29.7.16

SPAGHETTI BOLOGNESE



Satu lagi masakan yang digemari ramai, Spaghetti bolognese.  Ianya memang lazat dan sangat mengenyangkan.  Saya amatlah menggemarinya sejak dari kecil lagi sampai sekarang dah tua-tua ini rasa jemu pulak.  Bercakap tentang spaghetti ini, cucunda saya Muadzam Shah sangatlah menggemarinya, fevret dia sangat. Seronok tengok Muadzam enjoys his spaghetti just like his granny used to. 

Saya pasti semua dah pandai masak spaghetti bolognese ini tapi saja nak share kot-kot ada anak-anak kita yang masih belum tahu hendak membuatnya dan saya percaya mesti ada yang belum tahu memasaknya. Tapi kalau susah-susah sangat, boleh beli jer sauce Spaghetti Prego tu ke, untuk yang nak easy way out but saya prefer resipi yang ini guna tomato paste/puree dan kalau nak pedas sikit boleh add some cili sauce or sedikit cili padi. So entri saya kali ini, saya share di bawah ini resipinya - Spaghetti Bolognese yang sangatlah sedap ini.

Jom kita......


RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahannya

1 packet spaghetti
500gm daging cincang
1 tin sedang tomato puri
250gm tomato sauce
2 biji besar bawang holland kuning (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
3  biji tomato segar ranum (dipotong dadu)
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 batang celery (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu
Oregano atau Italian Herbs
Garam & gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaiton (olive oil) atau minyak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan - untuk dihidang

Cara-cara membuatnya

Untuk spaghetti, rebus air yang mencukup dalam periuk besar, masukkan dua sudu teh garam
Biar air mendidih baru masukkan spaghetti dan kacau sekali-sekala dan masukkan sesudu minyak zaiton atau minyak biasa agar spaghetti tidak melekat
Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan
Untuk sos bolognese, panaskan minyak zaiton dan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu
Masukkan daging yang telah dibasuh dan ditos
Goreng hingga warna daging keperangan dan air daging kering
Masukkan tomato, carrot, celery dan cendawan butang dan masak hingga sayur lembut
Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu.  Kacau hingga sebati
Masukkan oregano/italian herbs dan kiub stock daging lembu
Kalau tak cukup masin, tambahkan garam & sedikit gula
Biar hingga mendidih kemudian renihkan dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat
Boleh dihidang dengan parutan keju parmesan

BUTTER CHICKEN YANG AWESOMELICIOUS



Assalammualaikum semua

Adalah diharap semuanya sihat dan happy-happy selalu hendaknya.

Entri saya kali ini nak share sikit resipi Butter Chicken yang sangatlah awesomelicious ini.  Dah banyak kali buat dan setiap kali tak pernah menghampakan saya sekeluarga.  Masakan ini amat mudah untuk dimasak, bukan sahaja ianya mudah tetapi sangat cepat untuk disediakan.  Tetapi ianya saya rasa kena makan time panas-panas baru sedap, tak sedar bertambah2 nasi kita dibuatnya.


Rasa ayam yang digoreng mengguna butter dengan susu sejat yang berlemak bercampur pula dengan  kepedasan cili padi serta keharuman daun kari memang mengancam, memang rasa nak makan nak makan lagi.


Tengok gambar Butter Chicken ini pun dah cukup menyelerakan apatah lagi dapat menikmatinya. Baru kita tahu keenakannya.  Bahan-bahan yang diperlukan juga sikit sahaja dan memang ada di dapur kita cuma ayam tu jer kena beli kalau tak de dalam peti ais.  Anyway, jom lah kita tengok apa bahan yang diperlukan, jangan buang masa lagi dengan celoteh yang tak menentu saya ini hehehe..

Jom ikut saya.

Bahan-bahannya

  • 2 keping dada ayam - dipotong kecil (jangan terlampau kecil jangan terlampau besar)
  • 4 sudu besar tepung jagung secukupnya - untuk perap ayam
  • Sedikit garam & lada hitam tumbuk - untuk perapan ayam
  • Sedikit gula - untuk perapan ayam
  • Mentega yang mencukupi untuk goreng ayam dan menumis (5 sudu besar + 3 sudu besar)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • Cili api secukupnya (ikut pedas masing2)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 tin susu cair Ideal/Carnation
  • Sedikit gula dan garam sebagai perasa

Cara-cara membuatnya

  1. Gaul ayam dengan tepung jagung, garam, gula dan lada hitam tumbuk iaitu bahan perapan dan perap ayam sebentar selama 20 minit
  2. Cairkan mentega (dalam 5 sudu besar) dalam non-stick kuali dan goreng ketulan ayam (dalam 2 kali goreng) sehingga ayam masak kuning keemasan
  3. Angkat dan toskan dan ketepikan
  4. Dalam kuali yang sama goreng ayam tadi, cairkan dalam 3 sudu mentega
  5. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari sehingga naik bau
  6. Tuangkan susu cair ideal dan kacau sehingga sedikit pekat
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Kacau dan gaul sebati
  8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Angkat dan sedia dihidangkan



27.7.16

APAM KAMPONG



Kuih Apam atau dipanggil "Apom" merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia dan banyak dibuat dan ada dijual harian secara meluas di pasar-pasar harian atau pasar malam, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu.  Adunan atau batter boleh dibuat dari tepung gandum ataupun tepung beras.  Cara memasak apam boleh dilakukan secara bakar atau kukus. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.

Hari ini saya nak share resipi Apam Kampung yang telah saya cuba semalam.  Apam ini mengguna tepung gandum dan tepung beras dan juga yis.  Bahannya yang simple dan mudah, boleh didapati di dapur kita memberikan saya semangat mencubanya lagipun suami saya amat menggemari apam, tak kiralah apa jenis apam sekali pun.  Semalam pun, sebaik saja Apam Kampung ini masak, saya bagi tahu suami tak boleh makan lagi sebab susah nak potong bila ianya masih panas, kena tunggu sekejap tapi dia kata "cer bak bagi saya rasa sikit".  Hahaha terpaksalah saya potong juga tapi oklah senang juga bila dipotong.

Happy saya bila encik suami kate sedap dan saya tahu ianya betul2 sedap bila dia minta lagi tapi saya careless sikit tertaruk garam lebih so kelapa parut jadi sedikit masin.  Apa2 pun Apam Kampung ini worth doing sebab ianya sedap sangat, gebu, lembut dan sangat mengenyangkan.  Percubaan pertama saya menjadi, Alhamdullillah.  So apa lagi, kepada peminat Apam boleh cuba satu lagi resipi Apam yang saya dapati dari satu posting di fb (kepada tuan punya resipi - saya ucapkan terima kaseh)....jom tengok resipinya di bawah ini. 


Bahan-bahannya

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 packet yis mauripan
  • 1/2 cawan gula merah*
  • 1/2 cawan air*

Cara-cara membuatnya

  1. Larutkan bahan* pastu tapis
  2. Campurkan semua bahan
  3. Digaul sebati guna senduk jer
  4. Perapkan hingga adunan naik
  5. Sapu loyang dengan minyak
  6. Kukus 40 minit dengan api besar
  7. Dah sejuk, baru dipotong-potong
  8. Hidang dengan kelapa parut bergaram
  9. Selamat mencuba

26.7.16

MEE KARI IPOH MALI


Actually dah lama nak buat Mee Kari Ipoh ini tapi asyik tertangguh.  Akhirnya dapat juga buat semalam untuk berbuka puasa 6 saya petang semalam.  Sebenarnya saya sedang mencari resipi mee kari yang berkenan di tekak ini kerana saya memang hantu mee kari.  Saya terjumpa resipi ini kat surat khabar NST kot lama dah tengok bahannya sedang ajer.  So dah try semalam, sedap juga tapi kuahnya ada pekat sikit, saya kena tokok air panas  bagi mencairkannya.  Sedap Mee Kari Ipoh ini. Kuahnya simple jer tak de daging ayam ke kerang ke cuma ikan bilis yang diblend.  Kalau yang kesuntukan masa dan hendak cepat, bolehlah try resipi ini.


Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuat Mee Kari Ipon ini yang saya kurang pasti kenapa digelar mee kari ini mee kari Ipoh huhuhu, agaknya Ipoh ini terkenal dengan Mee karinya kot.....Apa-apa pun jom kita intai resipinya di bawah.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 cm halia - dikisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar ikan bilis - direndam dan dikisar
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 10 biji bebola ikan
  • 6 keping kek ikan (fish cake)
  • 8 ketul tauhu kering
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air

Bahan A

  • 500 gm mi kuning - dicelur
  • 100 gm tauge -dicelur
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 50 gm bawang goreng

Cara Penyediaannya

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama daun kari.
  2. Campurkan rempah kari dengan sedikit air untuk menjadi pes dan masukkan ke dalam periuk tumisan bawang-bawang tadi.  Sentiasa kacau.
  3. Selepas itu, masukkan pula ikan bilis kisar dan biarkan seketika.
  4. Tuangkan santan dan juga air.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api.
  6. Tambahkan garam dan masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu kering.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama dengan Bahan A.

24.7.16

PUDING JAGUNG


Pagi ini tak mau tulis banyak-banyak cukuplah sekadar nak berkongsi resipi Pudding Jagung yang sedap ini.  So sape2 nak try, jom intai resipinya di bawah ini.

Selamat mencuba ye!

Bahan-bahannya

  • 25g serbuk agar-agar
  • 300g gula
  • 1 tin susu sejat ideal
  • 1200ml air
  • 80g tepung kastad
  • 1 tin jagung cream
  • Sedikit pewarna kuning lemon (tak taruk pun tak pe)
  • Secubit garam 

Caranya

  1. Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih
  2. Satukan susu sejat dan tepung kastad serta secubit garam, kacau hingga tidak berketul
  3. Tuangkan ke dalam larutan agar-agar dan biar mendidih sekejap
  4. Masukkan jagung cream dan gaul rata
  5. Tuang dalam loyang/acuan pilihan
  6. Biarkan suam sedikit baru dimasukkan ke dalam peti sejuk

22.7.16

NASI DAGING



Assalammualaikum

Harap masih tak terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog saya yang beragama Islam tapi tak pe bukankah hari raya aidil fitri sebulan lamanya.

Oklah hari ini saya ingin kongsi resipi Nasi Daging yang sangatlah lazat ini.  Actually dah lama nak buat Nasi Daging ini tapi asyik tertangguh jer.  Raya ketiga baru ini, saya mencadangkan kepada anak perempuan saya untuk cuba membuatnya.  Raya pertama menu kami ialah lemang, rendang tok daging kerbau, rendang ayam dan kuah lontong.  then Raya kedua buat nasi beriyani ayam dan raya ketiga nasi beriyani kambing dan seterusnya nasi daging yang lazat ini.

Saya buat juga dalca daging cincang/tetel dan juga air asam berkerisek untuk dinikmati bersama dengan Nasi Daging ini.  Terasa rempah kurma dan daging yang lembut setelah dipressure cooked selama setengah jam.  Memang sedap.  Kepada yang ingin mencuba, boleh lah intai2 resipi di bawah yang saya dapati dari blog Masam Manis.  Cubalah ye, senang ajer buatnya dan hasilnya sungguh tidak mengecewakan.

Selamat mencuba.  



RESIPI NASI DAGING

Sumber : Masam Manis (MyKitchen's Recipe)

Bahan-bahannya

  • 1 kg daging - dipotong sebesar 4 inci dan direbus dengan halia hingga lembut (atau di pressure cooked)
  • 6 cwn beras basmati - basuh, rendam sekejap kemudian ditoskan
  • 7 cwn air rebusan daging
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 500 gm tomato buah (dicincang)
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan - disimpul
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 kiub beef stock

Bahan tumis

  • Rempah tumis (4 sekawan)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • i inci halia - dihiris

Cara-cara memasaknya

  1. Panaskan minyak dalam periok dan tumiskan rempah tumis.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dihiris masak hingga harum.
  3. Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga naik minyak
  4. Masukkan air rebusan daging, tomato cincang, susu cair, kiub daging dan daging.
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismia.
  7. Alihkan ke rice cooker dan biarkan nasi kering dan masak seperti biasa.



 photo copyright.jpg
blogger template by envye