29.5.15

CEKODOK PISANG GEBU & SEDAPNYA


Pagi tadi tak tahu ape nak buat untuk sarapan.  Tengok2 adalah pisang lebih Kak Raja buat Apam Pisang hari itu.  Bila dibilang, ade 8 biji cukuplah tu untuk buat Cekodok Pisang lagi pun Encik Suami memang penggemar cekodok pisang ini.  Teringat pulak sekali dulu pernah tengok resipi Cekodok Pisang Mat Gebu, macam rasa nak try jer resipi Mat Gebu apatah lagi tengok gambar2 cekodok kat blog dia tu memang cantik.  

Kak Raja kalau biasa buat cekodok pisang ini senang jer campur jer pisang yang dilenyek2 dengan tepung self-raising flour + sedikit garam dan sedikit gula, sedap lembut jadinya.  Tapi bila tengok resipi Mat Gebu ni macam ade baking soda dan guna tepung gandum saja.  Walaupun Kak Raja tak berapa gemar bau baking soda, namun dek nak try resipi ni, masukkanlah juga baking soda tetapi sikir jer (kurang sikit dari ape Mat Gebu suruh letak).  Dah bancuh tu, kena simpan pulak 30 minit.  Lepas tu baru boleh digoreng.  Apabila dah masak jer tadi, try le sebiji..Wow! memang sedap dan cantik bulat menggelembong cekodok ini.

Memanglah ramai yang pandai buat cekodok ini sebab mudah sangat tapi kepada sesiapa nak cuba buat Cekodok yang meletop sedapnya, jom try buat resipi versi Mat Gebu yang sangatlah gebu dan sedap....Maaf Encik Mat Gebu ye, Kak Raja nak share resipi kat sini ye.  Thank you....Jom kita tengok kat bawah ini resipinya.....Selamat mencuba! 

BAHAN-BAHANNYA:-)

  • 8 biji pisang emas (Kak Raja guna pisang berangan)
  • 3/4 camca teh soda bicarbonate
  • 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum (Kak Raja guna tepung self-raising)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • Minyak secukupnya untuk mengoreng.

CARA-CARA MEMBUATNYA:-)

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur.  Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati,  Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sedehana.  Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, buat dalam 10 biji macam itu, sebab ianya akan kembang.  Tapi ini bergantung kepada saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok.  Angkat dan toskan.  Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.  Hidangkan bersama kopi atau teh.
  4. Memang terlampau gebu dan sedap.  

No comments:

Post a comment