9.1.17

KUIH CUCUR BADAK MARVELES




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang masih setia singgah di blog saya.   Terima kaseh saya ucapkan kerana masih sudi dan adalah diharapkan agar anda terus menjenguknya untuk mendapatkan resipi-resipi yang telah saya cuba sendiri untuk dikongsi bersama.

Tak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2017 kepada anda semua.   A happy, healthy and prosperous 2017!  Agar tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas untuk kita semua.

Hari ini nak kongsi dengan you all semua, resipi kuih Cucur Badak yang sangatlah merveles sedap ini.  Ianya adalah merupakan kuih yang paling saya minati selain dari karipap.  Kalau saya buat cucur badak, saya mesti letakkan udang di atasnya, lebih sedap gitu.  So, kalau you all pun peminat tegar cucur badak,  bolehlah cuba resipi ini.


Selamat mencuba ya.

Bahan-bahannya

Bahan Inti

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh jintan manis (disangai)
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh

  • 250 gram ubi keledek 
  • 3 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara memasak

Inti

  1. Blend bawang putih, bawang merah, lada merah, halia, serai, jintan menis dan udang kering dengan sedikit air.
  2. Setelah halus, masukkan kelapa parut dan blend sebentar.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi serta serbuk kunyit, gula dan garam.
  4. Kacau hingga masak dan kering sedikit.
  5. Angkat dan ketepikan.

Untuk doh

  1. Rebus keledek dengan air dan sedikit garam hingga lembut.
  2. Setelah masak, sejat air rebusan dan tinggalkan sedikit.
  3. Campurkan dengan tepung dan uli.  buat semasa masih panas, senang nak lenyek.
  4. Jika adunan lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung tapi jangan terlalu banyak nanti tak sedap.
  5. Setelah itu, buat doh kecil-kecil bulat.  Ambik satu, buat melengkung.  Letakkan inti dan tutup kembali.  Buat begini hingga habis.
  6. Untuk menyedapkan lagi cucur badak ini, saya letakkan/tekankan di atas cucur badak udang hidup yang telah dibuang kulit, kepala dan ekor dan dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  7. Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah digoreng cucur-cucur badak ini dengan api yang sederhana hingga masak dan warna keemasan.
  8. Selamat mencuba.