18.11.15

BISKUT MAKMUR


Nak share sikit resipi Biskut Makmur yang sangatlah sedap ini.  Sekiranya inginkan biskut makmur yang rapuh dan garing, boleh cuba resipi ini.  Sebelum digaul dengan minyak sapi, tepungnya di sangai ataupun boleh jugak dijemur dulu kemudian diayak dengan gula icing.  Saya telah mencuba resipi ini dan memang memuaskan, terasa garing atau crunchy kate orang putih...cuba tau.

Bahan

  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup

Bahan untuk inti

  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak (dikisarkan)
  • 3/4 cawan gula icing

Bahan untuk salut

  • Sedikit gula icing

Cara Penyediaan

  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing
  2. Gaul adunan sama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat  adunan doh yang lembut dan boleh diuli
  3. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing
  4. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar
  5. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.  Tutupkan inti dan buat bentuk bulat
  6. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius
  7. Kuih mengkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  8. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.



No comments:

Post a comment