15.12.15

PANCAKE PISANG GEBU & LEMBUT


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah.

Pada suatu hari, saje-saje google nak cari resipi pancake sebab lama rase tak makan pancake atau lempeng, then ternampaklah Pancake Pisang kat blog Chef Hanieliza yang sangatlah inviting, terasa nak buatlah pulak.  Tengok resipi macam senang jer lagipun ada lebih pisang berangan yang hubby beli hari tu.  Macam dah masak sangat pisang ni so sebelum ianya rosak, elok juga jika try buat pancake pisang untuk sarapan paginya esok.

Pagi-pagi lagi, lepas masak apa yang patut sebelum ke offis untuk hubby (untunglah hubby cikgu cuti sekolah akhir tahun yang panjang), saya pun mulalah tugasan membuat pancake pisang ini dengan harapan ia menjadi dan hubby suka because tak de lain yang boleh dibuat sarapan untuk pagi tu.  Roti pun dah habis, terlupa nak beli (lama pulak rasenya tak buat roti sendiri huhuhu).

Alhamdullillah menjadi juga Pancake ni, sedap dan gebu dan paling penting hubby suka.  Sedap sesangat macam nak buat lagi tapi definitely this recipe is for keep.  Kalau you all ade pisang kat rumah tu dan dah jemu dengan cekodok pisang ke, bolehlah try buat pancake atau lempeng pisang ni. Saya guarantee sedap. Jom kita intai resipinya...Jom!


PANCAKE PISANG

Sumber : Hanieliza

Dari blog : Izah Muffin Lover

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Bahan B

  • 4 biji pisang berangan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar (boleh guna santan kotak)
  • 4 sudu besar minyak

Cara

  1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
  2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B.
  3. Kacau dengan whisk
  4. Sendukkan dalam kuali non-stick dan masak dengan api perlahan
  5. Tutup pot atau non-stick pan.  Masakkan 3-4 minit
  6. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair

No comments:

Post a comment