6.1.16

SUP TULANG ALA-ALA SIAM



Minggu lepas semasa saya dan suami ke pasar minggu di tempat saya, ternampak gerai daging lalu suami beli sekeping tulang rusuk minta saya buatkan sup untuk lunch Ahad tu.  Saya pun ok jer lagipun dah lama rasanya tak masak sup tulang. Excited juga nak buat coz teringat kat periok Noxxa kat rumah, pasti senang memasaknya.  Confident sungguh rasanya.

Memang hasil sup tulang hari itu sangatlah memuaskan, sedap dan enak sekali.  Berkali-kali jugalah suami memberi pujian, sedap katenya boleh buat lagi bila anak-anak balik.  Sangat mudah menyediakan sup tulang dengan periok Noxxa.  Dari awal hingga ke akhir, saya terus mengguna Noxxa ini bermula dengan menumis (stir fry) sampai wangi hingga tulang betul2 empuk dengan High Pressure selama 45 minit.  Saya percaya ianya mengambil masa yang lebih lama jika di masak atas dapur biase, mahu jadi 2 jam.  Alhamdullillah dengan adanya periuk Noxxa ini, amat mudah kerja saya hari itu.

Teringat pulak kat anak gadis kami yang bertugas oncall hari Ahad itu.  Suami mencadangkan kami pergi menghantar sedikit untuk dia rasa nanti for her dinner malam itu. Komen anak dalam wassup setelah menikmatinya "Sedapnya sup tulang mak, habis dah adik makan, thanx mak".  Sebak rasa. Puas rasa bila anak dapat rasa.  Cuma tak dapat nak hantar ke anak lelaki kerana jauh sikit.  In Syaa Allah suami kate boleh buat lagi bila anak-anak semua balik.

Kepada yang ingin mencuba buat Sup Tulang Rusuk ala-ala Siam atau Thai ini boleh guna resipi di bawah kerana ianya sangat delicious.  Selamat mencuba! 

Bahan-bahannya

  • 1 kg tulang rusuk dipotong sederhana kecil
  • 7 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halis (ditumbuk)
  • Serba satu kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 bungkus bunjut sup Tulang Adabi
  • 3 biji ubi kentang (dipotong 2)
  • 1 batang carrot (dipotong bersesuaian)
  • 1 batang celery (dihiris serong)
  • 1 biji tomato sederhana besar (dibelah 4)
  • 1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
  • 6 biji cili api (diketuk) - boleh tambah jika suka pedas
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 biji perahan air limau nipis - boleh tambah jika suka sedikit masam
  • Sedikit daun sup, daun bawang & bawang goreng
  • Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakannya

  1. Basuh tulang dan toskan.  
  2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya sehingga tulang tenggelam.  Rebus hingga empuk.  Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan.  Gunakan periuk tekanan jika ada untuk menjimatkan masa.
  3. Apabila tulang telah empuk, masukkan bunjut sup dan sediakan bahan tumisan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan.
  5. Tuangkan ke dalam periuk sup tadi.
  6. Masukkan ubi kentang dan setelah sedikit empuk, masukkan carrot.  Biar reneh sebentar dengan api perlahan.
  7. Masukkan cili padi, hirisan bawang holland, tomato, celery dan perahan air limau nipis serta sos ikan.
  8. Tambahkan garam dan sedikit gula.  Kacau dan sesuaikan rasa.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN PETAI



Rasanya semua orang pun dah tahu macam mana hendak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai ini kan?  Senang ajer pun.  Tapi saya saja nak share le resipi dari Mat Gebu ini walaupun sama jer cara kita memasaknya dan oleh kerana saya tak tahu nak agak banyak mane, tu yang saje ambil resipi Mat Gebu ni yang siap ada sukatan.  Saya kalau masak main campak-campak je.

Resipi ini ikan bilisnya tidak bergoreng dahulu.  Saya biasa goreng dulu ikan bilisnya tapi memang saya pernah dengar orang kate tak payah goreng dulu ikan bilisnya, sedap lagi sambal tumisnya kate depe dan saya juga pernah buat macam ini, memang sedap, terasa kesebatian sambal dengan ikan bilis dan petai.  Satu lagi petua kalau nak sedap lagi, ambil dalam sesudu dua ikan bilis dan diblend sama dengan bahan tumis halus tadi dan tengoklah perbezaannya.  Saya dah cuba dan ianya memang sedap dan enak sekali.  Penting juga kita kena pastikan cili kisar kita tumis hingga betul-betul masak garing sebelum masuk air asam jawa dan ikan bilis.

