21.10.15

IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

Hari ini nak share sikit resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang sangat simple tetapi sangatlah sedap ini. Memang pembuka selera especially kalau dinikmati dengan nasi putih yang panas-panas baru dimasak.  Memang terbaek.  Also kalau kita rasa tak sedap badan atau tekak rasa nak makan benda-benda yang masam. eloklah dibuat masakan ini.  Gerenti celik biji mata punyer!

Saya sudah try resipi ini semalam dan memang berpuas hati dengan hasilnya, sampaikan suami pun tak habis-habis puji sedap katenya.  So apa lagi, jom kita tengok bahan & cara penyediaannya yang sangat mudah ni.  Bahan-bahannya pun cukup simple dan senang didapati - mesti ada didapur kita punyer le....Jom kita masak ni untuk lunch hari ni....Jom!

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka

Resipi oleh AtieJumaat

Bahan

  • Ikan tenggiri 3 keping
  • Cuka 1/2 cawan
  • Air 1 cawan
  • Biji sawi 1 sudu besar
  • Gula Perang & Garam secukup rasa

Bahan Tumis

  • Lada merah 2 tangkai (dibelah dua)
  • Lada hijau 2 tangkai (dibelah dua)
  • Cili padi 8 tangkai
  • Bawang besar 1 biji dihiris nipis
  • Bawang kecil 4 biji dibelah 2
  • Bawang putih 3 biji dihiris nipis

Cara Penyediaannya

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.  Goreng garing dan angkat.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak.  Tumis bahan tumis hingga layu.
  3. Masukkan air 1 cawan, cuka dan ikan dan biji sawi tadi dan biar masak reneh.
  4. Tambah gula dan garam mengikut citarasa sendiri
  5. Sekian dan selamat mencuba.
  6. In Syaa Allah sedap.




KUIH TALAM PISANG ENAK


Hari ini nak kongsi resipi Kuih Talam Pisang yang sangat enak yang saya ambil dari siapa lagi kalau tak dari blog Yatiememories yang memang tak kurang handalnya dalam membuat kuih-kuih talam ini.  Actually, frankly speaking saya tak pernah pun tahu kewujudan Kuih Talam Pisang until a friend says her mum used to make this kuih, sedap katenya.  Lalu saya pun google-google nak cari resipinya dan Alhamdullillah terjumpa kat blog Yatiememories ini.

Terus malam semalam cuba buat lagipun tengok bahan-bahan yang diperlukan ada kat dapur.  So apa lagi lepas jer solat maghrib, bermulalah episod masak-memasak talam pisang ini.  Tapi mengikut kate kawan saya, mum dia tak taruk colouring kuning untuk lapis bawah tu.  Fikir-fikir macam betul jugak tu, biarkan saja natural colour kepisang-pisangan, pasti cantik.  Tak pe lain kali buat tak payah taruk colouring kuning tu.  Seronok juga menalam semalam coz excited nak tengok hasilnya.  Masaknya semalam tapi biar betul-betul sejuk, berjaya juga saya tunggu sampai ke pagi ni jugaklah baru senang dan cantik dipotong.  Mudah jer sebenarnya nak buatnya, tinggal nak kena rajin jer tapi semenjak dua menjak ni sejak saya beli steamer elektrik Trio ini, semacam rajin jer buat kerja-kerja mengukus ni.  Alhamdullillah.

So apa ditunggu-tunggu lagi, jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Kuih Talam Pisang yang marveles lagi enak ini...Kalau nak tahu tahap keenakannya, kenalah try dulu kan.  Buat untuk hidangan famili.....pasti depe suka....Jom!


KUIH TALAM PISANG

Resepi dari Yatiememories

Bahan Lapisan Bawah


  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek (6-7 biji pisang berangan masak)
  • Pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-caranya:

  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang. Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata. Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang (4 segi 10inci x 10inci) dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.  Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Lapisan Atas


  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan-bahan di atas, Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan, bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata. Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.
  5. Selamat mencuba.  In Syaa Allah jadi.

