16.12.15

KEK BUTTER CHEESE ENAK



Kek butter merupakan fevret saya apatah lagi bila ianya menjadi dengan eloknya.  Sebenarnya membuat kek butter atau apa2 kek sekali pun bukanlah susah sangat.  Kalau kita ikut dengan betul sukatan bahan-bahannya, In Syaa Allah, hasilnya akan menggembirakan kita.  Kalau kita tengok, ada bermacam-macam resipi kek butter ini but yang saya tahulah, basic recipe untuk kek butter ialah sukatannya mesti sama iaitu kalau butter tu sebut 250 gm, jadi gulanya, tepungnya juga haruslah 250 gm jugak.  Tapi entahlah pulak kalau measurement lain, jadi jugak kot.

Ape-ape pun hari ini saya nak share satu resipi kek butter yang sangat sedap dan gebu ini.  Nak tahu kenapa ianya sedap dan gebu tak?  Kek butter ini ada dicampur cream cheese sebagai salah satu dari bahannya, that's why ianya so sedap dan enak gitu.  Ianya lagi sedap if you all guna cream cheese brand Philadelphia yang memanglah mahal sikit tapi rasanya lain, lebih sedap dan lemak berbanding dengan cream cheese brand Tartura.  Butter tu pulak kalu boleh, trylah guna yang baik punye seperti SCS or Anchor pun dah ok.

Kek Butter Cheese ni sedap kalau di makan panas-panas sebaik sahaja bila sudah boleh dipotong. Memang sedap tapi kalu dah sejuk pun, ianya tetap sedap juga.  Hari tu bawak ke office, kejap jer habis, kawan-kawan semua suka.

Terlupa pulak nak bagi kredit untuk kek ini, actually tak tahu asal sape punya tapi saya terjumpa dalam blog EnyAbdullah, so izinkan saya share pulak ye.

Kepada yang tercari-cari kek butter cheese yang sedap dan memang menjadi ini, bolehlah cuba resipi ini kerana saya telah mencubanya dan hasilnya sungguh menggembirakan kami sekeluarga.  Resipi ini akan disimpan untuk dibuat lagi pada masa-masa akan datang.

Jom saya kongsi resipinya di bawah ini..Cuba tau, jangan tak cuba nanti rugi.... 


RESIPI KEK BUTTER CHEESE

Bahan-bahan

Untuk acuan 4 segi size 9 inci x 9 inci

  • 170 gm mentega
  • 135 gm krim keju
  • 220 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 200 gm tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan

  1. Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek
  2. Panaskan oven pada suhu 160 deg celcius atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170 deg celcius api atas dan bawah
  3. Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar.  Putar sehingga sedikit ringan dan kembang
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar.  Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan
  5. Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur.  Putar lagi selama seminit.  Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit.  Ulang sehingga habis semua telur.  Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.
  6. Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung.  Putar sekejap sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih
  8. Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan
  9. Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula

Now, saya nak share sikit tips supaya kek butter tidak kering yang didapati dari blog EnyAbdullah jugak.

Apabila kek sejuk, terus simpan kek dalam bekas bertutup atau tutup dengan sesuatu yang menghalang udara terkena kek.  Kek yang terdedah kepada udara boleh membuatkan tekstur kek cepat kering sebab itu pentingnya ada bekas simpanan kek di rumah.  Kalau tak de pun, boleh dibalut rapi2 dengan aluminium foil.

Bakar kek secukup masak sahaja.  Jangan terlebih bakar.  Walaupun kek belum keperangan di atasnya jika cake tester atau pisau yang dicucuk tiada adunan melekat, kek boleh dikeluarkan dari oven.


Petua lagi satu, masukkan sesudu atau dua sudu besar marjerin (contoh buttercup atau Planta) ke dalam jumlah timbangan mentega atau buter.  Adalah dipercayai marjerin berfungsi melembapkan kek.  Jadi kalau pakai pure creamy butter jenis Anchor or SCS, tambah sedikit marjerin ye.  Kalau dah memang pakai Buttercup tak perlu tambah lagi kerana Buttercup ialah campuran marjerin dan mentega.

Satu lagi, guna acuan biasa dan bukan non-stick.  Ini berdasarkan pengalaman bila guna acuan nonstick, acuannya cepat panas dan menjadi sangat panas.  Kek selalunya cepat perang dan kering.  Jika guna acuan biasa kek cantik jer sederhana perang, moist dan lembut.  Memang mudah jika guna acuan nonstick tapi setiap yang mudah tak semestinay bagus kan?

Diharap tips di atas dapat membantu.


No comments:

Post a Comment