So for the benefit of our youngsters yang masih nak berjinak-jinak ke dapur, bolehlah try belajar buat sambal tumis ikan bilis dengan petai ini dengan resipi Mat Gebu (terima kasih ye), izinkan saya kongsi di blog saya pulak).

Bahan-bahannya

  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, direndam 5 minit dan ditoskan
  • 2 papan petai, ambil isinya
  • 1 biji bawang besar dihiris kasar
  • 1/2 camca besar pes air asam jawa
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus

  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji cili merah

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan.
  2. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa (minyak berlebihan tu anda boleh cedok keluar kemudian)
  3. Masukkan pes asam jawa dan petai, kacau rata dan jika perlu tuang sedikit air, masak hingga petai lembut sedikit.
  4. Tambah ikan bilis dan hirisan bawang besar dan kacau.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (anggaran 1 sudu besar).  Kacau dan masak hingga pekat. 
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  7. Hidangkan bersama nasi atau boleh dicicah dengan lempeng, roti dan sebagainya
  8. Selamat mencuba

APAM SIAM/APAM SODA/APAM MEREKAH



Alhamdullillah hari ini dapat saya berkongsi satu lagi resipi apam yang sangat sedap dan sungguh gebu, berbaloi membuatnya. Semenjak memiliki Steamer elektrik TRIO ni, semacam rajin jer buat kueh yang mengguna kaedah kukus kerana Steamer TRIO ini memang banyak memudahkan kerje-kerje mengukus.  Sekejap jer dah siap dan banyak pulak boleh dikukus dalam satu masa.  Lagi satu, senang kita nak pantau paras air dalam kukusan sebab see through.  So sesiapa yang belum memilikinya haruslah consider getting one okay. 

Sebenarnya sudah lama tercari-cari resipi Apam Merekah yang sangatlah comel ini tapi kebanyakkan tak berapa nak memuaskan.  Bila cuba resipi dari "Resepi Orang Kampung" ini (thank you & izinkan saya share pulak di blog saya ini), rasanya macam happy sangat coz apam menjadi dengan cantik dan gebu.  Walaupun tak berapa nak merekah (1st try) tapi yang penting apam ini so gebu and so spongy maybe terlebih sikit taruk ovalette, instead of one level tablespoon, saya rasa saya bubuh 1 heap tablespoon...Itu yang terlajak gebu tu hehehe!

Kepada yang ingin mencuba, bolehlah ikut resipi dibawah.  Apam ini manis sangat pada saya, so next time kena ingat kurangkan kepada 1 cawan sahaja dan make sure ovalette tu betul-betul 1 sudu makan kalau tidak apam akan menjadi terlampau gebu dan lembut.

Jom intai resipinya...Selamat mencuba & have fun okay! Dan yang penting jangan lupa baca Bismillah dahulu...In Syaa Allah kalau kita buat apa sahaja dengan ucapan Bismillah, Allah akan permudahkan....

Bahan-bahannya

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula (boleh dikurangkan kalau tak suka manis)
  • 1 sudu-teh esen vanilla
  • 1 cawan ice cream soda (saya guna brand F&N)
  • 1 sudu makan ovallete

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan esen vanilla dan juga ovalette.  Putar lagi sampai putih
  2. Masukkan ice cream soda selang seli dengan tepung
  3. Putar lagi sehingga adunan nampak likat
  4. Bahagikan beberapa warna yang dikehendaki dan masukkan ke dalam plastik (piping bag) untuk senang dipicit dalam acuan (guna paper cup)
  5. Kalau acuan besar kukus 15 minit, acuan kecil 7-10 minit sahaja
  6. Kukus dengan api besar dan air yang mendidih (Pastikan air kukusan banyak)
  7. Selamat mencuba


 photo copyright.jpg
blogger template by envye