3.10.16

KEK DURIAN MARVELOUS



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah ke blog saya.  Adalah diharapkan agar semuanya sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Entri hari ini, nak share sikit resipi Kek Durian Marvelous ini, yang saya buat untuk nak habiskan stok durian yang tersimpan di dalam fridge.  Dah jemu rasenya buat durian crepe so bila ternampak resipi durian cake ini, cepat2 baca tengok2 senang jer nak buatnya dan bahan2 pun kebetulan ada di dapur tu.  So terus cuba dan inilah hasilnya, sangat gebu dan sangatlah sedap.  

Kepada yang ingin mencuba, boleh le tengok resipinya di bawah ini ye.  Selamat mencuba saya ucapkan...kalau dah buat tu, share le experience you all okay....bagi komen sikit, sedap ke tidak kek ini.....Pada saya sangat sedap dan disukai oleh keluarga saya.   In Syaa Allah kalau nak buat jer kek durian, boleh guna resipi ini and this is for keeps.....

Bahan-bahannya

  • 250gm butter
  • 200gm gula halus
  • 4 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 300gm isi durian*
  • 4 sudu besar susu segar* (*blend halus)
  • 240gm tepung naik sendiri**
  • 1 sudu besar tepung jagung**
  • 1/4 sudu kecil garam** (**campurkan dan ayak)

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  3. Masukkan vanilla esen
  4. Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan campuran susu segar & isi durian tadi
  5. Gaul rata.
  6. Lenserkan loyang dengan butter
  7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 deg cel selama 40-45 minit sehingga masak


No comments:

Post a comment