5.9.16

BISKUT DAM CANTIK & SEDAP



Biskut yang mempunyai penampilan yang sangatlah unik ini bukan saja cantik dan sweet dipandang tetapi sangatlah sedap dan rangup.  Walaupun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan sehingga mendapat petak-petak yang unik dan cantik ini, ianya sangatlah memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang telah cuba membuatnya.  Hasilnya sungguhlah menggembirakan bukan sahaja kepada sipembuatnya tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Untuk mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki, kita haruslah beringat supaya tidak terburu-buru ketika membuatnya.  In Syaa Allah, biskut ini akan menjadi seperti yang diharapkan.


Jom kita ke dapur untuk melihat bahan-bahan serta cara-cara membuat Biskut Dam yang cantik dan sedap ini.  Bolehlah share dengan saya pengalaman puan-puan ketika membuat biskut ini.  Selamt mencuba saya ucapkan.

Bahan-bahannya

Bahan Doh Vanilla

  • 500gm tepung gandum
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm tepung susu/creamer
  • 380gm butter
  • 150gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Doh Coklat

  • 480gm Tepung gandum
  • 50gm tepung susu/creamer
  • 30gm serbuk koko
  • 380gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Doh Vanilla

  1. Pukul mentega dan gula hinga berkrim. jangan sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan tepung kastard dan tepung susu dan uli hingga menjadi doh.
  4. Biarkan rehat selama 15 minit.

Doh Coklat

  1. Pukul mentega dan gula hinga berkrim. jangan sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan koko serta tepung susu dan uli hingga menjadi doh.
  4. Biarkan rehat selama 15 minit.
  5. Ambil doh vanilla, canai setebal 1 cm dengan lebar 5" dan panjang 6" (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh vanilla.  Bungkus dalam kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Ambil doh coklat, canai setebal 1 cm dengan lebar 5" dan panjang 6" (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat.  Bungkus dalam kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam
  7. Keluarkan kedua-dua doh vanilla dan doh coklat.  Susun berindih selang-seli kepingan coklat, vanilla, coklat (A) dan susun kepingan vanilla, coklat, vanilla (B). 
  8. Ukur doh coklat dan doh vanilla selebar 1 cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes).  Kemudian potong sehingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanilla.
  9. Susun bertindih (3 keping) berselang warna menjadi sebatang-sebatang dan balut/bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dalam peti sejuk sehingga menjadi keras sedikit.
  10. Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm.  Buat sehingga habis semuanya
  11. Susun dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 140 deg Celcius selama 25 minit.  Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanilla keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara warna vanilla dan coklat.
  12. Biskut ini agak besar, jika ingin bersaiz lebih kecil tukar ketebalannya menjadi 1/2 cm. Biskut ini mengambil masa yang agak lama, jangan terburu-buru membuatnya.
  13. Sangat sedap Biskut Dam ini.  Ianya juga sesuai disediakan untuk minuman petang
  14. Selamat mencuba

No comments:

Post a comment