19.10.15

QUICHE LORRAINE SUPERB



Assalammualaikum & good day everyone...Thank you for dropping by.  It is such wonderful feeling to see that I have visitors from the US, Australia, China, Brunei, Spore etc and of course not forgetting all my faithful Malaysian visitors, thank you all and may you continue to visit Hanizahomerecipes from time to time as I will continue to keep you updated with all those wonderful recipes that I have tried.

My entry today is this awesome Quiche Lorraine which I have tried last week.  I am very excited to share with you this recipe by Taste.com.au because this quiche that I made turned out so incredibly delicious and beautiful.  It was such a success that I thought I must share with you the recipe.  I simply love quiche and never can I resist it wherever I see them.  Before we get started, maybe you would like to know something about this fantastic easy to make Quiche Lorraine.  So here goes..... 

Although quiche is now a classic dish of French cuisine, quiche actually originated in Germany, in the medieval kingdom of Lothringen, under German rule, and which the French later renamed Lorraine (named for the Lorraine region of France). The word ‘quiche’ is from the German ‘Kuchen’, meaning cake. 

The original ‘quiche Lorraine’ was an open pie with a filling consisting of an egg and cream custard with smoked bacon. It was only later that cheese was added to the quiche Lorraine.  Add onions and you have quiche Alsacienne.  The bottom crust was originally made from bread dough, but that has long since evolved into a short-crust or puff pastry crust. 

Quiche became popular in England sometime after the Second World War, and in the U.S. during the 1950's.  Because of its primarily vegetarian ingredients, it was considered a somehow ‘unmanly’ dish, - “real men don’t eat quiche.” Today, one can find many varieties of quiche, from the original quiche Lorraine, to ones with broccoli, mushrooms, ham and/or seafood (primarily shellfish). Quiche can be served as an entrĂ©e, for lunch, breakfast or an evening snack.


Lets see what you would need to do this and how would you do it.  It is actually so simple and I am sure you just cant wait to try it out and believe me, you would not regret it....

Ingredients

  • 1 tablespoon olive oil
  • 1 onion, finely chopped
  • 5 bacon rashers, rind removed & chopped (I used chicken sausages instead)
  • 3/4 cup grated gruyere cheese (I used cheddar cheese instead)
  • 5 eggs
  • 400ml thickened cream
  • 100ml milk

Pastry (I doubled this to ensure enough to cover the tart pan)

  • 250g plain flour
  • 125g unsalted butter, chilled, cut into small pieces
  • 1 egg, separated

Method

  1. To  make the pastry, place the flour and butter in a food processor and process until the mixture resembles fine breadcrumbs.  Add egg yolk and 2 tablespoons of chilled water, and process again until the mixture comes together in a smooth ball.  Wrap in plastic wrap and chill in the fridge for 30 minutes.
  2. Preheat the oven to 170 deg C
  3. Roll the pastry out on a lightly floured work surface, then use to line a 26 cm loose-bottomed tart pan. Roll the rolling pin over the edges of pan to cut any excess pastry from the edges.  Chill for 30 minutes.
  4. Place the tart part on a large baking tray.  Line the pastry with baking paper and fill with pastry weights or uncooked rice.  Blind bake in the oven for 15 minutes, then remove paper and weights. Brush the pastry base with the egg white and return to the oven for 5-10 minutes or until dry. 
  5. Remove and set aside.
  6. For the filling, heat the oil in a large frypan, add the onion and cook over medium heat for 2-3 minutes or until softened.  Add the bacon (sausages) and cook for further 5 minutes or until crispy.  Set aside to cool.  Once cool, sprinkle the mixture over the pastry base, followed by the grated cheese.
  7. Place the eggs in a large bowl and lightly whisk, add the cream and milk, and continue whisking until well combined.  Season with salt and pepper, then carefully pour the egg mixture over the bacon (sausage).  Return the quiche to the oven for 25 minutes or until golden and set.  You may sprinkle some shredded/grated cheese (Mozarella) on top before putting it into the oven (which I did).
  8. Happy trying.
Dont you think this is simply awesome?


