8.9.16

BISKUT KACANG TANAH TRADISI



Pagi ini nak share sikit resipi Biskut Kacang Tanah Tradisi yang sangatlah sedap ini.  Saya telah mencubanya semalam dan hasilnya sungguh memuaskan, anak-anak dan suami amat gemarkannya...sedap kata mereka.  Dalam banyak2 resipi biskut kacang mazola yang pernah saya cuba sebelum ini, saya rasa resipi dari Citarasawan ini satu resipi yang sungguhlah "win" and this will be for keeps.

Biskut kacang tanah tradisi or traditional peanut cookies, yang tradisi ramuannya mengguna minyak sayuran seperti minyak sawit atau minyak jagung dan di sini kita guna minyak jagung Mazola, ianya tidak menggunakan majerin atau mentega, rasa kacang tanah yang mewah dengan campuran mentega kacang (peanut butter) dan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan kisar halus....tersangatlah sedap sekali - ringan dan cair di mulut...MasyaAllah sedapnya.  Anda harus mencuba untuk merasai apa yang saya rasa.


Jom kita lihat resipi biskut evergreen ini seperti saya share di bawah...selamat mencuba ye, hantar feed-back tau kalau dah mencuba......

Bahan-bahan

  • 140gm tepung gandum - diayak
  • 125gm gula aising
  • 130gm peanut butter
  • 30gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 100gm serbuk kacang tanah/kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • 200ml minyak jagung Mazola
  • Kacang tanah (digoreng & belah dua) secukupnya sebagai hiasan

Cara-cara

  1. Pukul peanut butter dan gula aising hingga rata
  2. Masukkan tepung2, baking powder, garam, esen vanilla dan serbuk kacang tanah.  Gaul rata
  3. Tuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi doh
  4. Ambil 1 sudu teh adunan, gentel bulat (atau terap mengikut pilihan acuan masing-masing).  Sapu dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengahnya 
  5. Bakar pada suhu 140 deg cel selama 30 minit hingga masak
  6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalan bekas kedap udara.
  7. Selamat mencuba.

No comments:

Post a comment