29.7.16

BUTTER CHICKEN YANG AWESOMELICIOUS



Assalammualaikum semua

Adalah diharap semuanya sihat dan happy-happy selalu hendaknya.

Entri saya kali ini nak share sikit resipi Butter Chicken yang sangatlah awesomelicious ini.  Dah banyak kali buat dan setiap kali tak pernah menghampakan saya sekeluarga.  Masakan ini amat mudah untuk dimasak, bukan sahaja ianya mudah tetapi sangat cepat untuk disediakan.  Tetapi ianya saya rasa kena makan time panas-panas baru sedap, tak sedar bertambah2 nasi kita dibuatnya.


Rasa ayam yang digoreng mengguna butter dengan susu sejat yang berlemak bercampur pula dengan  kepedasan cili padi serta keharuman daun kari memang mengancam, memang rasa nak makan nak makan lagi.


Tengok gambar Butter Chicken ini pun dah cukup menyelerakan apatah lagi dapat menikmatinya. Baru kita tahu keenakannya.  Bahan-bahan yang diperlukan juga sikit sahaja dan memang ada di dapur kita cuma ayam tu jer kena beli kalau tak de dalam peti ais.  Anyway, jom lah kita tengok apa bahan yang diperlukan, jangan buang masa lagi dengan celoteh yang tak menentu saya ini hehehe..

Jom ikut saya.

Bahan-bahannya

  • 2 keping dada ayam - dipotong kecil (jangan terlampau kecil jangan terlampau besar)
  • 4 sudu besar tepung jagung secukupnya - untuk perap ayam
  • Sedikit garam & lada hitam tumbuk - untuk perapan ayam
  • Sedikit gula - untuk perapan ayam
  • Mentega yang mencukupi untuk goreng ayam dan menumis (5 sudu besar + 3 sudu besar)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • Cili api secukupnya (ikut pedas masing2)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 tin susu cair Ideal/Carnation
  • Sedikit gula dan garam sebagai perasa

Cara-cara membuatnya

  1. Gaul ayam dengan tepung jagung, garam, gula dan lada hitam tumbuk iaitu bahan perapan dan perap ayam sebentar selama 20 minit
  2. Cairkan mentega (dalam 5 sudu besar) dalam non-stick kuali dan goreng ketulan ayam (dalam 2 kali goreng) sehingga ayam masak kuning keemasan
  3. Angkat dan toskan dan ketepikan
  4. Dalam kuali yang sama goreng ayam tadi, cairkan dalam 3 sudu mentega
  5. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari sehingga naik bau
  6. Tuangkan susu cair ideal dan kacau sehingga sedikit pekat
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Kacau dan gaul sebati
  8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Angkat dan sedia dihidangkan



No comments:

Post a Comment