Assalammualaikum semua...diharap semua sihat dan tabah dalam menjalani ibadah puasa dan tak lama lagi, In Syaa Allah kita akan menyambut Raya. Pastinya sekarang suri-surirumahlah yang paling sibuk...apataknya nak kena siap makan dan juadah untuk berbuka dan juga nak buat biskut lagi. Tapi tak ape, berkat kesabaran & keikhlasan kita semua, segalanya dipermudahkan Allah.
Hari ni Kak Raja nak share resipi biskut jejari oat susu yang sangatlah sedap dan menjadi biskut yang mesti ada pada setiap kali Raya kami sekeluarga. So kepada yang masih terfikir-fikir biskut ape nak buat, bolehlah try biskut ini yang memang popular suatu ketika dahulu tetapi kami masih tidak jemu untuk menikmatinya kerana ianya so sedap and so so crunchy...ok jom kita intai resipinya di bawah...Resipi ini untuk satu adunan yang boleh menghasilkan lebihkurang 50 biji biskut tetapi ikut acuan jugaklah...biasanya Kak Raja gandakan adunan ini, dapatlah banyak sikit, so kali 2 le semuanya ye....Selamat mencuba!
Bahan A
- 225 gm butter
- 125 gm gula kastor
- 1 biji kuning telor
- 1 sdt esen vanilla (Kak Raja suka taruh lebih sebab suka bau vanilla ni)
Bahan B
Hiasan : 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar (ayakkan untuk bersatu)
- 20 gm tepung kastard
- 250 gm tepung gandum
- 75 gm tepung jagung
- 100 gm quaker oat atau roll oat (Kak Raja guna yang dalam tin merah tu)
- 2 sudu besar serbuk coco
Cara-cara
- Putar gula dengan butter hingga sebati
- Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
- Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli sehingga sebati.
- Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar (try le cari acuan macam jejari tu). Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi (tapi Kak Raja salut mase biskut-biskut ni panas lagi takut tak melekat)
Nota:
- Quaket oat (dalam tin merah ye) di sanggai dahulu sekejap agak2 perang untuk menghasilkan biskut yang lebih ranggup. Kak Raja kisar oat ni sampai halus.
- 100 gm susu tepung + 20 gm icing sugar, campur & ayak dahulu.
Assalammualaikum Kak Raja, minta maaf nak bertanya untuk biskut Jejari Oat Susu tu kena bakar lama mana dan berapa suhu? Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Technocraft..maaf lambat balas baru terbaca...biasenya dalam 20-30 minit suhu 160 deg cel...atau bakar hingga nampak garing dibawahnya..hendaklah dicheck selalu takut terhangus...
ReplyDeleteNice... tq!
ReplyDeleteSame2...dah try ke
DeleteTerima kasih! ☺️
ReplyDeletesame2...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam kak raja, tepung gandum tu kalau tukar dgn tepung rose bole ke?
ReplyDeleteLagi le elok guna tepung rose tu Hazel...in fact guna tepung ini untuk semua cookies...
DeleteKalau tpung kastard tk letak boleh ke?
ReplyDeleteseelok2nya letak le
DeleteKalau tpg kastard tk letak boleh ke ?
ReplyDeletesalam kak raja. susu tepung tu guna susu tepung apa ye?
ReplyDeleteapa2 pun boleh...nespray ke, dutch lady ke atau fernleaf pun boleh.
DeleteAssalam, tepung rose tu ada gambar ke ?
ReplyDeletehi kak guna susu tepung apa paling sedap ? untuk salut biskut luaran
ReplyDelete