Minggu lepas Kak Raja telah mencuba buat Apam Gula Melaka dari blog Azlita Aziz ni. Seronok rase bila tengok Apam ni merekah dengan cantiknya. Bukan aje cantik dipandang tetapi memang sedap lembut dan gebu. Buatnya pun tak lah susah sangat tapi apam ni pada Kak Raja manis sikit so kepada yang tak suka manis atau yang nak jaga kesihatan tu, bolehlah dikurangkan sukatan gulanya.
Apam-apam ni Kak Raja kukus dalam paper cup yang besar dapatlah dalam 14 biji tu. Memang senang membuatnya especially dengan adanya steamer Trio yang memang banyak menyenang dan memudahkan kerja-kerja mengukus apam ini, kejap jer dah siap. So kepada yang ingin mencuba, boleh lah try resipi ni. Oh terlupa pulak nak ucap terima kaseh kepada Ita kerana berkongsi resipi ni di blognya dan now Kak Raja pulak nak share dengan you all semua. Selamat mencuba ye.
Bahan-bahan
(14 biji guna papercup saiz besar)
- 125gm gula pasir
- 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
- 150ml air
- 250gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bicarbonate
- 1/2 sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
- 1 biji telur
- 100ml minyak masak
Cara-cara
- Sediakan acuan dan panaskan kukusan
- Masak air bersama gula pasir dan gula melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
- Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
- Masukkan soda bikarbonate, yis dan telur. Kacau sebati.
- Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak. Bergantung kepada saiz acuan)
Tersenyum cantik!
No comments:
Post a Comment