2.6.15

CAKE BUTTER ADA CADBURY


Buat kek ini semalam tapi tak cukup pulak coklatnya tak boleh nak menutupi lapisan bawah kek. Acuam empat segi Kak Raja terbesar sikit kot.  Rasenya macam kek butter biasa tapi manis sikit, maybe boleh kurangkan sikit gulanya.  Budak-budak pasti sukakan kek ini tapi rasanya kalau tak taruk chocolate pun sedap juga.  Jom sape  nak try, boleh cuba resipi ini yang Kak Raja nak share dari resipi asal Namee Roslan.  Sedap & berlemak.  Selamat mencuba ye.

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 buku butter (250 grams)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung self-raising
  • 4 biji telur (Gred A besar)
  • 1 sudu besar vanilla essence
  • Beberapa bungkus plain chocolate Cadbury

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Pukul butter dengan gula halus sehingga gebu dan putih
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul 
  3. Masukkan vanilla essence dan kacau lagi
  4. Setelah sebati. masukkan tepung, sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan
  5. Sapukan butter pada loyang
  6. Masukkan sedikit bancuhan (lapisan nipis dibawah) ke dalam acuan dan ratakan
  7. Susun coklat-coklat cadbury tadi sehingga menutup lapisan pertama
  8. Masukkan bancuhan yang lebih tadi bagi menutupi lapisan coklat
  9. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 deg cel sehingga masak.


No comments:

Post a comment