28.12.15

AMBON aka APAM KELATE



Factor utama saya terpanggil nak try buat Apam ini ialah kerana ianya nampak sangat menarik, macam so sweet gitu, then pernah lama dulu makan apam ini, suka sangat coz tersangatlah sedap.  Lama juga tercari-cari resipinya then last2 semalam terjumpalah kat blog Liza @ Intai Dapur, so itu yang terus cuba buat semalam juga.  Alhamdullillah menjadi, cantik kejadiannya so gebu and so sedap.

Cantikkan apam ini?  Bukan saje cantik tapi sangat sedap.


Bahan yang diperlukan sedikit sahaja, cuma guna telur, gula dan tepung dan juga esen vanilla atau rose untuk hilangkan bau hanyir telur.  Saya guna esen rose dalam 2 penutup botol esen tu, tak berbau pun.  Apam ini agak manis, kepada yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan gula ke 3/4 cawan. Cara membuatnya pulak agak senang tetapi kita kena pay extra attention sikit bila memukul telur dengan gula.  Sebaik2nya gunalah a stand cake mixer kerana telur dan gula haruslah dipukul sehingga betul-betul kembang dan putih untuk menghasilkan apam yang cantik gebu.  Saya guna KitchenAid saya ini yang sangatlah membantu untuk menghasilkan adunan telur dan gula seperti yang dimestikan - tak de KitchenAid pun tak pe, jadi juga tapi yang penting kena pastikan adunan telur dan gula itu betul2 naik kembang dan warna bertukar keputihan.


Kepada yang ingin mencuba, boleh ikut resipi di bawah ini.  Cukup mudah bahan-bahannya.  OK jom kita intai tengok apa yang diperlukan dan cara-cara membuatnya.  Selamat mencuba ye...Saya sudah pun cuba semalam, sangat happy dan sangat memuaskan...Cantik kejadiannya.  Selamat berjaya you all.

Bahan-bahannya

  • 1 cawan telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh vanilla/esen ros - untuk hilangkan bau telur

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan dulu kukusan
  2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang, sampai warna putih tau, lepas tu masukkan esen.
  3. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warna merah dan 1 bahagian warna asal
  5. Masukkan ke dalam loyang secara selang seli warna
  6. Kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit
Sejukkan dan bolehlah dipotong


25.12.15

APAM BENGAWAN SOLO


Assalammualaikum & salam sejahtera

Thank you for visiting...di harap semuanya sihat dan happy selalu.

Apa rancangan hujung minggu ini?  Mesti ada yang masih bercuti panjang sejak hari khamis lalu lagi..bestnya...saya sudah bekerja hari ini, separuh hari.   Apa nak buat bekerja dengan syarikat swasta macam gini lah.


Semalam saya telah mencuba buat Apam Bengawan Solo yang saya pelajari dari blog "sariyusa blogspot Alam Sari Di Tanah Jauhara".  Alhamdullillah menjadi, cantik, gebu dan so sedap apam solo ini, amat mengenyangkan kerana di dalamnya ada inti kelapa  manis.  Saya teruja nak mencuba kerana ada inti di dalamnya, rasa macam tak pernah lagi makan apam ini.  According to tuanpunye resipi ini, kita boleh jer masukkan apa2 inti yang kita suka, inti kacang ke inti kari kentang ke...macam makan pau lah pulak...Anyway nak share resipi Apam Solo yang unik ini.  Senang saje membuatnya, yang penting mesti ada kesabaran membuatnya kerana banyak juga steps involved tapi kalau you all bijak, boleh buat intinya dulu, then boleh start prepare adunan apam ini.  

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara bagaimana hendak menghasilkan these beautiful and so sedap Apam Bengawan Solo or just simply Apam Solo.... Jom!

