3.7.15

KERABU TAUGE ENAK SEKALI


Bulan puasa ini, kalau sayur-sayur tumis rasenya tak berapa nak jalan.  So apa kata berbuke nanti, buat kerabu tauge ini.  Gerenti makan bertambah-tambah.  Resipinya cukup simple dan sangat mudah dan cepat untuk disediakan.  Kak Raja dah cuba buat minggu lepas dan dimakan dengan ayam percik. Perghhhh, memang terbaik sampai tak tahu nak cakap apa kecuali ia memang so sedap!  Rugi kalau tak try, jom kita intai resipinya di bawah.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  1. 2 cawan tauge - cuci dan toskan
  2. 5-6 batang kacang panjang - dipotong kecil
  3. 1 biji bawang besar - dimayang nipis
  4. 2-3 biji limau nipis atau limau kasturi ambil jusnya
  5. Garam dan gula secukup rasa
  6. 1/2 cawan kelapa parut

Bahan ditumbuk lumat

  1. 2 biji bawang merah
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1/2 inci belacan - dibakar
  4. 2 biji cili merah atau cili padi - boleh tambah lagi kalau suka pedas
  5. Segenggam udang kering - rendam sekejap

Cara-cara:

  • Masukkan tauge, kacang panjang dan hirisan bawang ke dalam bekas.  Ketepikan.
  • Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan tumbuk, gaul rata dan sangai hingga hampir kering anggaran 10-15 minit.
  • Tutup api dan biarkan sejuk.
  • Gaulkan kelapa tadi bersama tauge, kacang panjang dan bawang besar kemudian masukkan perahan jus limau, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

No comments:

Post a comment