau nak makan untuk breakfast, buat waktu malamnya. Baru cantik dan senang nak potong.

So sape-sape teringin nak mencuba boleh try resipi yang Kak Raja share di bawah ini.  In Syaa Allah menjadi.  Selamat mencuba.

Resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu

Resipi asal : mama saranur

Bahan-Bahan :

  • 5 cawan ubi yang siap diparut 
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula (ikut manis pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning

Cara Membuat :

  1. Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin)
  2. Kemudian sejatkan dan buang air tersebut tapi sagunya berwarna putih diambil dan digaul bersama ubi yang diparut tadi.
  3. Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.
  4. Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dalam 1 jam setengah, suhu 180-200 deg celcius api atas bawah.
  5. Biarkan bengkang betul-betul sejuk baru dipotong dan dihidangkan.

1 comment:

  1. assalamualaikum. Brp biji kelapa bg dptkan sukatan santan pekat/cair. tk

    ReplyDelete