KUIH TALAM KELADI SEDAP SANGAT



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kaseh kerana masih sudi singgah ke blog saya yang baru nak bertapak dalam alam maya ni semoga sihat semuanya ya. Semoga blog masakan saya ini dapat memberi sedikit manafaat kepada yang mencari idea-idea resipi masakan untuk dicuba dan disajikan kepada keluarga atau teman-teman tersayang.  In Syaa Allah saya akan terus berkongsi resipi-resipi yang pastinya telah saya cuba dulu untuk anda semua cuba pulak, dan pastinya resipi-resipi yang terdapat di blog saya ini adalah pilihan-pilihan yang terbaik.  In Syaa Allah.



Baiklah untuk hari ini, saya ingin berkongsi resipi Kuih Talam Keladi yang saya dapati dari blog Yatie Memories dan resipi ini dikatakan asalnya dari Chef Asma Nordin yang terkenal dengan kepakaran membuat kuih-kuih talam ni.  Saya telah membuat kuih talam ni minggu lepas dan sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangatlah sedap, lembut dengan cukup manis-manisnya dan terasa juga masin-masin sikit bak kata semua pun cukuplah, perfect kate orangputih!...no flaws!


So kepada yang ingin mencuba, silakan.  Resipi ini memang yang terbaik.  In Syaa Allah menjadi jika betul-betul ikut bahan dan cara membuatnya.  Saya cakap pun tak guna kan melainkan you all cuba buat sendiri dan adililah sendiri samada setuju ke tidak dengan pendapat saya tentang kuih talam keladi ni.  Jom jangan membuang masa lagi, jom kita terjah resipi dan cara membuatnya....selamat mencuba saya ucapkan...silalah share experience you all bila membuatnya ye....


RESIPI TALAM KELADI

Resipi asal : Chef Asma

Sumber : Yatie Memories

Bahan Lapisan Bawah:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 700ml air
  • 300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam.  Potong kiub dan kukus selama 5 minit (kukus dulu, baru timbang, saya rebus sampai empok)

Cara-cara

  1. Bancuh semua bahan di atas (kecuali keladi) hingga rata dan sebati.
  2. Tapis ke dalam periuk.  Masak sehingga naik wap dan  masukkan keladi.
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10"x10"x3"
  4. Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapiran Atas:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • Sedikit pewarna purple & perisa Yam

Cara-cara

  1. Bancuh semua bahan dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap.  Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit lagi.  
  4. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali (saya tutup loyang dengan aluminium foil)
 Enak sekali....cuba buat & rasa sendiri kalau tak percaya....

18.10.15

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH MARVELES


Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah merupakan menu yang popular di pantai timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Oleh kerana keenakkannya, nasi kukus ayam goreng berempah ini menjadi popular dan mendapat tempat di bukan sahaja di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia tetapi kini boleh didapati di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.  Walaupun kita boleh menikmati nasi kukus di negeri-negeri lain dari Pantai Timur, tetapi kita akan dapat merasakan satu pengalaman yang cukup berbeza apabila kita menikmatinya di Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Kebanyakan gerai di tepi jalan di sana menjual hidangan nasi kukus ini.

Apa yang istimewanya dengan nasi kukus? Untuk membuatnya, nasi ini dimasak secara mengukus atau steam dalam mangkuk aluminium dan dihidangkan apabila pesanan dibuat.  Ini bermakna nasi kukus yang akan dinikmati seseorang itu adalah segar dan harum.  Ayam goreng berempah pula merupakan hidangan sampingan selain sambal cili dan juga timun sebagai ulam dan semestinya dimakan dengan kuah kari yang menjadi set Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini sangatlah enak dan istimewa sekali.

Saya sekeluarga amatlah menggemarinya.  Selalunya kami akan ke Manjung untuk menikmati keenakkan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini di Restoran Pok Ya yang tersangatlah sedap dan amat memenuhi selera kami sekeluarga. 