Resipi Apam Bengawan Solo

(Sukatan ini menghasilkan lebihkurang 40 biji apam)

Bahan Inti:

  • 130 gram gula merah
  • 30 gram gula pasir
  • 125 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam

Caranya

  1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih
  2. Masukkan kelapa parut dan garam.  Kacau sebati
  3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan

Bahan Apam

  • 500 gram tepung gandum*
  • 2 sudu teh instant yis (mauripan)*
  • 180 gram gula pasir*
  • 250 ml susu cair/fresh milk*
  • 600 ml air*
  • 1/8 sudu teh garam*
  • Pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya

Caranya

  1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati.  Bahagikan kepada tiga bahagian.
  2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco
  3. Perap adunan selama 40 minit

Cara Menyediakan Apam

  1. Panaskan air dalam periuk kukusan.  Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata
  2. Masukkan sedikit adunan apam putih
  3. Isikan inti kelapa
  4. Tutup dengan adunan apam putih
  5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan
  6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak
  7. Keluarkan apam dari acuan bila sejuk

 Tembam-tembam macam ini, makan satu pun dah cukup mengenyangkan


21.12.15

APAM TEPUNG BERAS (RICE FLOUR APAM)


I had bought this recipe book entitled "the Great Malaysian Breakfast" by Zakiah Hanum many years ago and still refers to it for some good breakfast recipes, and one of my favourites is this so good so perfect Apam Tepung Beras (Rice Flour Apam).  I used to do these pretty pink apams often those days when both my late parents in-law were around because my late mother in-law especially loved them.  She would prepare the "Tapai Nasi" (fermented rice) beforehand for me to do these for her and of course I was always glad to do for her because these apams would be enjoyed by everybody at home.  Alhamdullillah.


"Tapai Nasi" is one of the main ingredients in order to make these cute apams.  It is a mixture of cold cooked rice with two pieces yeast (white in colour in small blocks) which can be purchased in the markets or any sundry shops. The yeasts are crushed and mixed well with the cold cooked rice which are then kept in a dark place for 2 or 3 days until they mature and are ready for use.

If you feel like making your own Apams, you can try this recipe which has become my family's favourite because they are really good.  I have done them on numerous occasions and they never failed me. 

Happy cooking and happy trying.

RICE FLOUR APAM by Zakiah Hanum

Ingredients

  • 4 1/2 cups rice flour
  • 1 1/2 cups sugar
  • 4 cups water
  • 2 cups cold rice
  • 2 packets Eno
  • 3 pieces yeast

Directions

  1. Crush yeast and mix well with cold rice.  Place in a container and keep a day or two until well fermented.
  2. Mix rice with sugar, rice flour and water and blend to a smooth paste/batter.  
  3. Put aside for 6 hours.
  4. Add Eno powder to the  mixture and stir well for a while .
  5. Heat steamer and place apam bowls on steamer plate.
  6. Pour mixture into bowls, filling 3/4 of bowls.  Close steamer and steam until apam is cooked and well risen.
  7. Served with grated coconut (mixed a some salt)


PAPRIK SOTONG MARVELES


Paprik adalah sejenis masakan Thai yang disukai ramai, tak kiralah samada ianya paprik ayam ke, paprik daging ke, paprik udang atau seafood ke, pasti ramai yang gemarkannya.  Bukan saja paprik ini sedap dan lazat, tapi ianya amat mudah untuk disediakan.  Bagi saya yang penting, mesti ada daun limau purut dan sos ikan kerana bahan2 inilah yang mengharumkan lagi sesuatu masakan paprik itu.

