14.9.17

CUCUR JAGUNG BERUDANG SEDAP


Satu resipi cucur jagung berudang yang sedap yang saya dapati dari blog Azie Kitchen yang telah saya cuba pagi tadi untuk sarapan.  Ternyata sedap sekali, lembut dan terasa penuh udang dan jagung serta keenakkan ditambah dengan daun kucai dan lain-lain bahan di dalamnya.

Sedap dinikmati dengan secawan teh-O panas dan cucur ini dicicah dengan sos cili buatan sendiri atau mayonnaise.  Jom kita intai bahan-bahan dan cara membuatnya...senang ajer...Selamat mencuba!

RESIPI CUCUR JAGUNG BERUDANG SEDAP
Oleh Azie Kitchen

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda (tak letak sebab tak sure baking soda atau baking powder)
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar putih cincang
1 biji cili merah dicincang
1 cawan daun kucai cincang
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbuk
Perisa jika suka (saya letak ikan bilis maggi cube)
(Campurkan semua bahan di atas dalam sebuah mangkuk dan gaul rata)
Campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1 1/2 cawan air biasa
Extra 1/2 cawan tepung gandum

Caranya
Tuangkan air sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung tadi dan gaul rata.
Tambahkan setengah cawan tepung extra tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati.
Texturenya harus likat.
Panaskan minyak dalam kuali
Sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.
Hidang panas-panas dengan sos atau mayonnaise.

Selamat mencuba dan enjoy!




No comments:

Post a comment