Minggu lepas dengan berpandukan resipi dari blog Sajianbonda, saya telah cuba membuat sendiri Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah ini dan Alhamdullillah hasilnya sangatlah memuaskan dengan mendapat komen dari suami "best in the world".  Alahai seronoknya rasa bila suami puas dengan masakan kita kan!...anyway sekarang saya rasa nak berkongsi dengan anda semua resipi yang sangatlah awesome dan menjadi ini.  Cubalah kerana saya telah cuba dan sangat berpuas hati.  Jom kita tengok bahan dan cara membuatnya....Selamat mencuba ya......sharelah dengan saya pengalaman anda membuat Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah awesome ni ok......


Lihatlah betapa cantik & panjang nasi bila dikukus...saya guna beras basmathi


Cara buat Nasi Kukus

Bahan-bahan

4 cawan beras - rendam selama 1 jam (saya guna beras basmathi, rendam sekejap sahaja)
3 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara memasak

Cuci bersih beras dan rendam sekejap.  Kemudian toskan beras.
Didihkan air dalam pengukus.  Masukkan daun pandan simpul dalam air.
Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)
Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (tukar air selalu supaya beras cepat sejuk)
Beras akan mengembang dan memanjang lebih kurang satu kali ganda.  Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.
Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air).  Biar seketika dalam 10 min supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.
Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (kukus lebih kurang 15 min)

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
1 inci halia - dikisar
5 batang serai - dikisar
1 sudu besar ketumbar (sangai/goreng tanpa minyak) - dikisar
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara memasak

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan lain-lain bahan lalu diperap
Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing

Resepi Gulai Daging ala Utara

Bahan-bahan

1 kg daging bahagian tulang
4 biji ubi kentang - dibelah 2
2 sudu besar kerisek
1 sudu besar minyak sapi
1/2 senduk minyak masak
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Daun kari
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Rempah Tumis:

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 batang cengkih
 6 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan pes Rempah:

1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan  manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara Memasak:

Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periok. Tumis bahan kisar, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau
Bancuh bahan pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk tadi.  Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali.  Kemudian masukkan ubi kentang, kerisek dan santan cair.  Masak sehingga mendidih dan ubi empuk
Masukkan santan pekat dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat.  Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
 Sambal cili ini adalah menu sampingan yang WAJIP...tapi jaga-jaga ye, ianya tersangatlah pedas...kalau nak resipinya, ada di bawah (masa mula2 post entri ni dulu, lupa bagi resipi sambalnya), so it is.....

5 biji cili merah
7 biji cili api
1 biji tomato
3cm belacan
2 biji limau (ambil airnya)
Bakar belacan sehingga masak.  Tak mengapa jika ada kesan hangus terbakar sikit
Kisar cili merah, cili api, tomato dan belacan yang telah dibakar tadi
Hidangkan di dalam mangkuk dan perahkan limau






12.10.15

KUIH SERIMUKA PANDAN


Dalam banyak-banyak kueh tradisional Melayu kita, rasanya kueh-kueh talam dan serimuka macam-macam inilah yang payah nak buat dan selalu mendatangkan kehampaan setiap kali mencuba sampai dah  ke tahap menyampah nak buat sebab tak pernah nak jadi.  Ada aje tak kena dengan kuah talam atau serimuka ni, bila masak air jatuh ke permukaan lah, terlembik atau terkeras lah. Lepas tu, bila dah masak rase tak sabar nak rasa nak potong tetapi tak boleh potong mase panas le pulak.  Kena tunggu sampai betul2 sejuk, baru boleh potong untuk mendapatkan potongan yang betul-betul cantik. Tetapi saya ni selalu tak sabar belum betul-betul sejuk dah nak potong, nak rasa ok ke tak.  Tu yang membuatkan serimuka ini jadi cacat...huhuhu...so kalau nak makan sebelah petang better buat masa pagi biar ia sempat nak sejuk betul-betul.

Tetapi bila tengok kat blog-blog yang menayangkan hasil-hasil serimuka yang sangatlah cantik, rase teruja sesangat nak buat juga.  Mulalah google-google tips dan nengok cara-cara melalui youtube, lepas tu gi order pembaris talam kat Chef Asma Nordin dan juga beli le pulak steamer elektrik trio yang memanglah menyenangkan kerja-kerja menalam ni...oh bukan tu aje, sampai plastik lapik pun dibeli dengan Chef Asma....kalut betul orang tua ni kan....hehehe....