Saya pasti ramai yang sudahpun tahu macam mana hendak menyediakannya,  Walaupun bahannya nampak banyak tetapi semua bahan ini mudah didapati di setiap dapur kita.  So hari ini, saya ingat nak share sikit resipi Paprik Sotong yang sangatlah sedap ini yang disediakan oleh anak gadis saya, Teh Zarina semasa dia balik bercuti baru ini.  Simple sangat nak memasaknya dan kalau kita kadang-kadang rasa binggung apa hendak dimasak untuk hidangan keluarga, buat jer paprik ini kerana masakan paprik ini pada saya sudah ada semuanya so you can saya its a perfect dish!  Masak paprik ini tak payah lagi nak prepare lain-lain lauk kecuali kalau nak lebih sedap boleh buat telur dadar kerana kedua-duanya memang suitable sekali dinikmati dengan nasi putih panas-panas!...perghhhh memang terlajak sedapnya!

Jom kita intai resipi Paprik Sotong yang marveles ini...Jom..mesti cuba tau!  Kalau saya masak paprik ini, saya lebih suka ianya pekat-pekat sikit.  Saya tak suka yang kuah banyak. Kuahnya mesti kelihatan kemerah-merahan sikit dengan kombinasi sos-sos yang terlibat...hehehe, barulah menyelerakkan....

RESIPI PAPRIK SOTONG MARVELES

Bahan-bahan

  • 600 gm sotong - bersihkan, cuci dan toskan
  • 1/2 batang carrot - belah dua dan hiris memanjang sederhana tebal
  • 2 urat kacang panjang - dipotong 1 inci 
  • 1 biji cili capsicum hijau atau merah - dihiris sedikit tebal memanjang 
  • 2 biji tomato - dihiris memanjang atau wedges
  • 3 ulas bawang putih - dihiris atau diketuk
  • 1 labu bawang besar - dhiris bulat atau dipotong baji 
  • 1/2 inci halia - diketuk atau hiris halus
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - dititik (boleh lebih jika suka pedas)
  • 3 helai daun limau purut - dicarik sikit
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikir air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili padi sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.
  3. Masukkan sotong dan gaul rata
  4. Kemudian barulah masukkan semua sos dan daun limau purut.  Tambah air untuk kuah, kacau lagi
  5. Masukkan carrot, kacang panjang dan capsicum kecuali tomato masuk lambat sikit
  6. Rasakan kuah, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam.
  7. Masukkan tomato dan tepung jagung (yang telah dibancuh dengan sedikit air) untuk pekatkan sikit dan kacau seketika
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.
  9. Sebagai menu tambahan, goreng telur dadar.  
  10. Sedap dan yummy sesangat.
  11. Selamat mencuba
YUMMYLICIOUS!


17.12.15

KUIH LAPIS YANG SANGAT SEDAP

Assalammualaikum, Salam Jumaat & Salam Sejahtera kepada semua.

Thank you for visiting.

Hari ini rase tak sabar nak share dengan you all  resipi yang sangatlah fabulous ini yang saya dapat dari blog Yatiememories Sinar Kehidupanku, thank you ye Yatie, izinkan saya share pulak kat blog saya ini agar kita sama2 dapat menyediakan kuih lapis yang enak & lemak ini untuk family tersayang.

Sebenarnya saya kerap kecewa bila membuat kuih lapis.  Ini adalah kerana ianya tak pernah nak menjadi dengan elok seperti yang diharapkan tetapi lain pula kali ini. Bila saya try for the first time resipi yatiememories ini memang happy sangat bila kejadiannya memang memuaskan hati saya. Sejuk mata memandang bila tengok cantik2 lapisan merah putih kuih lapis ini yang bukan sahaja cantik tetapi sangatlah sedap.  Ianya boleh dimakan selapis demi selapis...itu yang bestnya!


Tanpa membuang masa lagi, biarlah saya bawak you all semua tengok bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya.  Jika diperhatikan, bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah sekali yang saya percaya setiap rumah memang ada all the time.  Cara membuatnya pun amatlah mudah, Biasanye bila sebut jer Kuih Lapis mesti semua orang ingat betapa leceh dan susah hendak membuatnya kerana terpaksa melapis satu persatu tapi percayalah ianya tidak susah mana sangat malah saya seronok membuatnya semalam.  Seelok2nya buat sebelah malam sebelum tidor, then simpan hingga ke pagi esoknya baru potong, cantik jadinya.

