6.9.16

DURIAN CREPE 4 JENIS TEPUNG


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di blog masakan saya yang tak seberapanya ini.  Diharap semuanya sihat dan happy selalu hendaknya.

Nampak gayanya musim durian sudah sampai ke penghujungnya.  Puas rasanya bila tiba musim durian. berbagai kuih yang dihasilkan termasuklah durian crepe dan juga serimuka durian yang hangat diperkatakan kerana keenakannya.  Tidak kurang juga ramai yang telah menjadikannya punca pendapatan sampingan,  Inilah dikatakan rezeki musim durian.

Entri saya kali ini semestinya ada kena mengena dengan durian, iaitu durian crepe yang hangat jugak diperkatakan setiap kali musim durian tiba.  Rasenya semua orang pun dah tahu keenakan durian crepe ini dan ramai juga yang pandai membuatnya.  Tapi tak salah rasanya saya ingin berkongsi di sini resipi durian crepe mengguna 4 jenis tepung yang telah saya cuba dan saya suka.   Crepe atau kulitnya sangatlah nipis dan cantik, senang nak handle, tak koyak dan mudah ditarik seperti gambar di bawah.


Kepada yang ingin mencuba, boleh try guna resipi dari blog Nina Mirza yang saya kongsi di bawah ini.  Ingin juga saya berpesan di sini mengenai krim yang harus diguna iaitu beli krim yang non-dairy ye bukan dairy cream kerana non-dairy lebih sesuai kerana ianya lebih kental dan tidak mudah cair. Selamat mencuba saya ucapkan.  Kalau dah try, bagilah feed back kat saya balik ye....okbai.... 

RESIPI DURIAN CREPE 4 JENIS TEPUNG

Sumber : Nina Mirza

Bahan-bahannya

  • 20gm tepung gandum
  • 20gm tepung ubi
  • 10gm tepung kastard
  • 10gm tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu besar gula halus
  • 40ml susu cair
  • 150ml air
  • Pewarna kuning/hijau
  • Sedikit vanilla essence

Cara-cara membuatnya

  1. Mix semua dalam blender kecuali pewarna dan tapis (buangkan buih-buihnya supaya nanti crepe tak berlubang)
  2. Campurkan warna yang digemari (samada kuning atau hijau)
  3. Sediakan kuali leper non-stick 
  4. Panaskan kuali dengan api kecil hingga kuali benar-benar panas
  5. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis
  6. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan di bawah kuning keemasan
  7. Tak perlu dibalikkan
  8. Terus angkat
  9. Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
  10. Biarkan crepe sejuk sebentar

Durian Filling

  • 1 cawan Non-dairy Whipping Cream (brand Rich)
  • Isi durian secukupnya
  1. Pukul whipping cream hingga kental dan kaku
  2. Pisahkan isi durian dari bijinya, lumatkan sedikit
  3. Bentangkan 1 keping crepe
  4. Paipkan whipping cream di tengahnya
  5. Letakkan isi durian
  6. Tutupkan semula dengan whipping cream
  7. Lipatlah crepe dengan menarik crepe dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri sehingga menutupi durian filling tadi, dan lipat bahagian atas dan bawah crepe kemas-kemas
  8. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1- 2 jam atau semalaman
  9. Sedia dimakan
  10. Kena makan sejuk-sejuk baru sedap!

No comments:

Post a Comment