Akhirnya, tadaaaa inilah hasilnya Serimuka Pandan saya yang dibuat last weekend, Alhamdullillah menjadi dan sangatlah sedap.  Bersyukur setelah banyak kali hampa, akhirnya mendapat resipi kuih serimuka pandan dari blog Chef Hanieliza ini yang sangat memuaskan hati saya dan pasti this recipe is for keeps.  Thank you Hanieliza kerana telah share resipi serimuka pandan yang awesome ini dan izinkan saya share pulak di sini ye.  Suka tengok lapis atas tu warna hijau yang so natural 100% pure air daun pandan.  Sekiranya hendakkan kuih serimuka pandan yang betul2 rasa pandan, Say NO to colouring or pandan flavour hehehe...

So sasiapa yang nak try buat boleh ikut resipi di bawah ini ye sebab saya sudah pun mencuba dan amatlah berpuas hati dengan hasilnya....sedap sekali.  Jom intai bahan-bahan dan cara membuatnya.

KUIH SERIMUKA PANDAN

Resepi : Chef Hanieliza

Bahan

Lapis Bawah:

2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
Sedikit garam & gula

Cara

Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
Sedikan loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci dan lapikkan dengan plastik yang terlebih dahulu disapu minyak
Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak
Setelah masak, tekan-tekankan pulut tadi supaya mampat dan cantik
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas

Bahan

Lapisan Atas

2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan (beberapa helai daun pandan yg digunting2 dan dikisar dengan secawan air)
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad (saya guna tepung jagung)
1 biji telur
1 sudu kecil garam (saya lebihkan sikit)

Cara

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata (atau nak senang, blend semuanya). Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas lapisan pulut dalam loyang tadi (saya masak dulu adunan ini atas api dalam periok tebal sehingga berwap dan agak pekat sikit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit licin dan cantik, tak mau pun tak pe)
Kukuskan lebih kurang 30 minit
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.
Selamat mencuba.

9.10.15

BENGKANG UBI KAYU MARVELES


Assalammualaikum dan selamat pagi semua.

Bertemunya kita lagi di hari ini dengan kehendak Allah jua & marilah kita memanjatkan kesyukuran kepadaNya ke atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita umatNya.

Hari ini Kak Raja nak update resipi kuih Bengkang ubi kayu yang sangat marveles ini dan share dengan kawan-kawan semua.  Kak Raja boleh bagi 5 bintang untuk resipi ini kerana ianya sangatlah memuaskan.  Actually Kak Raja tak pernah pun buat kuih bengkang ini bila memikirkan keremehannya kerana sebab pertama ubi kena diparut, takut pula terluka tangan/jari hehehe....pada suatu hari ada kawan kat ofis kate biase dia akan potong kecil-kecil ubi kayu ni dan blend sikit-sikit then tapis aje.  Wah ini sudah bagus, fikir Kak Raja.  So apa lagi, kita pun terus google2 nak cari resipi tengok-tengok memang ramai yang ikut cara mudah ini iaitu chop2 and blend!

Mula-mula jumpa resipi tu guna telur so try le buat.  Tapi sedihnya first time buat tak menjadi kerana kuih ni jadi lembik sangat, frust gila.  Bancuhan macam cair jer entah le mana salahnya & at last cik tong yang kenyang! Then kerana determined sungguh nak buat lagipun suami suka, buat the second time this time without egg (basically because I dont quite like eggs) dan resipinya simple saje jumpa kat blog Fiza tapi katenya resepi asal dari Mama Saranur dari Sumber Damai Qalbu,  Ape-ape pun kita nak ucapkan terima kaseh kepada kalian semua di atas resipi bengkang marveles ini. Alhamdullillah okay dan menjadi seperti gambar di atas.  Tapi nak bagi tau sini, bengkang ini tak boleh dipotong masa panas.  Kita kena tunggu betul-betul sejuk ye baru dipotong.  Seelok-eloknya kalau nak makan untuk breakfast, buat waktu malamnya. Baru cantik dan senang nak potong.

