8.4.15

KEK MENTEGA MARMAR SUSU CHEF ZUBAIDAH


Kepada penggemar kek, boleh cuba resipi Kek Mentega Marmar Susu Chef Zubaidah yang sangat sedap ini.  Kak Raja telah beberapa kali buat kek ini dan setiap kali pasti tidak menghampakan cuma kali ini terbanyak pulak tabur kepingan badam di atas kek ini jadi macam semak pulak...tapi tak pe, semak semak pun, ianya tetap maintan sedap....cuba ye kek Chef Zubaidah ini, simple sangat nak buatnya...jom kita tengok resipinya Kak Raja share di bawah ini. 

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 290 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm susu pekat manis
  • 100 g susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla  
  • Kepingan badam sebagai hiasan

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 150C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek
  4. Pukul mentega dan gula sehingga sebati
  5. Masukkan telur satu persatu
  6. Kemudian masukkan susu pekat manis 
  7. Pukul sehingga adunan sebati
  8. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
  9. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  10. Ambil 1/4 adunan
  11. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco (saya letakkan 3 sudubesar serbok cocoa)
  12. Kacau rata
  13. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata 
  14. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
  15. Diikuti adunan coklat kapucino (cocoa) selang-seli adunan plain/cocoa sehingga habis
  16. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
  17. Hiaskan dengan taburan kepingan badam
  18. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna. 





No comments:

Post a comment