Oklah jom kita tengok resipi kuih lapis yang sangat sedap ini...JOM cuba tau jangan tak cuba, rugi nanti!  Tak payah lagi nak cari-cari resipi kuih lapis lain, yang ini dah cukup sempurna In Syaa Allah.

RESIPI KUIH LAPIS YANG SANGAT SEDAP

Dari Blog yatiememories - thank you for this truly good recipe!

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan dengan 3 cawan air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
  2. Masukkan santan ke dalam periok.  Panaskan sebentar biar suam-suam kuku.  Tutup api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan santan.  Gaul rata hingga tidak berbintil.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml batter). Bahagikan kepada 600 ml setiap satu.  Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros (saya guna jer ros syrup)
  6. Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.  Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang tadi dan kukus selama 5 minit dengan api yang kuat.
  7. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah pulak.  Kuskus lagi selama 5 minit juga.
  8. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah (lapisan akhir ini tambahkan sedikit lagi pewarna merah agar warnanya lebih menyerlah dan garang sikit).
  9. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
  10. Kuih lapis yang elok dan boleh dimakan selapis demi selapis.
  11. Cuba try.

16.12.15

KEK BUTTER CHEESE ENAK



Kek butter merupakan fevret saya apatah lagi bila ianya menjadi dengan eloknya.  Sebenarnya membuat kek butter atau apa2 kek sekali pun bukanlah susah sangat.  Kalau kita ikut dengan betul sukatan bahan-bahannya, In Syaa Allah, hasilnya akan menggembirakan kita.  Kalau kita tengok, ada bermacam-macam resipi kek butter ini but yang saya tahulah, basic recipe untuk kek butter ialah sukatannya mesti sama iaitu kalau butter tu sebut 250 gm, jadi gulanya, tepungnya juga haruslah 250 gm jugak.  Tapi entahlah pulak kalau measurement lain, jadi jugak kot.

Ape-ape pun hari ini saya nak share satu resipi kek butter yang sangat sedap dan gebu ini.  Nak tahu kenapa ianya sedap dan gebu tak?  Kek butter ini ada dicampur cream cheese sebagai salah satu dari bahannya, that's why ianya so sedap dan enak gitu.  Ianya lagi sedap if you all guna cream cheese brand Philadelphia yang memanglah mahal sikit tapi rasanya lain, lebih sedap dan lemak berbanding dengan cream cheese brand Tartura.  Butter tu pulak kalu boleh, trylah guna yang baik punye seperti SCS or Anchor pun dah ok.

Kek Butter Cheese ni sedap kalau di makan panas-panas sebaik sahaja bila sudah boleh dipotong. Memang sedap tapi kalu dah sejuk pun, ianya tetap sedap juga.  Hari tu bawak ke office, kejap jer habis, kawan-kawan semua suka.

Terlupa pulak nak bagi kredit untuk kek ini, actually tak tahu asal sape punya tapi saya terjumpa dalam blog EnyAbdullah, so izinkan saya share pulak ye.

Kepada yang tercari-cari kek butter cheese yang sedap dan memang menjadi ini, bolehlah cuba resipi ini kerana saya telah mencubanya dan hasilnya sungguh menggembirakan kami sekeluarga.  Resipi ini akan disimpan untuk dibuat lagi pada masa-masa akan datang.

Jom saya kongsi resipinya di bawah ini..Cuba tau, jangan tak cuba nanti rugi.... 


