2.7.15

AYAM MASAK HIJAU SEDAP



Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pengunjung blog saya yang tak seberapanya ini.  Terima kaseh kerana sudi singgah.  Kepada pengunjung Islam, hari ini sudah masuk hari ke 16 ye kita berpuasa.  Semoga ibadah puasa kita diterima Allah hendaknya.

Agak lama juga Kak Raja rasa tak update blog.  Maklumlah pada bulan puasa ini, memang sibuk sangat dengan kerja di office lagi, then balik nak kena rush untuk masak lagi.  Memang penat tapi inilah tanggungjawap kita yang harus kita buat dengan penuh ikhlas tanpa bersungut kerana pasti ada ganjarannya dari Allah.

Hari ini Kak Raja ingin nak berkongsi resipi ayam masak hijau Azlita Masam Manis.  Izinkan Kak Raja ye Azlita, kongsi resipi ini.  OK sedap juga ayam masak hijau ini dimakan dengan nasi putih panas-panas tapi rasanya kalau makan dengan nasi kunyit Azlita itu lagi sedap kot.  Ape2 pun, jom kita tengok resipinya,  Manalah tau kot ada yang ingin mencuba untuk dijadikan lauk untuk berbuke petang ini.  Selamat mencuba ye.

Bahan-bahannya:

  1. 1 ekor ayam potong dan cuci bersih
  2. Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan atau 1/2 masak
  3. Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
  4. Daun pandan ~ di simpul
  5. 1 batang serai ~ di titik
  6. Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

  1. 6 ulas bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 inc halia
  4. 10 tangkai cili padi hijau
  5. 10 tangkai cili hijau

Cara-cara membuatnya:

  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum
  • Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
  • Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
  • Merenihkan sebentar
  • Masukkan ayam goreng tadi
  • Gaul rata
  • Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
  • Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
  • Sedia di hidangkan


No comments:

Post a Comment