17.5.15

MASAK DAGING HALIA



Inilah satu-satu masakan daging yang menjadi kegemaran Kak Raja.  Ianya bukan sahaja tersangatlah sedap tetapi amat mudah untuk membuatnya.  So, ingat nak share resipi Kak Raja ini yang memang dah lama sejak dulu2 inilah resipinya versi Kak Raja...pada Kak Raja memang sedaplah dan kalau ada yang nak cuba, bolehlah mencuba.  

Yang paling penting pastikan daging yang hendak digunakan ialah daging batang pinang kerana ianya lembut dan tidak makan masa yang lama untuk memasaknya & halia hendaklah lebih sedikit kerana itu yang membuat masakan ini sedap lagi pun namanya pun dah nama Masak Daging Halia, of courselah main ingredients daging + halia!  Itu pasalnya dalam resipi Kak Raja ni, banyak guna halia dan juga bawang putih.  Sebagai bahan perapan daging dan juga semasa menumis.

Maaf kerana tidak dinyatakan exactly sukatan bahan-bahan yang diperlukan kerana Kak Raja biasanya main campak-campak jer dan guna perkiraan sendiri tapi kadang-kadang lebih senang gitu dan perkiraan sendiri kadang-kadang lebih baik. 

Pertama sekali of course le daging hendaklah dihiris lebar nipis dan digaul atau marinate sebentar dengan halia & bawang putih (yang telah diblend atau better still ditumbuk) serta sedikit sos tiram dan kicap lemak manis (dalam 3/4 sudu besar tapi ikut pada banyak mane dagingnya).  Biar perap sebentar.


In the meantime, panaskan minyak dalam kuali, tumis beberapa keping hirisan halia,3-4 ulas bawang putih dan 5-6 biji bawang merah kecil yang ditumbuk, dan goreng hingga wangi dan sedikit garing.

Kemudian bolehlah dimasukkan daging yang telah diperap marinate tadi dan kacau hingga sebati dan mesra.  Masukkan sedikit sos tiram dan kicap manis (sekiranya nampak macam tak cukup) lagi dan sedikit air untuk mengempukkan daging.  Biar seketika sehingga daging kelihatan empok dan air sedikit kering (masakan ini biar macam kering-kering garing berminyak sikit, baru sedap bila digaul dengan nasi).

Akhir sekali masukkan beberapa titis (2-3 titis cukup) minyak bijan (jangan banyak sangat), sedikit lada hitam yang telah ditumbuk sedikit kasar dan juga garam dan sedikit gula sebagai perasa.

Sebelum diangkat, masukan sedikit daun bawang (yang telah dipotong) dan cili merah (dibelah dua) serta bawang besar yang telah dipotong bulat2 (jika suka).  Kak Raja suka banyak bawang, ianya menjadikan masakan ini.manis-manis gitu....

Itu je caranya, mudahkan? Daging masak halia ini sedap sangat jika dimakan dengan nasi putih panas2...tak payah lauk lain pun tak apa.  Memang terbaek.  Selamat Mencuba and have fun!..







No comments:

Post a Comment