17.11.15

TART NENAS GULUNG SEDAP & GEBU





Tart Nenas Gulung
Sumber : Noor Masri (Thank you for this wonderful recipe)

Sekira you all tengah tercari-cari resipi Tart Nenas Gulung yang sedap, gebu dan cair di mulut, bolehlah cuba resipi ini.  Saya tahulah sebab saya dah cuba, jangan takut, memang awesome tarts ini tapi penat jugaklah membuatnya kerana satu adunan boleh dapat banyaklah juga, lengoh jugaklah asyik menekan adunan ke dalam acuan sampai sakit jugaklah ibu jariku ini...huhuhu...

Tetapi apa-apa pun, memang seronok membuatnya bila depan kita teratur tarts yang cute cute yang siap di glaze dengan kuning telur ready untuk masuk oven...lepas itu harum semerbak baunya di dapur....hilang penat hehehe.

So you all boleh try ni bila Raya nanti atau bila-bila masa you orang feel like having tarts untuk makan-makan dengan keluarga tersayang...homemade cookies are the best!

Bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 625g mentega (2 1/2 buku mentega)
  • 4 kuning telur
  • 1 putih telur
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 15g gula halus (resepi asal tak letak)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 kg jem nenas
  • 1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air (untuk sapuan) - kacau sebati

Cara

  • Campurkan kuning telur, putih telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil. Pukul sedikit.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan mentega, gula dan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian masukkan campuran telur tadi.  Gaul sebati.
  • Masukkan dalam acuan tart gulung.  Picit dan letakkan jem.  Kemudian gulung.
  • Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160 deg Celcius selama 20 minit atau sehingga masak  (suhu dan masak bergantung kepada jenis oven masing-masing)
  • Jika adunan terlalu keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi mentega sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut.
  • Sekian dan selamat mencuba.

No comments:

Post a comment