21.10.15

KUIH TALAM PISANG ENAK


Hari ini nak kongsi resipi Kuih Talam Pisang yang sangat enak yang saya ambil dari siapa lagi kalau tak dari blog Yatiememories yang memang tak kurang handalnya dalam membuat kuih-kuih talam ini.  Actually, frankly speaking saya tak pernah pun tahu kewujudan Kuih Talam Pisang until a friend says her mum used to make this kuih, sedap katenya.  Lalu saya pun google-google nak cari resipinya dan Alhamdullillah terjumpa kat blog Yatiememories ini.

Terus malam semalam cuba buat lagipun tengok bahan-bahan yang diperlukan ada kat dapur.  So apa lagi lepas jer solat maghrib, bermulalah episod masak-memasak talam pisang ini.  Tapi mengikut kate kawan saya, mum dia tak taruk colouring kuning untuk lapis bawah tu.  Fikir-fikir macam betul jugak tu, biarkan saja natural colour kepisang-pisangan, pasti cantik.  Tak pe lain kali buat tak payah taruk colouring kuning tu.  Seronok juga menalam semalam coz excited nak tengok hasilnya.  Masaknya semalam tapi biar betul-betul sejuk, berjaya juga saya tunggu sampai ke pagi ni jugaklah baru senang dan cantik dipotong.  Mudah jer sebenarnya nak buatnya, tinggal nak kena rajin jer tapi semenjak dua menjak ni sejak saya beli steamer elektrik Trio ini, semacam rajin jer buat kerja-kerja mengukus ni.  Alhamdullillah.

So apa ditunggu-tunggu lagi, jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Kuih Talam Pisang yang marveles lagi enak ini...Kalau nak tahu tahap keenakannya, kenalah try dulu kan.  Buat untuk hidangan famili.....pasti depe suka....Jom!


KUIH TALAM PISANG

Resepi dari Yatiememories

Bahan Lapisan Bawah


  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek (6-7 biji pisang berangan masak)
  • Pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-caranya:

  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang. Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata. Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang (4 segi 10inci x 10inci) dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.  Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Lapisan Atas


  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan-bahan di atas, Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan, bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata. Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.
  5. Selamat mencuba.  In Syaa Allah jadi.

No comments:

Post a comment