6.1.16

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN PETAI



Rasanya semua orang pun dah tahu macam mana hendak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai ini kan?  Senang ajer pun.  Tapi saya saja nak share le resipi dari Mat Gebu ini walaupun sama jer cara kita memasaknya dan oleh kerana saya tak tahu nak agak banyak mane, tu yang saje ambil resipi Mat Gebu ni yang siap ada sukatan.  Saya kalau masak main campak-campak je.

Resipi ini ikan bilisnya tidak bergoreng dahulu.  Saya biasa goreng dulu ikan bilisnya tapi memang saya pernah dengar orang kate tak payah goreng dulu ikan bilisnya, sedap lagi sambal tumisnya kate depe dan saya juga pernah buat macam ini, memang sedap, terasa kesebatian sambal dengan ikan bilis dan petai.  Satu lagi petua kalau nak sedap lagi, ambil dalam sesudu dua ikan bilis dan diblend sama dengan bahan tumis halus tadi dan tengoklah perbezaannya.  Saya dah cuba dan ianya memang sedap dan enak sekali.  Penting juga kita kena pastikan cili kisar kita tumis hingga betul-betul masak garing sebelum masuk air asam jawa dan ikan bilis.

So for the benefit of our youngsters yang masih nak berjinak-jinak ke dapur, bolehlah try belajar buat sambal tumis ikan bilis dengan petai ini dengan resipi Mat Gebu (terima kasih ye), izinkan saya kongsi di blog saya pulak).

Bahan-bahannya

  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, direndam 5 minit dan ditoskan
  • 2 papan petai, ambil isinya
  • 1 biji bawang besar dihiris kasar
  • 1/2 camca besar pes air asam jawa
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus

  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji cili merah

Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan.
  2. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa (minyak berlebihan tu anda boleh cedok keluar kemudian)
  3. Masukkan pes asam jawa dan petai, kacau rata dan jika perlu tuang sedikit air, masak hingga petai lembut sedikit.
  4. Tambah ikan bilis dan hirisan bawang besar dan kacau.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (anggaran 1 sudu besar).  Kacau dan masak hingga pekat. 
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  7. Hidangkan bersama nasi atau boleh dicicah dengan lempeng, roti dan sebagainya
  8. Selamat mencuba

No comments:

Post a comment