RESIPI KEK BUTTER CHEESE

Bahan-bahan

Untuk acuan 4 segi size 9 inci x 9 inci

  • 170 gm mentega
  • 135 gm krim keju
  • 220 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 200 gm tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan

  1. Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek
  2. Panaskan oven pada suhu 160 deg celcius atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170 deg celcius api atas dan bawah
  3. Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar.  Putar sehingga sedikit ringan dan kembang
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar.  Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan
  5. Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur.  Putar lagi selama seminit.  Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit.  Ulang sehingga habis semua telur.  Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.
  6. Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung.  Putar sekejap sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih
  8. Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan
  9. Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula

Now, saya nak share sikit tips supaya kek butter tidak kering yang didapati dari blog EnyAbdullah jugak.

Apabila kek sejuk, terus simpan kek dalam bekas bertutup atau tutup dengan sesuatu yang menghalang udara terkena kek.  Kek yang terdedah kepada udara boleh membuatkan tekstur kek cepat kering sebab itu pentingnya ada bekas simpanan kek di rumah.  Kalau tak de pun, boleh dibalut rapi2 dengan aluminium foil.

Bakar kek secukup masak sahaja.  Jangan terlebih bakar.  Walaupun kek belum keperangan di atasnya jika cake tester atau pisau yang dicucuk tiada adunan melekat, kek boleh dikeluarkan dari oven.


Petua lagi satu, masukkan sesudu atau dua sudu besar marjerin (contoh buttercup atau Planta) ke dalam jumlah timbangan mentega atau buter.  Adalah dipercayai marjerin berfungsi melembapkan kek.  Jadi kalau pakai pure creamy butter jenis Anchor or SCS, tambah sedikit marjerin ye.  Kalau dah memang pakai Buttercup tak perlu tambah lagi kerana Buttercup ialah campuran marjerin dan mentega.

Satu lagi, guna acuan biasa dan bukan non-stick.  Ini berdasarkan pengalaman bila guna acuan nonstick, acuannya cepat panas dan menjadi sangat panas.  Kek selalunya cepat perang dan kering.  Jika guna acuan biasa kek cantik jer sederhana perang, moist dan lembut.  Memang mudah jika guna acuan nonstick tapi setiap yang mudah tak semestinay bagus kan?

Diharap tips di atas dapat membantu.


15.12.15

PANCAKE PISANG GEBU & LEMBUT


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah.

Pada suatu hari, saje-saje google nak cari resipi pancake sebab lama rase tak makan pancake atau lempeng, then ternampaklah Pancake Pisang kat blog Chef Hanieliza yang sangatlah inviting, terasa nak buatlah pulak.  Tengok resipi macam senang jer lagipun ada lebih pisang berangan yang hubby beli hari tu.  Macam dah masak sangat pisang ni so sebelum ianya rosak, elok juga jika try buat pancake pisang untuk sarapan paginya esok.

Pagi-pagi lagi, lepas masak apa yang patut sebelum ke offis untuk hubby (untunglah hubby cikgu cuti sekolah akhir tahun yang panjang), saya pun mulalah tugasan membuat pancake pisang ini dengan harapan ia menjadi dan hubby suka because tak de lain yang boleh dibuat sarapan untuk pagi tu.  Roti pun dah habis, terlupa nak beli (lama pulak rasenya tak buat roti sendiri huhuhu).

Alhamdullillah menjadi juga Pancake ni, sedap dan gebu dan paling penting hubby suka.  Sedap sesangat macam nak buat lagi tapi definitely this recipe is for keep.  Kalau you all ade pisang kat rumah tu dan dah jemu dengan cekodok pisang ke, bolehlah try buat pancake atau lempeng pisang ni. Saya guarantee sedap. Jom kita intai resipinya...Jom!


PANCAKE PISANG

Sumber : Hanieliza

Dari blog : Izah Muffin Lover

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan B

  • 4 biji pisang berangan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar (boleh guna santan kotak)
  • 4 sudu besar minyak

Cara

  1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
  2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B.
  3. Kacau dengan whisk
  4. Sendukkan dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan
  5. Tutup pot atau non-stick pan.  Masakkan 3-4 minit
  6. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair


 photo copyright.jpg
blogger template by envye