27.7.16

APAM KAMPONG



Kuih Apam atau dipanggil "Apom" merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia dan banyak dibuat dan ada dijual harian secara meluas di pasar-pasar harian atau pasar malam, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu.  Adunan atau batter boleh dibuat dari tepung gandum ataupun tepung beras.  Cara memasak apam boleh dilakukan secara bakar atau kukus. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.

Hari ini saya nak share resipi Apam Kampung yang telah saya cuba semalam.  Apam ini mengguna tepung gandum dan tepung beras dan juga yis.  Bahannya yang simple dan mudah, boleh didapati di dapur kita memberikan saya semangat mencubanya lagipun suami saya amat menggemari apam, tak kiralah apa jenis apam sekali pun.  Semalam pun, sebaik saja Apam Kampung ini masak, saya bagi tahu suami tak boleh makan lagi sebab susah nak potong bila ianya masih panas, kena tunggu sekejap tapi dia kata "cer bak bagi saya rasa sikit".  Hahaha terpaksalah saya potong juga tapi oklah senang juga bila dipotong.

Happy saya bila encik suami kate sedap dan saya tahu ianya betul2 sedap bila dia minta lagi tapi saya careless sikit tertaruk garam lebih so kelapa parut jadi sedikit masin.  Apa2 pun Apam Kampung ini worth doing sebab ianya sedap sangat, gebu, lembut dan sangat mengenyangkan.  Percubaan pertama saya menjadi, Alhamdullillah.  So apa lagi, kepada peminat Apam boleh cuba satu lagi resipi Apam yang saya dapati dari satu posting di fb (kepada tuan punya resipi - saya ucapkan terima kaseh)....jom tengok resipinya di bawah ini. 


Bahan-bahannya

  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 packet yis mauripan
  • 1/2 cawan gula merah*
  • 1/2 cawan air*

Cara-cara membuatnya

  1. Larutkan bahan* pastu tapis
  2. Campurkan semua bahan
  3. Digaul sebati guna senduk jer
  4. Perapkan hingga adunan naik
  5. Sapu loyang dengan minyak
  6. Kukus 40 minit dengan api besar
  7. Dah sejuk, baru dipotong-potong
  8. Hidang dengan kelapa parut bergaram
  9. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment