25.10.16

DONUT GEBU LEMBUT & SEDAP



Assalammualaikum dan salam sejahtera, harap semua sihat belaka & happy happy selalu.

Thank you kerana masih sudi singgah kat blog saya yang simple ini.  Kalau boleh tu, janganlah singgah jer, follow follow le ye....


OKlah entri kali ini, tak nak cakap banyak-banyak.  Saya nak share resipi donut yang sangatlah sedap, gebu dan lembut dari Tahrunissah Jali, seorang chef yang sangat saya minati dan kagumi. Banyak dah saya cuba resipi-resipinya dan semuanya sedap belaka.

Donut ini pun sudah saya cuba dan memang tidak menghampakan, yang penting ikut resipinya baik-baik In Syaa Allah, kita akan dapat menghasilkan donut2 yang cantik dan sedap ini.  So apa lagi, jom le kita intai resipinya yang saya share seperti di bawah ini...jangan intai ajer tau, cubalah buat untuk dinikmati dengan famili tersayang.

DONUT GEBU LEMBUT & SEDAP

Resipi Oleh : Tahrunissah Jali
Bahan-bahannya

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 biji kentang (direbus dan dilenyek)
  • 1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dalam bekas lain dulu)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 70-100 ml air ais/suam
  • 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

Cara-caranya

(kalau guna mixer)

  1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan.  Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dulu dalam bekas lain tadi serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ini kena pastikan air tu taruh sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last sekali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan.  Doh jangan lembik sangat sebab nanti masa menggoreng minyak serap dalam donut.  Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik ye.  Uli selama 20 minit. 
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda dengan meletakkannya kat tempat gelap dan panas seperti dalam oven lebihkurang 30 minit atau naik dua kali ganda.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi menggeluarkan angin, bentuk doh tersebut dengan acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tepung gandum, dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas.  Masa menggoreng itu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus.  Angkat dan hias dengan gula atau coklat.
  5. Selamat mencuba.

Cara-caranya

(Yang uli dengan tangan)

  • Masukkan bahan-bahan kering dahulu.
  • Kacau bagi sebati.  Masukkan telur yang dipukul terlebih dahulu dalam bekas lain yang dicampur dengan garam.
  • Kacau guna tangan biar sebati.  Kemudian taruk air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan.
  • Kemudian baru masukkan marjerin atau shortening dan uli sehingga sebati dalam 30 minit atau 20 minit kalu letih dan 10 minit terakhir itu, taruk dalam plastik ramas2kan dalam plastik (ini pun tips nak gebukan donut kalau malas nak guna mixer).  Masa nak perap dalam plastik, masukkan doh ini ke dalam plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sebab nanti doh akan mengembang. \ Simpanlah di mana2 tempat yang dirasakan ada hawa2 panas seperti dalam oven.
  • Bila dah naik dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh dan bolehlah dibentuk.
  • Bulat2kan doh dalam anggaran 25 gram atau 30 gram dan susun atas dulang yang telah ditabur tepung.
  • Lepas 5 minit boleh dileperkan doh2 bulat tadi dan buatkan lubang ditengah2.  Biarkan dalam 20-30 minit sehingga doh naik.  Tutup dengan kain atau plastik.

*Tips 

(untuk frozenkan)

  1. Boleh bakar sekejap donut2 tu dalam 6 minit suhu 170 deg celcius tujuan nak matikan yis
  2. Bila sudah sejuk masukkan dalam plastik, seal dan freezekan
  3. Bila nak makan, keluarkan biarkan dalam suhu bilek dalam 10-15 minit baru goreng dalam minyak panas tapi kawal api.

(kalau nak simpan)

  1. Jika doh donut hendak dibentukkan pagi esoknya, bolehlah disimpan lebihan baki doh dalam freezer. Pastikan tutup rapat dalam tupperware atau plastik, esoknya keluarkan dari freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli atau pun keluarkan dari freezer taruh atas periuk/bekas yang dalamnya ada air panas supaya boleh lembutkan doh itu dan uli kejap dan bentukkan atau pun boleh juga masukkan sekejap dalam oven suhu dalam 30 atau 40 degrees celcius hingga agak2 lembut boleh dikeluarkan dan dibentukkan.  

