25.4.16

BISKUT RED PEARL/RED PEARL COOKIES CANTIK MENAWAN


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang masih setia menjenguk blog Hanizahomerecipes ini.

Agak lama rasenya tidak kesempatan meng-update blog...itulah kalau malas macam inilah jadinya...kalau rajin pulak, hari-hari ada aje nak nak dikongsi...Apa-apa pun pada entri kali ini Kak Raja hendak share satu resipi biskut yang sangatlah unik dan sedap ini.  Sebenarnya Kak Raja tertarik dengan rupa cookies ini yang sangatlah cantik menawan ini dengan hiasan ceri merah di atas setiap cookies ini tu yang minat sangat nak try sedap ke tidak...Bila first time tried last Raya, memang terbukti sedapnya.  So tahun ini In Syaa Allah nak buat lagi.

To those yang tak tahu biskut ape yang nak dibuat for Raya tahun ini, Kak Raja hendak syorkan you all buat Biskut Red Pearl ini....sure you all tak regret punyer...OKlah Kak Raja tuliskan di bawah ini resipinya yang diambil dari blog Cendana Kasih (Thank you ye kepada tuan punyer blog dan izinkan saya share pulak di sini)....

Jom intai resipinya....tak payah guna telur tau.....buat pun senang tak payah guna cake mixer ke cuma guna sudip kayu..remember not to overbeat mixture ni, cukup sekadar ianya sebati ajer..Happy baking your all! 

Resipi Biskut Red Pearl/Red Pearl Cookies Cantik Menawan

Sumber dari Cendana Kasih

Bahan-bahan

  • 150gm mentega
  • 150gm tepung gandum
  • 75gm gula kastor
  • 60gm cornflakes - ramas kasar
  • 50gm coklat chips
  • 25gm almond nibs
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Ceri merah, dihiris memanjang sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Kacau mentega, gula dan esen vanilla menggunakan sudip kayu hingga sebati saja
  2. Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh
  3. Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari.  Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu dibakar.  
  4. Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri di tengahnya
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 deg cel selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing
  6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

 photo copyright.jpg
blogger template by envye