So sape-sape teringin nak mencuba boleh try resipi yang Kak Raja share di bawah ini.  In Syaa Allah menjadi.  Selamat mencuba.

Resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu

Resipi asal : mama saranur

Bahan-Bahan :

  • 5 cawan ubi yang siap diparut 
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula (ikut manis pun boleh)
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning

Cara Membuat :

  1. Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin)
  2. Kemudian sejatkan dan buang air tersebut tapi sagunya berwarna putih diambil dan digaul bersama ubi yang diparut tadi.
  3. Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.
  4. Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dalam 1 jam setengah, suhu 180-200 deg celcius api atas bawah.
  5. Biarkan bengkang betul-betul sejuk baru dipotong dan dihidangkan.

8.10.15

APAM GULA HANGUS


Assalammualaikum & salam sejahtera.  Diharap semuanya sihat dan happy-happy hari ini dan hari-hari seterusnya.

Nampak gayanya hari ini kita ketemu lagi.  Tengah rajin hari-hari pun nak update blog share resipi tapi kalau tiba masa malas, satu sen pun tak guna!  Apa-apa pun hari ini Kak Raja rase nak share dengan you all semua resipi apam yang awesome ini, Apam Gula Hangus.  Actually dulu-dulu memang ada resipi ini dalam simpanan Kak Raja tetapi dah hilang entah kat mana, tiba-tiba rase teringin nak buat balik dan makan apam ini, tu yang dok jengok-jengok kat google, at last terjumpa yang ini dari  blog Resipi Bonda.  Google punya google lagi resipi, tengok-tengok ramai yang guna resipi ini.  Thank you ye Resipi Bonda, izinkan Kak Raja share pulak resipi apam gula hangus yang sangatlah sedap ini.  Macam tak sabar-sabar lagi, malam tadi terus cuba.  Barang-barang pun ada kat dapur tu, so buatlah, Alhamdullillah sama seperti yang pernah Kak Raja buat dulu-dulu.  Sedap apam ini, so lembut dan so gebu gebas gitu dan mudah juga nak buatnya.

Jom kita tengok resipinya di bawah ini.  Manalah tau kot ada yang ingin mencuba.  Jom 

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.  Kemudian disejukkan.
  2. Dalam blender, masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.  Kukus lebih kurang 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
  8. Selamat mencuba.

7.10.15

KUIH BAHULU KEMBOJA YANG SANGAT SEDAP



Subhanallah sedapnya Kuih Bahulu Kemboja ni!

Tak pernah jemu dengan keenakan dan kelembutannya apatah lagi bau pandan yang harum wangi, rasa lemak-lemak manis-masinnya memang terlalu menggoda & Pergh memang terbaik.  Bahulu Kemboja ini adalah kuih favourite encik suami Kak Raja dan setiap kali bulan Ramadan, pasti kuih inilah yang dicari di pasar Ramadan di bandar Teluk Intan ini.  Tetapi dukacita bila pada bulan puasa baru ini, ianya sudah tidak kelihatan kerana orang yang biasa menjualnya sakit rupanya. Semoga beliau dapat sembuh kembali untuk meneruskan penjualan Bahulu Kemboja yang boleh dikatekan sedap jugak tu.  So bulan puasa lepas tidak adalah kuih ini di atas meja makan kami pada waktu berbuka.  Kalau ada pun tak sesedap macam yang kami biasa beli.

Alhamdullillah dengan izin Allah jua, Kak Raja terjumpa resipi Bahulu Kemboja yang sangatlah sedap ini dari sumber blog JoAyee (mekarmewangi) yang telah diubahsuai resipinya oleh Syazwani Adnan.  Terima kaseh kepada keduanya di atas perkongsian resipi yang sangat memuaskan hati kami sekeluarga ini.  Nampak gayanya resipi Bahulu Kemboja ini akan menjadi resipi tetap dan akan disimpan oleh kami.  In Syaa Allah.  Lepas ini tak payah lagi nak susah-susah beli.

