Assalammualaikum, Salam Jumaat & Salam Sejahtera kepada semua.
Thank you for visiting.
Hari ini rase tak sabar nak share dengan you all resipi yang sangatlah fabulous ini yang saya dapat dari blog Yatiememories Sinar Kehidupanku, thank you ye Yatie, izinkan saya share pulak kat blog saya ini agar kita sama2 dapat menyediakan kuih lapis yang enak & lemak ini untuk family tersayang.
Sebenarnya saya kerap kecewa bila membuat kuih lapis. Ini adalah kerana ianya tak pernah nak menjadi dengan elok seperti yang diharapkan tetapi lain pula kali ini. Bila saya try for the first time resipi yatiememories ini memang happy sangat bila kejadiannya memang memuaskan hati saya. Sejuk mata memandang bila tengok cantik2 lapisan merah putih kuih lapis ini yang bukan sahaja cantik tetapi sangatlah sedap. Ianya boleh dimakan selapis demi selapis...itu yang bestnya!
Tanpa membuang masa lagi, biarlah saya bawak you all semua tengok bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya. Jika diperhatikan, bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah sekali yang saya percaya setiap rumah memang ada all the time. Cara membuatnya pun amatlah mudah, Biasanye bila sebut jer Kuih Lapis mesti semua orang ingat betapa leceh dan susah hendak membuatnya kerana terpaksa melapis satu persatu tapi percayalah ianya tidak susah mana sangat malah saya seronok membuatnya semalam. Seelok2nya buat sebelah malam sebelum tidor, then simpan hingga ke pagi esoknya baru potong, cantik jadinya.
Oklah jom kita tengok resipi kuih lapis yang sangat sedap ini...JOM cuba tau jangan tak cuba, rugi nanti! Tak payah lagi nak cari-cari resipi kuih lapis lain, yang ini dah cukup sempurna In Syaa Allah.
RESIPI KUIH LAPIS YANG SANGAT SEDAP
Dari Blog yatiememories - thank you for this truly good recipe!
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan dengan 3 cawan air)
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
- Masukkan santan ke dalam periok. Panaskan sebentar biar suam-suam kuku. Tutup api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml batter). Bahagikan kepada 600 ml setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros (saya guna jer ros syrup)
- Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang tadi dan kukus selama 5 minit dengan api yang kuat.
- Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah pulak. Kuskus lagi selama 5 minit juga.
- Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah (lapisan akhir ini tambahkan sedikit lagi pewarna merah agar warnanya lebih menyerlah dan garang sikit).
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong dengan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.
- Kuih lapis yang elok dan boleh dimakan selapis demi selapis.
- Cuba try.
No comments:
Post a Comment