10.10.16

SAMBAL TERUNG AWESOMELICIOUS



Terung masak berlada ini adalah satu-satunya makanan kegemaran saya kerana ianya sangat simple dan sangatlah sedap dan mudah untuk disediakan.  Makan dengan nasi putih panas2 sudah memadai dengan hanya berlaukkan masakan terung berlada ini, hendak2 lagi kalau ada telur dadar.  Memang terbaik.

Jom kita lihat resipinya yang saya kongsikan di bawah ini.   Selamat mencuba.

Bahan-bahannya

  • 3 terung panjang sederhana besar
  • 6-8 biji cili merah (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat2)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Sedikit kunyit serbuk, garam dan gula

Cara memasaknya

  1. Terung dihiris menyerong atau menegak (perhatikan di dalamnya kalau ada yang berulat/busuk)
  2. Setelah dihiris, dibasuh bersih dan ditoskan.
  3. Lumur dengan sedikit garam dan kunyit serbuk
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung sedikit-sedikit hingga garing.
  5. Buat sampai habis.  Ketepikan.
  6. Bawang merah, bawang putih dan cili ditumbuk atau dimesin kasar
  7. Dengan mengguna minyak yang sama, tumis bahan yang telah dimesin/ditumbuk hingga masak dan kelihatan sedikit garing
  8. Masukkan kiub ikan bilis dan bawang besar, kacau.  Perlahankan api.
  9. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi hingga betul-betul sebati
  10. Akhir sekali, masukkan terung yang siap digoreng tadi
  11. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan hingga betul2 mesra dan rata
  12. Bolehlah dihidang untuk dinikmati dengan nasi putih panas2.
  13. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment