20.9.17

KEK PELANGI ORANG LAMA



Mood membaking kek-kek pula dah melanda hanizahomerecipes hahaha.   Tak pe tak pe asalkan kita pueh hati dan happy.

Hari itu ada kawan nak tempah marble cake.  Oleh kerana dah macam boring balik balik kek marble biase buat yang campur cocoa tu, saya ingat nak cari resipi kek pelangi mak-mak kita buat dulu.   So carilah kat google, cari-cari dapatlah yang dari Hasnidar Marli ini.  Bila tengok macam best jer bahan-bahan yang diguna macam boleh agak resipi ini bagus.  So saya pun buatlah satu untuk kawan tadi.   Memang cantik dan sedap kejadiannya.  So resipi ini saya nak simpan for future kalau teringin nak kek pelangi orang dulu-dulu, resipi ini lah akan jadi rujukan.

Kerana ianya sedap dan berbaloi membuatnya, saya nak share resipinya kat sini kalau ada yang nak try.  Thank you Hasnidar atas perkongsian resipi yang  menarik ini.

RESIPI KEK PELANGI ORANG LAMA
Resipi asal : Hasnidar Marli

Bahan-bahannya
2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin/butter
3 cwn tepung gandum+2 suduteh baking powder (campur sebati & ayak) saya guna self-raising flour
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
Pewarna ikut suka (saya guna warna pink & hijau)


Cara-cara membuatnya
Putar gula bersama majerin/butter hingga kembang
Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga sebati
Sementera itu, lenserkan acuan 9 inci dengan sedikit majerin.  Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis.  Gaul sebati
Masukkan esen vanila dan susu cair dan gaul sebati lagi (biasanya saya taruk esen vanila bila saya masukkan telur supaya tak hanyir).
Bila adunan siap. bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna (saya guna warna pink dan hijau).


Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna, bermula dengan warna asal kemudian pink dan hijau.  Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan.  Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.
Setelah selesai, barulah boleh bakar kek.  Suhu mengikut oven masing2.  Bakar sehingga masak.
Sekian dan selamat mencuba.




Ini gmbar dari kawan yang menempah, sedap dan gebu katenya.   Saya tak sempat nak potong.  Nanti bila saya buat untuk makan sendiri, bolehlah saya share kat sini.

5 comments:

  1. Hi, thats a beautiful cake. Love the name 'orang lama'....and your banana cake looks really good too...I can practically get the beautiful scent.
    Best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Hi Lee, thanks for dropping by..ya 'Orang Lama' Old school like me hehehe...ah yes the banana cake another one to die for....try them Lee....regards.

    ReplyDelete
  3. Cucu I suka sgt cake ni. Hr tu pi kenduri Aqiqah anak sedara dpt bekal kek mcm ni, dia sorang ja mkn

    ReplyDelete
  4. Cantik nye kek, kek pelangi ni sedap.. Dah Lama tak makan.

    ReplyDelete