17.10.16

VANILLA BUTTER CUPCAKES



Entri hari ini nak share recipe Vanilla Butter Cupcakes yang sangat marvellous ni dari Buku Resipi "Favourite Cupcakes and Cheesecake" saya.  Sebenarnya buku ini lama sudah dibeli, dok simpan kat bookshelves tu. Tetiba teringin pulak nak buat cupcakes yang comel-comel ini.  Tu yang buat semalam walaupun dah lewat jam 10 malam tapi memandangkan senang saje nak buatnya, tu yang go ahead juga.  Cupcakes comel ini boleh dapat 12 biji ye.  Guna ice-cream scoop untuk mendapatkan quantity yang sama dalam satu paper cup.

Anyway, sorry ye because recipenya dalam bahasa Inggeris tapi I am sure sume boleh faham. Senang, mudah dan sedap cupcakes ini.  Saya buat malam semalam, ingatkan nak letak frosting petang ni balik office, tengoklah dulu kalau rajin tapi tanpa topping pun sedap juga cupcakes ini.  So if you all rajin dan nak tengok cupcakes yang lebih cantik dan menarik, bolehlah letak toppingnya.


Selepas frosting, inilah hasilnya....they are so so delicious...so easy pulak tu nak buat frosting dan decorate cupcakes ini....sangat comel kan?




Recipe from This "Favourite Cupcakes and Cheesecakes" where over 100 fresh and tasty recipes to enhance any kitchen library.  All recipes tried and tested.

Happy baking!

Ingredients

  • 3 eggs
  • 1 cup butter, softened
  • 1 cup castor sugar
  • 1/2 cup buttermilk
  • 1 1/2 cups self-raising flour, sifted
  • 1 teaspoon vanilla extract

Topping

  • 1 1/2 cups icing sugar
  • 1 cup butter, room temperature
  • 6 drops vanilla extract
  • Coloured confectionary sprinkles (available from cake decoration store)

Method

  1. Prehear the oven to 160 deg celcius.  Line a 12-cupcake pan with cupcake papers.  In a medium-sized bowl, lightly beat the eggs, add butter and sugar then mix until light and fluffy.
  2. Add buttermilk, flour and vanilla, and stir to combine.  Beat with an electric mixer for 2 minutes, until light and creamy.
  3. Divide the mixture evenly between the cake papers.  Bake for 18-20 minutes until risen and firm to touch.  Allow to cool for a few minutes and then transfer to a wire rack.  Allow to cool fully before icing.

Topping

  1. Meanwhile combine half the topping ingredients except sprinkles, and mix with a wooden spoon until mixed together, add remaining ingredients and beat with the spoon until light and fluffy.
  2. Spoon topping onto cakes using the back of a spoon and decorate with coloured sprinkles.

10.10.16

SAMBAL TERUNG AWESOMELICIOUS



Terung masak berlada ini adalah satu-satunya makanan kegemaran saya kerana ianya sangat simple dan sangatlah sedap dan mudah untuk disediakan.  Makan dengan nasi putih panas2 sudah memadai dengan hanya berlaukkan masakan terung berlada ini, hendak2 lagi kalau ada telur dadar.  Memang terbaik.

Jom kita lihat resipinya yang saya kongsikan di bawah ini.   Selamat mencuba.

