26.7.16

MEE KARI IPOH MALI


Actually dah lama nak buat Mee Kari Ipoh ini tapi asyik tertangguh.  Akhirnya dapat juga buat semalam untuk berbuka puasa 6 saya petang semalam.  Sebenarnya saya sedang mencari resipi mee kari yang berkenan di tekak ini kerana saya memang hantu mee kari.  Saya terjumpa resipi ini kat surat khabar NST kot lama dah tengok bahannya sedang ajer.  So dah try semalam, sedap juga tapi kuahnya ada pekat sikit, saya kena tokok air panas  bagi mencairkannya.  Sedap Mee Kari Ipoh ini. Kuahnya simple jer tak de daging ayam ke kerang ke cuma ikan bilis yang diblend.  Kalau yang kesuntukan masa dan hendak cepat, bolehlah try resipi ini.


Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuat Mee Kari Ipon ini yang saya kurang pasti kenapa digelar mee kari ini mee kari Ipoh huhuhu, agaknya Ipoh ini terkenal dengan Mee karinya kot.....Apa-apa pun jom kita intai resipinya di bawah.

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 cm halia - dikisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar ikan bilis - direndam dan dikisar
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 10 biji bebola ikan
  • 6 keping kek ikan (fish cake)
  • 8 ketul tauhu kering
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air

Bahan A

  • 500 gm mi kuning - dicelur
  • 100 gm tauge -dicelur
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 50 gm bawang goreng

Cara Penyediaannya

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama daun kari.
  2. Campurkan rempah kari dengan sedikit air untuk menjadi pes dan masukkan ke dalam periuk tumisan bawang-bawang tadi.  Sentiasa kacau.
  3. Selepas itu, masukkan pula ikan bilis kisar dan biarkan seketika.
  4. Tuangkan santan dan juga air.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api.
  6. Tambahkan garam dan masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu kering.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama dengan Bahan A.

No comments:

Post a Comment