22.7.16

NASI DAGING



Assalammualaikum

Harap masih tak terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog saya yang beragama Islam tapi tak pe bukankah hari raya aidil fitri sebulan lamanya.

Oklah hari ini saya ingin kongsi resipi Nasi Daging yang sangatlah lazat ini.  Actually dah lama nak buat Nasi Daging ini tapi asyik tertangguh jer.  Raya ketiga baru ini, saya mencadangkan kepada anak perempuan saya untuk cuba membuatnya.  Raya pertama menu kami ialah lemang, rendang tok daging kerbau, rendang ayam dan kuah lontong.  then Raya kedua buat nasi beriyani ayam dan raya ketiga nasi beriyani kambing dan seterusnya nasi daging yang lazat ini.

Saya buat juga dalca daging cincang/tetel dan juga air asam berkerisek untuk dinikmati bersama dengan Nasi Daging ini.  Terasa rempah kurma dan daging yang lembut setelah dipressure cooked selama setengah jam.  Memang sedap.  Kepada yang ingin mencuba, boleh lah intai2 resipi di bawah yang saya dapati dari blog Masam Manis.  Cubalah ye, senang ajer buatnya dan hasilnya sungguh tidak mengecewakan.

Selamat mencuba.  



RESIPI NASI DAGING

Sumber : Masam Manis (MyKitchen's Recipe)

Bahan-bahannya

  • 1 kg daging - dipotong sebesar 4 inci dan direbus dengan halia hingga lembut (atau di pressure cooked)
  • 6 cwn beras basmati - basuh, rendam sekejap kemudian ditoskan
  • 7 cwn air rebusan daging
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 500 gm tomato buah (dicincang)
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan - disimpul
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 kiub beef stock

Bahan tumis

  • Rempah tumis (4 sekawan)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • i inci halia - dihiris

Cara-cara memasaknya

  1. Panaskan minyak dalam periok dan tumiskan rempah tumis.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dihiris masak hingga harum.
  3. Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga naik minyak
  4. Masukkan air rebusan daging, tomato cincang, susu cair, kiub daging dan daging.
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismia.
  7. Alihkan ke rice cooker dan biarkan nasi kering dan masak seperti biasa.


No comments:

Post a comment