Buat Bahulu Kemboja ini sebenarnya tidaklah susah dan bahan-bahan yang diperlukan pun tidaklah susah hendak dicari kerana semua bahan ini pasti sudah sedia ada di dapur kita, kita pasti ada telur, tepung, gula, kelapa dan juga daun pandan kan.  Tapi Kak Raja nak pesan di sini, kalau boleh tak payahlah guna colouring hijau ke esen pandan ke kerana bau & colournya tak natural.  Seelok-eloknya guna daun pandan kerana baunya lebih harum dan colournya pun lebih natural.  Santan tu kalau nak mudah, guna sahaja santan kotak tu.

Semalam Kak Raja buat lagi tapi oleh kerana kami hanya tinggal berdua, jadi Kak Raja buat separuh adunan sahaja, seelok-elok ajer dapat 2 acuan.  Satu telah dinikmati sebaik saja kuihnya masak semalam dan satu lagi untuk dibuat sarapan pagi ini.  Alhamdullilah dan bagi sesiapa yang nak merasa keenakan kuih Bahulu Kemboja ini, bolehlah ikut resipi yang Kak Raja share di bawah ini.  Selamat mencuba.  Agar you all pun berpuas hati dengan hasilnya.


Sumber :  JoAyee (mekarmewangi)
Ubahsuai resipi oleh : Syazwani Adnan
Saiz hidangan : 4 keping (ikut acuan sebenar kuih bakar kemboja)

Bahan-bahannya

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (dalam 15 helai daun pandan,digunting dan dikisar dengan secawan air)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat (dalam kotak cap Ayam) + 1/4 cawan air
  • 3 biji telur (atau 4 biji untuk mendapatkan kuih yang lebih lembut)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bijan - untuk ditabur
  • Pewarna hijau (optional - saya tak guna)
  • Sedikit minyak sapi/butter - dicairkan 

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan, blend sampai sebati dan tapis.
  2. Masukkan ke dalam bekas/acuan  yang telah disapu minyak sapi/butter, tabur bijan dan bakar selama 30-40 minit pada suhu 180 deg celcius sampai garing dipermukaan.

Nota Kaki dari Syazwani Adnan:

  • Adunan ini sedikit manis, bagi sesiapa yang kurang suka manis2 sangat, bolehlah kurangkan sukatan gula ke 3/4 cawan atau hanya 1/2 cawan.
  • Sekiranya suka kuih bakar yang masih lembut bila dah sejuk, boleh tambah adunan cecair iaitu lebihkan air sebanyak 1/4 cawan tapi boleh juga digantikan dengan sebiji telur.  In Syaa Allah kuih bakar kemboja ini akan lembut sampai keesokan harinya.
  • Cara membakar kuih ini hendaklah panaskan loyang/acuan kuih terlebih dahulu di atas api dapur. Kalau nak elakkan dari adunan melekat pada loyang, penuhkan loyang dengan minyak  masak. Panaskan sehingga keluar asap (betul2 panas), kemudian tuang/keluarkan minyak dari loyang/acuan. Kecilkan api sekecil2nya dan sapu minyak sapi atau butter pada loyang/acuan dan tuang adunan ke dalamnya.  'Masak' sebentar di atas dapur (5-10 minit) dengan api yang sangat kecil - tujuannya hanya untuk dapatkan kuih yang agak garing.  Kemudian sambung bakar kuih di dalam oven selama 30-40 minit hingga permukaan kuih nampak keperang-perangan dan garing.
  • Selamat mencuba!  

APAM GULA MELAKA

Minggu lepas Kak Raja telah mencuba buat Apam Gula Melaka dari blog Azlita Aziz ni.  Seronok rase bila tengok Apam ni merekah dengan cantiknya.  Bukan aje cantik dipandang tetapi memang sedap lembut dan gebu.  Buatnya pun tak lah susah sangat tapi apam ni pada Kak Raja manis sikit so kepada yang tak suka manis atau yang nak jaga kesihatan tu, bolehlah dikurangkan sukatan gulanya.

