23.4.15

PUDDING ROTI SEDAP SANGAT


Resipi Pudding Roti ini merupakan resipi dari buku "The Great Malaysian Breakfast" yang ditulis oleh Dato' Zakiah Hanum, bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.  Buku "The Great Malaysian Breakfast" ini adalah di antara beberapa koleksi buku masakan/resipi yang masih Kak Raja simpan dengan baik untuk dijadikan rujukan/idea ketika binggung memikir apa yang hendak dimasak saban hari. 

Satu perkara yang Kak Raja kagum ialah kegigihan Dato Zakian Hanum ini, sure she was a very busy lady, apataknya dah le seorang boss yang perpangkat tinggi, ade masa juga beliau nak masak.  Ini mesti hobby Dato yang gemar memasak dan makan,sama juga seperti Kak Raja (cuma Kak Raja bukanlah seorang boss, kuli jer).  So sekiranya Dato sendiri rajin ke dapur, jom le kita ikut kerajinan beliau masuk dapur dan masak.

Pudding Roti atau Bengkang Roti ini, jika dibuat dengan betul, mempunyai rasa yang sungguh enak. Rasa roti yang lembut, kemanisan dari susu pekat dan rasa telor bercampur esen vanilla menjadikan ianya pudding yang digemari ramai.  Ianya lebih sedap sekiranya kita masak pudding ini waktu malam sebelum tidor, then dah masak, sejukkan dan simpan dalam fridge.  Pagi2 esoknya dah boleh keluarkan dari fridge dan potong.  Kak Raja selalu buat cara ini, lebih mudah dipotong dan yang paling penting lebih enak, bila pudding roti dah set completely dengan rasenya yang dah combined well....yum yum yummy yummmms...

Oh ya, resipi Pudding Roti Dato Zakiah Hanum ini lain sikit dengan versi Pudding Roti (Bread Pudding) orang putih kerana resipi orang putih mengguna susu segar (fresh milk) manakala resipi ini menggunakan susu pekat manis yang Kak Raja rase lebih enak.  Pernah cuba buat versi orang putih ni tapi tak berapa lemak tapi kalau ade yang nak jaga badan, agaknya bolehlah guna versi orang putih ini okay.

Tak usah kita buang masa lagi, jom tengok resipi Pudding Roti yang sangatlah sedap lagi enak ini.  Mesti cuba tau, rugi kalau tak cuba sebab mudah sangat untuk membuatnya.  Kak Raja buat lagi semalam dan gambar- nilah hasilnya...sedap giler....

Nak minta maaf kerana resipi ini dalam bahasa Inggeris sebab original dari buku Dato Zakiah Hanum ini dalam bahasa Inggeris.  Kak Raja malas pulak nak translate tapi no worries ye sebab bahasa inggeris ini yang mudah boleh faham oleh semua orang lagi pun elok juga kita cuba biasakan percakapan/penulisan dalam bahasa Inggeris ini, no harm, right...Infact we will gain when we learn another language....maaf ye....boleh contact Kak Raja kalau ade sebarang kemusykilan!

Ingredients

  • 1 loaf of bread (sebuku roti yang size kecil tu, bukan yang panjang)
  • 4 eggs (I add a few drops of vanilla essence)
  • 2 tbsp sugar
  • Salt to taste
  • 1 tin condensed milk (1 tin besar susu pekat manis)
  • 2 tsbp butter or margarine (sila guna butter ye, lebih sedap)
  • 2 tbsp raisins

Directions

  1. Shred bread and soak in hot water (lebih kurang 2 cups sampai roti terendam) for 1/2 hour.  Mash soaked bread till smooth.  
  2. Beat eggs (dont forget to add some vanilla essence).  Add sugar and beat well.  Add salt and beat further.
  3. Pour condensed milk onto bread mixture and mix well.  Add beaten eggs and stir further.
  4. Heat container and spread with better.  Pour mixture into baking container/tin.  Sprinkle raisin over mixture and bake in a preheated oven (180 deg cel) till pudding is yellowish brown.
  5. Cool well before serving (seelok2nya buat malam then dah sejuk simpan dalam fridge, lebih sedap dan mudah dipotong begini).



No comments:

Post a comment