9.9.16

BISKUT SUJI SALJU SUCI DALAM DEBU



Assalammualaikum dan Salam sejahtera.

Terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog saya.  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kaseh kepada tiga orang pengunjung blog saya, terima kaseh kerana sudi jadi followers saya...terharu rase walaupun baru ada tiga orang tetapi Alhamdullillah semoga ramai lagi yang akan turut follow.

Entri pada kali ini saya rasa happy nak share satu lagi resipi biskut sempena Hari Raya Aidil Adha yang menjelang iaitu pada hari Isnin ini, In Syaa Allah.  Manalah tau kot kot ada yang nak buat biskut, bolehlah cuba resipi biskut Suji Salju yang sedap ini yang telahpun saya cuba buat semalam.  Rupanya seakan-akan biskut oat susu juga tapi oat susu berwara coklat bersalut susu tepung juga. Tapi yang Suji Salju ini berwarna putih - itulah yang saya gelar suci dalam debu tu......


Sedap sangat biskut ini, so lembut so fragile and so sedap dan rase macam cair dalam mulut. Sungguh enak dengan rase minyak sapi + butter serta cornflakes yang dikisar halus bercampur dengan tepung suji...tak tahu nak explain macam mana lagi.  Haruslah you all cuba sendiri kalau nak tahu tapi rata2 yang telah merasanya turut bersetuju dengan saya iaitu ianya so sedap.  Nak membuatnya pun mudah ajer.  Satu bancuhan ini boleh dapat 60 pieces but depends on your acuan lah ye.

So apa lagi, jom intai resipinya dan kemudian jom terus masuk dapur kita start buat.  Selamat mencuba ye..give me your feed back tau bila dah mencuba....

BISKUT SUJI SALJU 

Resipi: MakLang

Sumber: Yatiememories

Bahan A

  • 150gm minyak sapi
  • 100gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji kuning telur

Bahan B

  • 100gm cornflakes kisar halus
  • 100gm tepung jagung
  • 50gm tepung suji (semolina)
  • 250gm tepung gandum

Susu tepung (campur sikit gula aising) secukupnya untuk saduran

Cara-cara

  1. Putar bahan A hingga sebati.  Masukkan bahan B dan gaul hingga rata.  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang boleh dicanai
  2. Canai doh tadi mengikut tebal yang dikehendaki (saya suka tebal, biskut nampak lebih cantik dan elegant) dan terap dengan acuan kegemaran
  3. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu suhu 160 deg cel selama 15-20 minit hingga masak
  4. Biarkan suam sedikit dan salut biskut tadi dengan campuran susu tepung dan gula aising.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara






No comments:

Post a Comment