26.5.15

APAM PISANG GEBUZ GEBAZ



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi menjenguk blog "MyHome Recipe" Kak Raja hari ini, terima kaseh Kak Raja ucapkan, semoga semuanya sihat dan happy selalu di samping famili yang tersayang.  Pagi ini Kak Raja rasa hendak share resipi Apam Pisang Kukus yang Kak Raja cuba semalam dan inilah hasilnya, sedap, gebu dan lembut.  Resipi ini sebenarnya Kak Raja terjumpa dalam akhbar Berita Harian semalam.  Bila tengok resipinya, macam senang bahan-bahannya cuma kena beli pisang on the way balik dari office semalam.  Hendak cari pisang emas tapi tuan kedai tu kata pisang emas belum masak, yang ada dah masak cuma pisang berangan..Okay jugalah tu, pisang berang pun sedap juga.  So belilah pisang berangan.  Setelah selesai semua dinner (plan buat spaghetti bolognese saje coz mudah) dapur dah bersih, dah solat maghrib dulu, then masuk ke dapur semula and start kerja-kerja memasak ini.  

Mula-mula buat roti dulu coz dah janji dengan kawan kat office nak buat untuk depe, then sementara nunggu roti masak start buat bancuhan apam pisang ini.  Nasiblah senang membuatnya.  So inilah hasilnya dalam gambar, so semalam buat dua benda, roti & apam pisang kukus....multi-tasking kate orang puteh!...hehehe.
So macamner, nak cuba tak buat apam pisang kukus yang sedap ini?  Jom mari kita intai bahan2 dan cara-cara membuatnya, mudah saja...bahan-bahan semua mesti ada kat daput tu, cuma barangkali pisang jer le kena beli....


Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar)
  • 3/4 cawan mentega, dicair dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak masak)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate soda (baking soda)
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam

Cara-cara membuatnya

  1. Tepung gandum diayak dengan baking powder.  Ketepikan.
  2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.  Sementara itu, panaskan periuk kukusan.
  3. Pukul telur bersama-sama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair atau minyak dan juga pisang yang telah dilecek.
  4. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.  Kukus selama lebihkurang 45 minit menggunakan api yang sederhana.
  5. Anda perlu memastikan penutup kukusan dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas permukaan kueh.
  6. Sekian dan selamat mencuba 

No comments:

Post a comment