Apam-apam ni Kak Raja kukus dalam paper cup yang besar dapatlah dalam 14 biji tu.  Memang senang membuatnya especially dengan adanya steamer Trio yang memang banyak menyenang dan memudahkan kerja-kerja mengukus apam ini, kejap jer dah siap.  So kepada yang ingin mencuba, boleh lah try resipi ni.  Oh terlupa pulak nak ucap terima kaseh kepada Ita kerana berkongsi resipi ni di blognya dan now Kak Raja pulak nak share dengan you all semua.  Selamat mencuba ye.

Bahan-bahan

(14 biji guna papercup saiz besar)

  • 125gm gula pasir
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
  • 150ml air
  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100ml minyak masak

Cara-cara 

  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula melaka hingga hancur.  Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula.  Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonate, yis dan telur.  Kacau sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak.  Bergantung kepada saiz acuan)
Tersenyum cantik!

1.10.15

SERIMUKA GULA MELAKA




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia MyHome Recipes.  Terima kaseh Kak Raja ucapkan kerana masih sudi singgah ke blog Kak Raja yang baru nak menapak dan tak seberapa ini.  Semoga anda semua sihat dan dilindungi & diberkati selalu hendaknya.

Lama rasanya Kak Raja tak update blog ni.  Kadang-kadang rasa malas tetapi sebab utama ialah kesuntukan masa mungkin.  Mane taknya pagi2 lagi dah bertolak dari rumah ke tempat kerja dan pulang dah dekat nak maghrib.  Almaklumlah tempat kerja dengan rumah dalam anggaran 20 km jauhnya tetapi bila dah biasa tu, tak terasa pulak jauhnya.  Satu lagi mungkin faktor usia yang makin senja, tak begitu nak cergas lagi.

Ada pulak yang mengatakan bahawa keenakan kuih serimuka dapat menceriakan seseorang dan muka akan menjadi berseri-seri disebabkan perasaan lazat yang tidak boleh dibandingkan.  Nama Serimuka berkemungkinan mempunyai maksud yang dapat menyebabkan muka seseorang berseri-seri selepas  makan.  Ramai orang suka mengisi perut dengan serimuka dan makan dengan tidak berhenti-henti, serta terus makan berketul-ketul lagi.  Surirumah juga sangat berminat untuk belajar membuah kuih serimuka ini sebagai hidangan untuk seisi keluarga.  Teknik-teknik yang tertentu diperlukan untuk mengekalkan keaslian kuih ini.

OK hari ini Kak Raja hendak share resipi Serimuka Gula Melaka yang telah Kak Raja cuba malam semalam.  Resipi ini Kak Raja dapat dari blog masakan Azlita Aziz, salah seorang food blogger kegemaran Kak Raja, dan adalah dimaklumkan resipi ini pulak katanya berasal dari Nadz Nazharzan. Macam biasalah bila tengok blog Ita kita, memang teruja sangat rasa nak buat jugak sebab menarik sekali cara Ita mengolah dan mengajar kepada kita cara-cara iaitu step-by-step bagaimana hendak membuatnya.  Terliur setiap kali menatap blog Azlita Aziz ni, memang terbaik dan kini izinkan Kak Raja share pulak resipi Serimuka Gula Melaka yang tersangatlah sedap ini.  Memang serious sedap dan lembut jer, sekali makan mesti hendak dan hendak lagi.  Memang bahaya ni makan banyak mesti badan akan naik berkilo-kilo hehehe.....Apa-apa pun kepada yang ingin mencuba dan mencari yang paling sedap, dipersilakan cuba yang ini.  Kak Raja boleh bagi 5-bintanglah dan rekomen resipi ni kepada penggemar kuih tradisional kita ini yang memang berkurun-kurun menjadi kegemaran orang-orang kita.  Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.....Selamat mencuba. 

Resipi asal : Nadz Nazharzan

Bahan-bahan Lapisan Bawah


  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam

Cara-caranya 


  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas 


  • 200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam

Cara-cara 


  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis atau blend).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan




 photo copyright.jpg
blogger template by envye