Bahan-bahannya

  • 3 terung panjang sederhana besar
  • 6-8 biji cili merah (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat2)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Sedikit kunyit serbuk, garam dan gula

Cara memasaknya

  1. Terung dihiris menyerong atau menegak (perhatikan di dalamnya kalau ada yang berulat/busuk)
  2. Setelah dihiris, dibasuh bersih dan ditoskan.
  3. Lumur dengan sedikit garam dan kunyit serbuk
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung sedikit-sedikit hingga garing.
  5. Buat sampai habis.  Ketepikan.
  6. Bawang merah, bawang putih dan cili ditumbuk atau dimesin kasar
  7. Dengan mengguna minyak yang sama, tumis bahan yang telah dimesin/ditumbuk hingga masak dan kelihatan sedikit garing
  8. Masukkan kiub ikan bilis dan bawang besar, kacau.  Perlahankan api.
  9. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi hingga betul-betul sebati
  10. Akhir sekali, masukkan terung yang siap digoreng tadi
  11. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan hingga betul2 mesra dan rata
  12. Bolehlah dihidang untuk dinikmati dengan nasi putih panas2.
  13. Selamat mencuba.

9.10.16

CREAM PUFF ENAK



Entri kali ini nak share recipe Cream Puff with Custard Filling yang saya buat semalam.  Actually lama dah nak buat tapi selalu tertangguh.

Anyway yang saya buat semalam adalah recipe dari Martha Stewart tapi oleh kerana dalam bahasa Inggeris, malas pula nak translate2 ni so saya ambil jer resipi dari Tahrunissah Jali ini.  Sama jer resipi cream puff ni.  Yang penting teknik pembakaran especially mesti betul, kerana kalau puff tu berongga dan ringan dan tidak leper, dikira jadilah tu.



Di bawah ini, saya share tips untuk membuat Cream Puff yang sempurna yang saya dapati dari salah satu bacaan saya ketika menggoogle perihal cream puff ini.

Cream Puff sebenarnya diperbuat daripada adunan Choux Pastry.  Selain daripada cream puff, ianya boleh dibuat eclair, profiterole dan swan dengan choux pastry.

Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya.  Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.

Teknik ketika membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampurkan air) perlu diberi perhatian.  Tepung perlu dimasukkan apabila cecair itu mendidih.  Pastikan mentega telah sepenuhnya cair dalam air.  Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.  Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali.  Sekiranya terlalu cair perlu dicampurkan dengan sedikit tepung lagi dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.

Selain itu, adunan tepung perlu disejukkan sebelum dicampur dengan telur.  Pastikan ia betul-betul sejuk.  Fungsi telur dalam choux pastry ini ialah untuk membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya.

Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati.  Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat.

Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry  yang dibakar mudah ditanggal.

Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar.  Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry.  Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 200 degress celcius pada 25-30 minit awal pembakaran.  Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rongga dalam choux pastry anda nanti.  Kemudian turunkan suhu ke 180 degrees celcius dan teruskan membakar selama 15 minit lagi.  jangan sekali kali membawa choux pastry keluar sebelum ia cukup keras dan masak.  Ini akan menjatuhkan choux pastry.

OK selamat mencuba.

RESIPI CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

RESIPI : Tahrunnisah Jali Facebook

Bahan-bahan Puff 

(Menghasilkan 35 biji)

  • 125gm self raising flour atau tepung gandum +2 sudu teh baking powder (saya guna all-purpose flour saja pun ok)
  • 100gm butter (saya guna 1/2 stick = 113gm)
  • 250ml air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • 3 biji telur (kalau size L guna 3 biji, kalau siza kecil, guna 4 biji)

Bahan-bahan untuk filling 

(dibuat terlebih dahulu sebelum puffnya)

  • 2 sudu besar tepung gandum*
  • 2 sudu besar tepung jagung*
  • 8 sudu besar gula*
  • 2 cups susu segar
  • 2 biji telur (size L)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar mentega
  • Secubit pewarna kuning

Cara-cara untuk Filling

  1. Masukkan bahan bertanda* ke dalam mangkuk.  Masukkan 5 sudu besar susu dan kacau jangan ada yang berketul
  2. Masukkan telur dan kacau lagi.  Kemudian masukkan susu yang selebihya dan kacau
  3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan masak dengan mengguna api sederhana dan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berkerak dan hangus.
  4. Masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.  Masukkan mentega dan kacau
  5. Sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

