12.6.15

KEK KARAMEL MARVELES




Assalammualaikum  & salam  sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke blog "My HomeRecipes" yang  masih  baru  ini dengan  harapan semoga  semuanya berada  di dalam keadaan  yang sihat  dan happy selalu.  Kepada umat Islam, tak lama lagi kita akan mula berpuasa In Syaa Allah.........marilah sama-sama kita rebut peluang ini untuk menjadi seorang hambaNya dengan keimanan & ketaqwaan dalam menjalani ibadah puasa supaya dikurniakan segala yang dijanjikan olehNya.

Menjelang bulan puasa ini, ibu-ibulah yang pasti orang yang paling sibuk sekali..apakan tidaknya bila seorang ibu itu lebih-lebih lagi sekiranya ia seorang yang bekerja kerana kena juga menyediakan hidangan untuk berbuka tapi Kak Raja percaya semua pun sudah bersedia untuk memikul tanggungjawap ini.  Walaupun tak banyak masalah sekarang ini dengan adanya pasar-pasar Ramadan tetapi ianya tetap tidak sama dengan masakan yang disediakan oleh seseorang ibu itu.  Kak Raja lebih suka menyediakan hidangan sendiri untuk keluarga, walaupun mempunyai masa yang sangat singkat kerana masih bekerja.

OK cukup kita berbicara tentang puasa kerana kalau nak ikutkan memang meleret-leret jadinya.  So now, Kak Raja nak bercakap tentang resipi Kek Karamel ini yang memang dah lama diperkatakan dan ramai telah pun mencubanya tetapi Kak Raja ini baru terasa hendak mencubanya.  Itupun setelah melihat betapa cantik kejadiannya dengan warna-warnanya yang cukup menarik.  Bukan sahaja cantik dipandang tetapi sangatlah sedap bila dinikmati.  Keknya tersangatlah gebu dan lembut spongy & springy gitu dan terasa macam cair jer dalam mulut coz ada karamel di atas.  Ramai yang tertanya macamana kek tu boleh terjadi begitu adakah ianya dibakar/kukus berasingan....hahaha..ajaib kan...tetapi sebenarnya senang sangat buat kek karamel ini, sape2 pun boleh cuba.  Alhamdullillah Kak Raja first time cuba, menjadi jugak lah...Buat first time dulu colour purple+pink+blue tetapi semalam try colour yellow+green+pink pulak...cantik sangat.

Resipi Kek karamel ini Kak Raja dapat dari blog fevret Kak Raja iaitu blog Azlitamasammanis oleh Azlita Aziz (izinkan Kak Raja share ye Azlita).  Cuma ada sedikit penambahan kak Raja buat untuk bahan karamel iaitu Kak Raja juga guna 1 cawan susu pekat manis (tak payah gula lagi) & dan tambah lagi 2 biji telor  (putih & kuning sekali) kepada yang sedia ada.  Dan dalam adunan kek bahan 1, kak Raja tokok 2 sudu besar susu pekat manis.  Vanilla essence Kak Raja tukar ke Vanilla paste untuk dipukul dengan telur supaya pekat sikit untuk kurangkan hanyir telur!

Kepada yang ingin mencuba, jom intai resipinya seperti di bawah....Selamat mencuba!


Gula Hangus

3 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inci.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang
Ratakan gula dengan menyenget2kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk.  Gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak2 dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan.

Bahan Karamel

1 cawan susu cair (Ideal evaporated milk)
1 cawan susu pekat manis
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih dan kuning)
1 sudu teh esen vanila (Kak Raja guna 2 sudu teh)
Kacau telur bersama dengan esen vanila perlahan-lahan hingga sebati
Masukkan susu cair dan susu pekat dan kacau lagi rata-rata dan perlahan-lahan.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
(Adunan ini tak perlu di bakar dulu ye kerana kita akan bakar adunan ini bersama adunan kek nanti)

Adunan Kek Bahan 1

70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis
Pukul kuning telur, susu pekat manis, minyak dan air sampai gebu dan tukar warna putih
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu
Masukkan sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Meringue

6 biji putih telur - pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan menjadi kental dan kaku, kalau kita terbalikkan mangkuk adunan putih telur ini, ia tidak jatuh!
Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan tepung tadi
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue sehingga habis dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna.  Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
Letakkan pewarna (seperti purple+pink+biru ATAU yellow+green+pink atau ape saje anda suka)

Kemudian tuangkan adunan kek ini ke atas lapisan karamel tadi.
Belang-belangkan adunan.
Tuang 3 sudu lapisan purple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple, diikuti dengan 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dengan 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 deg celcius.  Bila dah masukkankek dalam oven, tukar suhu pada 160 deg celcius.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath

Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yang berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 deg celcius dengan api bawan selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran setengah jam pertama
Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan ke turun sendiri
Potong ke bila ia benar-benar telah sejuk
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama
Kek ini juga sedap di makan di kala sejuk
Selamat Mencuba






2.6.15

CAKE BUTTER ADA CADBURY


Buat kek ini semalam tapi tak cukup pulak coklatnya tak boleh nak menutupi lapisan bawah kek. Acuam empat segi Kak Raja terbesar sikit kot.  Rasenya macam kek butter biasa tapi manis sikit, maybe boleh kurangkan sikit gulanya.  Budak-budak pasti sukakan kek ini tapi rasanya kalau tak taruk chocolate pun sedap juga.  Jom sape  nak try, boleh cuba resipi ini yang Kak Raja nak share dari resipi asal Namee Roslan.  Sedap & berlemak.  Selamat mencuba ye.

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 buku butter (250 grams)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung self-raising
  • 4 biji telur (Gred A besar)
  • 1 sudu besar vanilla essence
  • Beberapa bungkus plain chocolate Cadbury

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Pukul butter dengan gula halus sehingga gebu dan putih
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul 
  3. Masukkan vanilla essence dan kacau lagi
  4. Setelah sebati. masukkan tepung, sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan
  5. Sapukan butter pada loyang
  6. Masukkan sedikit bancuhan (lapisan nipis dibawah) ke dalam acuan dan ratakan
  7. Susun coklat-coklat cadbury tadi sehingga menutup lapisan pertama
  8. Masukkan bancuhan yang lebih tadi bagi menutupi lapisan coklat
  9. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 deg cel sehingga masak.



 photo copyright.jpg
blogger template by envye