Cara-cara untuk Puff

  1. Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
  2. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.  Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.  Kemudian padamkan api dan sejukkan.
  3. Pukul semua telur dalam bekas lain terlebih dahulu .
  4. Adunan tepung tadi pula diletak ke dalam bekas lain kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan tepung dan mix sebati hingga menjadi kental dan licin.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe mengguna nozzle bentuk bintang.
  6. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik atau boleh taruk egg wash di permukaan puffs
  7. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit.  
  8. Oven hendaklah dipanaskan dahulu ke suhu 200 darjah celcius api atas bawah
  9. Selepas 25-30 minit boleh turunkan suhu ke 180 darjah celcius dan bakar sekejap lagi sehingga 10-15 minit
  10. Kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
  11. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.  Ia sepatutnya kelihatan ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
  12. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya sebagaimana sepatutnya.
  13. Jangan buka oven sebelum tamat tempoh pembakaran.
  14. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan filling
  15. Kemudian bila siap semuanya bolehlah diayak gula aising ke atas puff-puff ini.

7.10.16

AWESOME BANANA CAKE



To those who are looking for a truly yummylicious banana cake, search no more as I am pleased to share with you this beautiful recipe from Dorothy Ng found in her "Complete Asian Meals" cookbook.

I have tried them out several times and they never failed me each time, truly delicious.  So wont you too try them out with the recipe given below.   Leave me your comments once you have done this so sedap banana cake.....happy baking everyone....

Ingredients

  • 250gm butter
  • 225gm castor sugar
  • 5 eggs
  • 3 tablespoons evaporated milk
  • 3 teaspoons vanilla essence
  • 2 teaspoons lemon juice
  • 6-8 riped bananas (pisang emas or pisang berangan), mashed
  • 340gm self raising flour
  • 1 teaspoon bicarbonate soda

Method

  1. Grease baking tin with butter.  Line tin with greaseproof paper
  2. Beat butter and sugar till creamy white.  
  3. Add eggs one at a time and beat till fluffy
  4. Add milk, vanilla essence, lemon juice and mashed bananas.  
  5. Beat continuously for 2 minutes. fold in flour (sift with bicarbonate soda)
  6. Bake in a moderately hot oven for 45 minutes.
  7. Test by running a thin skewer or satay stick in centre of cake.  If it comes out clean, then cake is done.


3.10.16

KEK DURIAN MARVELOUS



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah ke blog saya.  Adalah diharapkan agar semuanya sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Entri hari ini, nak share sikit resipi Kek Durian Marvelous ini, yang saya buat untuk nak habiskan stok durian yang tersimpan di dalam fridge.  Dah jemu rasenya buat durian crepe so bila ternampak resipi durian cake ini, cepat2 baca tengok2 senang jer nak buatnya dan bahan2 pun kebetulan ada di dapur tu.  So terus cuba dan inilah hasilnya, sangat gebu dan sangatlah sedap.  

Kepada yang ingin mencuba, boleh le tengok resipinya di bawah ini ye.  Selamat mencuba saya ucapkan...kalau dah buat tu, share le experience you all okay....bagi komen sikit, sedap ke tidak kek ini.....Pada saya sangat sedap dan disukai oleh keluarga saya.   In Syaa Allah kalau nak buat jer kek durian, boleh guna resipi ini and this is for keeps.....

Bahan-bahannya

  • 250gm butter
  • 200gm gula halus
  • 4 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 300gm isi durian*
  • 4 sudu besar susu segar* (*blend halus)
  • 240gm tepung naik sendiri**
  • 1 sudu besar tepung jagung**
  • 1/4 sudu kecil garam** (**campurkan dan ayak)

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  3. Masukkan vanilla esen
  4. Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan campuran susu segar & isi durian tadi
  5. Gaul rata.
  6. Lenserkan loyang dengan butter
  7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 deg cel selama 40-45 minit sehingga masak



 photo copyright.jpg
blogger template by envye